Jun 18, 2012

Saranan

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahim.

After this, setiap dari kita akan pilih haluan masing-masing. Ada yang sudah sibuk mencari kerja dan ada pula yang sudah mendapat kerja. Sebahagian dari kita mungkin ada yang sibuk-sibuk mencari tempat untuk postgraduate program.

Saya ada satu saranan.

Ramadhan makin dekat. Semalam berlalunya 27 Rejab peristiswa dimana Rasulullah saw diisrak ke Masjidil Aqsa dan dimikraj ke langit ke tujuh. Selepas Rejab, Syaaban menyusul dan sesudah itu jika diizin Allah kita bakal bertemu dengan Ramadhan yang mulia.

Ramadhan.

Sewaktu Ramadhan tahun lalu, impak tarbiah yang saya terima amatlah berbekas ke dalam hati. Biasannya dapat saya rasai sehingga ke hari ini. Saya came across Malaysian Islamic Relief  website beberapa hari yang lalu. Banyak berita menarik yang saya baca, dan ada satu yang saya ingin kongsi bersama sahabat semua.

Ianya bukanlah berita.

Cuma Islamic Relief Malaysia telah melancarkan satu program sempena kedatangan Ramadhan. Namanya "Ramadhan Relief". Saya suka idea untuk program sebegini. The main purpose of Ramadhan Relief sebenarnya mengajak kita berinfaq sebanyak RM50 bagi menampung kos perbelanjaan makanan bagi keluarga miskin sekitar Malaysia. Wang infaq ini kemudiannya akan digunakan untuk membeli a box of foods dan diedarkan kepada mereka menjelang awal Ramadhan. 



Buat sahabat,

Saranan saya, jika anda bakal berkerja setelah siap menghantar thesis ini atau let say anda dipanggil berkerja dalam bulan Ramadhan. Saya yakin anda bakal menerima gaji sebelum Syawal menjemput kita. Or mungkin juga in between, anda dikurniakan wang saku lebih from your parents or mungkin juga anda mendapat wang dari mana-mana pihak, saranan saya hanya satu. Mari berinfaq.

Jangan berkira-kira untuk ke bank bagi mengirim RM50 ke dalam akaun Maybank atau CIMB Islamic Relief untuk program ini. Bagi sahabat yang ada akaun e-banking, jangan berkira-kira untuk menggandakan pahala. Just one clik dan bank-in RM50 ke dalam akaun di atas.

A box of food sebenarnya memberikan kelegaan, keringanan dan kegembiraan pada golongan yang benar-benar memerlukan.

Kita adalah golongan yang dilapangkan rezeki oleh Allah dengan wang dan makanan. Mereka adalah golongan yang disempitkan rezekinya oleh Allah dengan wang dan makanan. In such way, both situation are significant. Harta dan rezeki yang ada pada kita adalah key point untuk Allah menilai bagaimana kita beramal dengan rasa Syukur. Semakin kita bersyukur dengan nikmat Allah, semakin kita ingin memberi.

Bagi mereka pula, golongan yang menerima, ia adalah turning point buat mereka ketahui, Allah tidak pernah membiarkan mereka dan umat Islam sentiasa ada untuk membantu dan meringankan beban mereka. Kemiskinan adalah ibadah yang mendekatkan diri pada Allah dan kesusahan mengajar erti kekuatan. The toughest you endure life the strongest you become. Insyallah.

Buat sahabat yang ingin mengirim lebih dari RM50, silakan, moga Allah memberi syurga buat anda sebagai galang ganti. Bagi sahabat yang tidak punya cukup wang, jangan risau, ajak ramai-ramai kawan get involve dengan donation ini. Kutip RM5 ke seorang atau sebagainya. Sudah cukup RM50 anda bank in kan wang tersebut. Wahai sahabat, bukankah Islam itu mudah?

Jika anda ingin keluarga anda mendapat pahala yang sama, saya sarankan anda kutip RM50 pada ibu dan ayah atau RM50 mewakili ibu dan ayah. Ajak adik-adik, abang-abang and kakak-kakak sahabat sekalian berinfaq. Jika mereka mampu memberi RM50 Alhamdulillah, jika tidak kita kutip RM5 atau RM10 per siblings.

Ini sekadar saranan. Idea ringkas untuk beramal dan membersihkan diri dari dosa-dosa lampau. Moga Allah berkati usaha kita.

Saya Hanya Seorang Hamba
Nurul Damia Mohamad Sofian

Infaq & Sedekah : Mengajar Erti Memberi

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahim.

Ada satu doktrin yang selalu sangat saya dengar tentang isu berinfaq dan bersedekah.



