Dec 4, 2009

Lesson from Lalat






Assalamualaikum.
Allah menciptakan lalat binatang kecil yang punyai struktur badan yang sangat unik dan kompleks. pernah tak sekali kita fikir:

soalan 1
"macam mana Allah bole jadikan lalat yang makan sampah/sisa kumbahan/bangkai,smua benda yang kita tahu highly toxicated tapi these flies still survived."
tak mati pun makan sampah.
tak da pun kita dengar lalat sakit makan bangkai.

ajaib bukan penciptaan Allah.
Subhanallah.
Allahuakbar.

that is why saya kata penciptaan lalat ni sangat kompleks.
unlike manusia, Allah jadikan kita dengan keistimewaan dimana badan manusia mampu mensintesis enzim utk pencernaan makanan but bukan pencernaan toxic.
toxic dalam badan manusia tak dapat diurai tapi keluar melaui 3 cara:

  • perpeluhan
  • air kencing
  • najis
tapi lalat,
Allah lebihkan lalat dengan keistimewaan dimana badan lalat bole mensintesis enzim untuk pencernaan toxic.
yang ajaibnye,
manusia makan segala jenis makanan untuk berikan kita tenaga,
lalat makan segala jenis sisa yang bertoksid ni juga sebagai sumber tenaga buat mereka.
toxic ini, by the end of process become ATP juga kepada lalat.

hebat bukan ciptaan Allah.

recently pakar dari Malaysia mengkaji yang maggot (ulat sebelum jadi lalat) berfungsi or berpotensi untuk merawat luka pesakit diabetes yang kritikal sampai tahap nak kena potong kaki or tangan.
maggot ni akan akan urai sel-sel kulit mati pada luka dan tinggalkan sel-sel kulit yang able to regrowth back atau dalam istilah sains nye bermitosis semula.

untuk pengetahuan rakan semua,
pakar dari Malaysia ni sendiri akui yang Malaysia dah terlambat dalam maggot treatment ni,
Negara Eropah dah lama amalkan rawatan ini 20 tahun yang dulu,
dan sampai sekarang still menjadi top treatment untuk pesakit diabetes.

dan yang paling ajaib,

Allah dah lama ajarkan kepada kita umat islam tentang treatment ni dalam alquran beribu-ribu tahun yang dulu.
ingat lagi tak pada surah yang menceritakan tentang seorang nabi yang merana dari penyakit kusta dan di tinggalkan oleh anak dan isterinya disebabkan oleh penyakit ni.
akhirnya Allah turunkan perintah supaya nabi tersebut ambil ulat-ulat maggots ni dan letakkan pada luka dia,
apa jadi akhirnya,
luka tu pun sembuh, dan nabi tersebut kembali normal.
saya minta maaf sebab saya betul2 lupa surah apa dan nabi apa yang Allah maksudkan.

soalan 2

kenapa Allah ciptakan saiz lalat sekecil lebah dan bukan sebesar kucing atau gajah?

ada beberapa sebab untuk jawapan ni:
  • kalau lalat sebesar kucing dan gajah bayangkan macam mana lalat nak terbang dengan berat beban yang mcm tu..
  • kalau lalat sekecil lebah, ini membenarkan lalat terbang tanpa ada beban yang berat.
  • lalat sekecil lebah spread very small number of bacteria pada tempat persinggahan dia.
  • contoh kalau lalat hinggap dekat makanan, still small amount of bacteria akan transfer from lalat ke makanan, dan makanan yang tadi apabila dimakan,small amount of bacteria ni akan berjaya dibunuh oleh acidic fluid dalam perut manusia.
  • tapi bayangkan kalau lalat tadi besar, dan jumlah bacteria pun banyak yang masuk dalam badan, mampu ke badan kita membunuh kesemua bacteria tersebut?

nampak tak,
betapa mundur nye islam bila kita tak jadikan alquran sumber ilmu yang paling teras.
alquran bukan sahaja berguna untuk kita belajar tentang ilmu agama,
tapi untuk mengenal allah,
kita kena belajar melihat penciptaanNya,
dan setiap pencipataan makhluk di langit dan di bumi semua ada diterangkan di dalam alquran.

semoga kita menjadi saintis yang benar-benar saintis dan
semoga kajian kita berguna untuk perjuangan Islam.
Amin.




No comments:

Post a Comment