Jul 24, 2012

It's Only a Feet, That Made Me Realized

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahim.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Sewaktu membaca Al-quran tidak lama dulu di UIAM, saya came across satu pesan dari Allah yang sangat menyentak sanubari saya. Ianya terkandung di dalam Surah Al-Luqman ayat 14:

"Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya  sehingga usia 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepadaKu tempat kembali"


 
Luaran, ayat ini kelihatan biasa. Kita sangat biasa mendengar ceramah tentang ketaatan kepada ibu bapa. Ceramah-ceramah seperti ini akan kerap kali  membincangkan ayat seperti di atas. Tapi, malam sewaktu saya meneliti terjemahan surah tersebut minda saya jauh melayang memikirkan umi di rumah.

Tempoh hari, umi mengajak saya menemaninya ke Sogo, KL. Kata umi ada "Member Sale". Ikutkan hati memang malas, saya tidak berapa minat untuk berada ditempat-tempat yang terlalu ramai sangat manusia. Rasa rimas dan serabut pasti wujud. Tapi memikirkan diri Umi yang terpaksa angkut banyak barang yang ingin dia beli, saya penuhi saja keinginan Umi.

Mak-mak memang suka bershopping. Itu telahan saya. Ada satu masa, saya rasa betul-betul tak selesa. Kemarahan mula mengusai diri. Sogo yang suppose to be A class shopping mall, tapi disebabkan "Member Sale" tak pasal-pasal Sogo menjadi Pasar Malam gred C.

Bukan saya marah Sogo bertukar gred. Itu tidak pernah menjadi concern saya. Kemarahan adalah kerana saya tidak suka berada ditempat yang sebegini.

Tanpa saya sedar, saya melampiaskan rasa marah pada Umi. Astagfirullah al azim. Moga Allah mengampuni diri saya yang terlalu-lalu lemah ini. There's one time bila saya terlalu hanyut dengan kemarahan tiba-tiba dengan izin Allah, kepala saya di alih melihat kaki Umi.

Kaki Umi bengkak.
Ya, kaki Umi saya bengkak.

Ya Allah, saya diselaputi penyesalan yang teramat sangat petang itu. Tidak semena-mena pesan Allah dalam surah Al-Luqman ayat 14 itu datang menjengah ke kepala saya

"...Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah"

Umi tidak pernah sedar bila kaki dia bengkak. Ia seolah-olah perkara biasa buat Umi. Tapi pada saya ia benar mencucuk hati. Seakan-akan ada arrow tusuk ke jantung. Macam mana saya boleh pentingkan diri sendiri? Saya tidak terfikirkah yang kepenatan Umi lebih dari segalanya.

Astagfirullah al azim.

Saya pernah berkongsi artikel. Cerita tentang Umi di dalam tajuk  "A Letter to Umi". Umi menaiki train ke tempat kerja dan untuk ke stesen LRT, Umi akan berjalan kaki. Pernah sekali Umi ceritakan pada saya kisah bagaimana dia terjatuh sewaktu berjalan ke train.

Muka Umi sewaktu bercerita memang biasa, namun hati saya hancur lebur. Macam mana saya boleh membiarkan Ibu yang mengandungkan saya selama 9 bulan dengan kepenatan yang bertambah-tambah, membesarkan saya dengan kasih sayang dan wang ringgit, jatuh untuk ke tempat kerja.

Umi jatuh sampai terkoyak seluar. Allahuakbar. 

Kadang waktu bila penat berjalan dia pasti mengambil teksi. Umi saya bakal mencecah usia 50 tahun. Namun bila saya pelawa untuk hantar dia ke tempat kerja, pasti Umi tolak. Kata Umi jalan KL pagi-pagi sesak, kalau naik kereta nanti Umi sampai tempat kerja lambat. Baik Umi naik train.

Saya akur.

Bila cuti panjang sebegini, saya cuba sedaya upaya untuk pergi menjemput Umi hampir setiap petang. Kaki umi tidak boleh bengkak lagi. Itu niat di hati saya. 

2 minggu yang lepas, saya tunjukkan pada Umi thesis FYP yang telah saya buat. Pesan saya:

"Umi baca page by page"

Kemudian saya tinggalkan dia seorang diri dalam bilik. Ini acknowledgement saya tentang Umi di dalam thesis tersebut:

 "To Umi, the one who had grown me up with smile and tears, by Allah, forever I am grateful to have you in my life".

Umi menangis. Ibu saya menangis membaca 2 baris ayat ini. Saya tidak pernah melihat Umi menangis. Allahuakbar. Saya mengharapkan agar Allah mengampuni segala dosa saya. Dia ibu yang menahan segala penat untuk mencari duit membesarkan kami ber-5. Ya Allah berikan Umi saya tempat yang mulia dan istimewa disisiMu, kurniakan dia syurga FirdausMu yang abadi.