"Jangan beri duit pada peminta-peminta sedekah ditepi-tepi jalan, kalau kita beri duit pada mereka, samalah macam kita tidak menggalakkan mereka untuk berusaha bekerja mencari wang"

Astagfirullah al azim. Astagfirullah al azim. Astagfirullah al azim.
Nauzubillahiminzalik.

Saya pohon agar Allah sentiasa melindungi diri saya dan sahabat yang membaca dari kekikiran yang sebegini rupa.

Doktrin yang sebegini, hanya dilafazkan oleh orang-orang yang tak faham dengan perintah Allah dan orang yang tidak membaca tentang sirah dan peribadi Rasulullah serta para sahabat. "Narrow minded" itu sahaja yang mampu saya katakan. Memang kasar, tapi itulah realiti.

Jika pernah kita punyai doktrin seperti diatas, kita juga sebenarnya golongan mereka yang narrow minded. Nauzubillahiminzalik.



Apa salahnya kita memberi pada mereka? Mereka bukan penagih dadah yang meminta duit untuk membeli dadah. Itu lain ceritanya. Mereka adalah golongan fakir yang memerlukan. Bila memberi atau bersedekah, kita melakukannya untuk pahala dan syurga diakhirat kelak. Bukan itu sahaja, kita melakukannya demi mencari redha Allah dan membersihkan diri kita dari dosa.

Wang dan harta yang ada pada kita sekarang adalah mandat yang Allah kurniakan. Dia adalah Tuan yang memberi mandat kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki. Jangan terlalu bongkak seolah-olah wang yang kita miliki itu adalah milik kita yang solid.

Jangan, jangan dan jangan.

Ada lagi satu sifat kikir yang kebanyakan orang jarang-jarang perasan.

Memberi dengan RM1.
Kenapa ye agaknya? RM1 pun sama la dengan memberi, kenapa kikir pula?
Ada 2 situasi.

Mmmmm, 

Bersedekah dan memberi itu adalah satu perbuatan yang sama, yakni kita memberi kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, untuk pembinaan sekolah ataupun masjid dan sebagainya.



Ada orang yang berasa lega dengan memberi dengan RM1. Tapi, sewaktu makan tengahari atau malam,tak pernah pula berkira-kira untuk berbelanja sebanyak RM10 - RM20. Wang makan mengenyangkan perut sendiri lebih penting dari memberi pada mereka yang kita sendiri tak tahu sudah berapa hari agaknya tidak makan.

Mungkin la ada yang kata, 
"Normally my lunch, cost me RM4 - RM6 je." Wahai para sahabat, mari kita jadi manusia yang realistik. Either RM4 or up to RM6 bukankah nilainya masih banyak jika dibandingkan dengan RM1?

Tepuk dada dan tanya diri sendiri. Kita sebenarnya kikir atau kata lainnya kedekut. Kalau kita bisa membeli sesuatu untuk diri sendiri dengan jumlah wang yang beratus, tapi bila soal sedekah atau memberi kita rasakan RM1 sebenarnya sudah memadai. Nauzubillahiminzalik.

Tapi dalam situasi kedua,
Ada orang yang memang tinggal RM1 sahaja dalam purse dan wallet mereka. Atau mungkin RM2. Namun mereka ini tak hesitate untuk memberi RM1 itu dan mengetepikan kepentingan peribadi. MasyAllah. Hebat sungguh orang-orang yang seperti ini.

Isu sedekah dan berinfaq ini banyak diterangkan oleh Allah dalam ayat Al-Quran. Dalam Al-Quran tiada specific surah yang dinamakan "Surah Infaq" atau "Surah Sedekah" tapi ayat yang menyuruh kita berinfaq dan bersedekah itu Allah terangkan almost in all of the Surah in Al-Quran. 

Kenapa macam ini?
Supaya manusia tahu betapa sedekah, infaq dan memberi itu sangat-sangatlah penting sampaikan Allah asyik mengulang-ulang peringatan tentangnya dihampir keseluruhan surah di dalam Al-Quran.

Repetition of order itu sendiri sudah menggambarkan kepentingan. Sama la juga macam bila mak kita asyik ulang benda yang sama. "Jangan keluar malam, jangan keluar malam, jangan keluar malam" hampir hari-hari mak kita bagi nasihat yang sama. Itu menunjukkan betapa seriousnya dia tidak mahu kita keluar malam, sebab dia takut akan consequences yang bakal berlaku.

Namun repetition reminder yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran tentang sedekah dan infaq, menunjukkan betapa hebat dan awesomenya reward bagi mereka yang memberi dan mereka yang tidak kikir ini.