Saya rasa, sampai kiamat sekalipun saya berhutang jasa dengan Umi. Ia hanya sekadar kaki seorang Umi yang benar-benar membuatkan saya sedar akan semua hakikat. Subhanallah.

Saya Hanya Seorang Hamba
Nurul Damia Mohamad Sofian


Jul 21, 2012

Salam Perantauan

Assalamualaikum wbt.


Bismillahirahmanirahim.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Saya fikir perjalanan mengubah diri adalah perjalanan paling mencabar sepanjang 24 tahun hidup. Menjadi hamba, khalifah dan anak benar-benar memberi corak pada diri saya.

Sudah lama saya tidak berkongsi artikel. Kali terakhir, post yang telah saya kirimkan di dalam blog ini adalah ketika  saya masih di IIUM Kuantan. Masa-masa akhir di Kuantan benar-benar menyesakkan dada.

Berat untuk mengucapkan selamat tinggal. Saya sendiri tidak tahu-menahu kemanakah masa depan bakal membawa diri. This future is uncertain.

Saya tidak bosan berada di UIAM Kuantan. Sungguhpun diselaputi hutan tebal yang penuh dengan Anjing, Khinzir dan Beruk. Hidup di sini penuh warna-warni. Nikmat terbesar dalam hidup saya adalah Hidayah. Saya menerima sinar hidayah yang terang berderang di UIAM Kuantan. “The sparks” yang mula menjadikan hidup saya berubah 90 degree adalah ketika berada di UIAM Kuantan.




Saya belajar dan diajar. Syukur Alhamdulillah Allah memilih saya. Alhamdulillah Allah pandu hidup saya.


Ramadan ke-23 yang lepas saya menerima banyak tarbiah dan hidayah daripada Allah. 1 bulan yang mengubah 11 bulan hidup saya yang berikutnya. Dalam diri, masih ada tompok-tompok jahiliyah yang gagal saya hapuskan. Kerana itu saya menilai 90 degree adalah tolok perubahan yang telah saya lakukan.


Perjalanan masih panjang, berliku dan mencabar. Saya sendiri kadang waktu, wujud rasa “fear” yang mencengkam jiwa. Where this future will bring me? Inilah yang saya persoalkan hari-hari.

Ada satu hari, ketika di rumah saya duduk menyusun rancangan masa depan. Saya sendirian tanpa teman. At one point, unconcious feeling, insecure and sense of takut yang melampau-lampau tiba-tiba datang tanpa dijemput. Saya bisik pada hati:


“Ya Allah, daku takut”
“Jika Rasulullah bersama aku hari ini, apakah yang akan baginda nasihatkan pada diri saya yang hina ini?”
Saya tidak takut pada dunia, tapi saya takut pada masa depan yang tiada gambaran dan tiada bayang. Allahuakbar. Saya ingin membuat perubahan pada hidup dan peribadi secara total. Saya ingin menjadi hamba seperti yang diterangkan Al-Quran dan Sunnah. Untuk berubah mujahadah dan pertolongan Allah perlu datang selari.


Hidayah yang Allah kurniakan pada saya sangat signifikan sehingga saya benar-benar takut untuk berpatah balik menjadi Nurul Damia yang dulu-dulu. Saya benar-benar takut.


Di rumah, cabaran meneguhkan tugu iman amatlah mencabar. Membawa nilai-nilai dan ajaran Islam ketika di rumah benar-benar menguji adakah saya benar-benar beriman pada Allah yang saya cintai.


Itu soal masa depan penghijrahan saya. Ada lagi satu ketakutan tentang future yang melibatkan keazaman dan cita-cita saya. Oxford. Tiada siapa yang mengetahui mengapa saya benar-benar ingin menuntut ilmu ke Oxford. The solid reason behind it tidak pernah saya ceritakan kepada siapa pun. Saya simpan ia rapi, kerana saya hanya ingin Allah sahaja yang mengetahuinya. Ia misi besar yang penuh kabur.


Saya benar-benar mengharapakan bantuan Allah, dan doa yang tidak putus-putus dari sahabat semua. Agar saya dapat menjadi hamba yang lebih baik dan saya dapat ke Oxford dengan tajaan. Perasaan yang saya lalui ini biarlah ia sekadar takut yang bukan membawa saya kepada putus asa.


Apa guna saya membawa identiti Islam jika saya berputus asa.
Saya mendoakan semoga Allah memberi yang paling baik kepada saya, sahabat dan semua umat Islam pada Ramadan kali ini. Semoga rasa bermujahadah dalam beribadah itu Allah kurniakan pada kita.


“Ya Allah, izinkan kami merasai kenikmatan beribadah."


Ramadan adalah latihan. Ramadan ke-24 ini adalah misi untuk melakukan penghijrahan towards another 90 degree, supaya jumlahnya menjadi 180 darjah.


Demi Allah, tiada apa yang lebih berharga selain mengubah diri menjadi yang paling baik hanya untuk Allah semata-mata.

Saya Hanya Seorang Hamba
Nurul Damia Mohamad Sofian