Jadi tanya diri sendiri. Kalau kita mampu membayar duit makan sehingga RM4 - RM20 kenapa mesti kita bersedekah atau memberi dengan RM1? Kita adalah manusia yang terlalu bersyukur pada kesenangan yang Allah kurniakan, tunjukkan rasa syukur kita pada Allah dengan perbuatan dan amal. Sebanyak mana yang kita bayar mengenyangkan diri sendiri, sebanyak itu seharusnya kita bersedekah, infaq dan memberi.

Bukankah itu tanda syukur kita yang tak sudah pada Allah yang sentiasa memberi dan melebihkan kita dari golongan yang tidak berupaya ini? Allahuakbar. Syukur itu tiada musim.


Surah As-Saba : 39
"Katakanlah, 'sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya'. Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah Pemberi rezeki yang terbaik".


Surah Al-Fatir : 25
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Al-Quran, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi".

Sungguh banyak sekali ayat-ayat Al-Quran yang dengan tegas dan lembut mengingatkan kita akan pentingnya berinfaq dan sedekah. Kalau kita flip Al-Quran pages by pages or Surah by Surah, perkataan infaq dan sedekah ada di mana-mana sahaja. Masyallah. Ia adalah satu perdagangan yang tidak merugikan. Bila Allah sudah melapangkang rezeki kita, jangan kikir untuk memberi.

Kadang-kadang memang benar, banyak sekali anak-anak kecil di jalanan yang singgah di restoren dan tempat-tempat parking kereta untuk meminta sedekah, menjual sticker ayat-ayat Quran ataupun tisu. Ada yang berpendapat mereka ini dihantar oleh agen-agen kongsi gelap.


If we put asight our negative thought, dan memberi kerana kita mengharapkan:
  1. Redha dan cinta Allah pada kita.
  2. Allah membersihkan diri kita dari dosa-dosa terdahulu.
  3. Syurga yang sukar digambarkan indahnya sebagai  balasan di akhirat kelak.

bukankah semua itu indah? dan perasaan memberi dengan niat sebegini benar-benar memberi kesan pada hati.


InsyAllah, moga Allah kuatkan hati-hati kita untuk terus memberi.
InsyAllah, moga Allah hapuskan dalam diri kita sifat kikir dan kedekut yang akhirnya merugikan kita. Amin.


Saya Hanya Seorang Hamba
Nurul Damia Mohamad Sofian

Jun 4, 2012

Pleasing Allah : Sejauh Manakah Cinta Kita?

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahim.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Saya fikir tidak ramai memahami konsep "Pleasing Allah". Saya juga kadang waktu terlupa akan perkara begini. Astagfirullah al azim.



Seminggu yang lepas, selain berat menghadapi final exam, saya juga mengalami pelbagai perkara melibatkan ramai orang dan situasi.

Thesis : Kelewatan yang penuh hikmah

Ya, sayalah orang yang lewat itu. Antara beratus pelajar tahun 4 yang begitu amanah terhadap submission date untuk final draft thesis, saya adalah salah seorang yang memalit onar reputasi sahabat-sahabat tahun 4 yang lain.

Kali ini saya lewat lagi.
Lewat 2 hari.

Namun ia adalah kelewatan yang penuh hikmah.

Sepanjang beberapa hari menyiapkan thesis, ada waktu buntu dan ada waktu idea datang bagai hujan lebat dikala monsun. Ilmu dan idea sememangnya bukan milik kita. Jangan lupa kita hanya hamba! Pandanglah langit dan reflect dengan penuh rasa rendah diri. Kita hanya sekadar hamba yang tidak miliki apa-apa. Jangan lupa akan perkara ini.

Satu hari dikala buntu, sesudah solat sunat, lama sekali saya merenung sejadah.
Hakikatnya Allah tahu betapa saya ingin menjadi antara yang berjaya menghantar thesis tepat pada waktunya. Cukup-cukuplah bila asyik diejek lewat. Saya tak malu pada kawan-kawan sekeliling tapi saya malu yang amat sangat dengan Allah.

Pelbagai perkara yang saya fikirkan.
Hantar saja thesis tanpa perlu disempurnakan atau hantar dengan perfection. Dua perkara yang lama saya menungkan. Allahuakbar. Saya benar-benar perlu bertanya Allah tentang ini.

Saya bangun bersolat, dan berdoa dalam kebuntuan.
Baik Umi atau Abuya serta sahabat-sahabat disekeliling takkan mampu untuk membantu saya. Cukuplah Allah buat saya.

"Ya Allah, aku benar-benar takut dibenci olehMu. Ya Allah tetaplah mencintai aku walau aku bukanlah hambaMu yang sempurna. Ya Allah, aku lemah dan terlalu banyak keburukan di dalam diriku. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk memperbaiki kelemahan dan keburukan diriku ini. Beri dan tunjukkanlah aku langkah dan caranya. Ya Allah, sesungguhnya cinta dan redha dariMu adalah yang lebih baik dari alam dan seisinya. Bantulah aku Ya Allah. Bantulah aku. Apakah yang harus aku lakukan untuk thesis ini. Aku mencari redhaMu dalam setiap apa yang aku lakukan. Manakah yang lebih Engkau cintai Ya Allah? tunjukkanlah padaku dan permudahkanlah aku denganya."

Amin.

Doa is a weapon. Siapa kata doa tidak signifikan? Tak perlu minta dekat siapa-siapa. Minta pada Allah lebih mudah dan bermakna.

Doa seperti berbicara pada yang Satu. Kenapa kita boleh nak berkongsi masalah dengan ibu bapa dan kawan sekeliling tapi kita jarang sekali berusaha untuk make sure "Allah is the first to hear from me".

Memang benar, Allah sememangnya Maha mengetahui tentang masalah kita, tanpa perlu diberitahu pun Allah dulu sudah mengetahuinya.

Tapi bila berdoa, dan menceritakan segala perkara pada Allah kita seolah-olah menjalin ikatan teguh dengan Allah. Nothing is more dearest than having Allah deep in our heart.

Saya berkongsi satu doa yang sangat signifikan buat saya:

"Ya Allah, aku terlalu bersyukur padaMu, kerana aku terlalu bersyukur, aku ingin menjadi hamba yang paling-paling baik disisiMu. Pilih dan bimbinglah aku Ya Allah. Ya Allah aku sangat mencintaiMu. Aku sangat mencintaiMu lebih dari cintaku pada Umi dan Abuya, pada adik-adikku, lebih dari diriku sendiri, lebih dari sahabat-sahabatku dan lebih dari dunia dan segala isi di dalamnya. Ya Allah aku hamba yang tidak sempurna, aku sering melakukan dosa. Izinkan aku miliki dan punyai rasa cinta yang amat dalam ini hanya padaMu dan RasulMu. Dan izinkanlah aku mencintaiMu walau dalam ketidaksempurnaan aku sebagai hamba. Ya Allah aku sangat mencintaiMu."


Jadi,
bila kita sudah ada rasa cinta, pasti setiap apa yang berlaku pada kita, baik gembira, sedih, buntu, sakit, penat dan sebagainya..kita selalu suka untuk menceritakan pada Allah yang pertama tentang segala-galanya. Saya fikir, menjadi hamba yang manja, tidak ada salahnya.

Berbalik tentang kisah thesis.

Alhamdulillah, tiada halangan sewaktu saya menulis thesis. Allah memberi saya idea dari pelbagai arah yang tidak disangka-sangka. Bila buntu datang, saya berhenti menaip dan bersolat. Masyallah, saya benar-benar merasakan tarbiah dari Allah.

Siti pernah memberi nasihat

" Kalau Damia buntu masa writing thesis, Damia berhenti la dulu and buat solat sunat. Ilmu itu hanya milik Allah."

Terima kasih Siti. Saya tenang menerima nasihat Siti. Moga Allah hadiahkan syurga Firdaus buat Siti dan seluruh keluarga. 

Dalam tempoh sibuk menaip thesis, Allah memberi saya kekuatan untuk terus-terusan menaip. 2 days extend dari submission date adalah perjuangan yang berterusan. Pagi Jumaat lepas selamatlah thesis saya dihantar.

Ada seperkara yang saya lupa kongsikan.

Sebelum saya membuat keputusan untuk menghantar lambat, saya asyik memikirkan dalam kepala dan hati:

Bagaimanakah pandangan Dr. Munirah terhadap saya nanti?
Mesti kawan-kawan fikir sesuatu yang negatif tentang diri saya.."Alah Damia memang selalu lambat" selalunya inilah ejekan yang selalu sangat terkena pada diri saya sendiri.

Namun lamunan saya tidak lama. Allah cuitkan hati dan akal saya.
Astagfirullah al azim. Astagfirullah al azim. Astagfirullah al azim.

"Damia, untuk siapa semua ini? untuk siapa hidup ini? untuk siapa usaha ini? Pandangan Dr. ke yang engkau cari? Pandangan kawan-kawan kah yang lebih bermakna? Damia, are you trying to please human? Ya Allah ampunilah kelekaan aku sebentar tadi. Wahai diri dan wahai Nurul Damia, aku hidup kerana Allah, segala usaha ini juga kerana Allah. Aku mencari redha dan cinta Allah. Bukan manusia, bukan Dr. Munirah dan bukan kawan-kawan. Biarpun ia sekadar thesis, tapi ia kerana Allah and I wanted to please Allah alone!"

Inilah yang saya katakan pada diri.

I am here to please Allah. Because pleasing Him is much more worth than anything else in this world.

Saya Hanya Seorang Hamba
Nurul Damia Mohamad Sofan.