Aug 31, 2011

Perjalanan Panjang Sesudah Ramadan Ke-23

Assalamualaikum wbt

Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi  Maha Penyayang.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
Selawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat Baginda.


Hari ini kita bergembira, dalam kesederhanaan atau mungkin juga eid kali ini dalam suasana yang serba mewah. Bulan ini adalah bulan kemenangan. Kegembiraan yang kita miliki hari ini adalah satu hadiah dan rahmat dari Allah. Kemenangan atas kejayaan 1 bulan yang penuh ranjau menempuh ramadan.

Ranjau ramadan yang kita lalui mungkin tidak sesusah mana jika dibandingkan dengan saudara seislam kita di Palestin, Afrika, Libya, Afganistan dan Mesir. Kita perlu bersyukur ada makanan yang masih boleh dimakan, ada duit untuk membeli, ada ibu dan ayah yang senang menghulur dan memudahkan pelbagai urusan, ada ketenangan yang menemani pagi hari, dan segala macam bentuk nikmat yang Allah kurniakan pada kita penduduk bumi Malaysia yang Aman dan Kaya.

Selamat Tinggal Ramadan...

Sudah 23 tahun saya diberi peluang menempuh Ramadan. Seawal usia 1 tahun sehinggalah 12 tahun, Ramadan yang saya lalui lapuk dan biasa. Tiada pengertian dalam yang dapat dipelajari lantas Ramadan di 12 tahun yang lalu berlalu sekadar kewajipan yang 'biasa-biasa' dilalui semua budak seusia saya.

Ramadan ketika usia menginjak 13 tahun sehinggalah 20 tahun adalah Ramadan yang dilalui dengan pengertian. Walau pengertiannya tidaklah sedalam mana, tapi puasa dilaksanakan atas dasar 'taat' pada perintah Allah.

Syukur Alhamdulillah..

Ramadan yang ke-23 adalah yang lebih bermakna. Ya! saya kini berusia 23 tahun, dan tarbiah Ramadan yang saya tempuh di usia 23 tahun inilah yang paling bermakna jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang sebelumnya.

Kesan dan impak sesudah Ramadan adalah satu perjuangan panjang. Saya sering terfikir, mampukah saya menempuh bulan sesudah Ramadan ini dengan amalan-amalan yang sama saya lakukan di bulan Ramadan. Bolehkah diri menjadi begitu beristiqamah dalam beribadah? bolehkan saya bersederhana dalam kebanyakan hal? bolehkan saya memperhambakan nafsu dan merajakan akal? bolehkah qiyamullail menjadi perkara lazim bagi saya sesudah perginya Ramadan. Dapatkah saya merasai rasa cinta untuk terus melakukan segala perkara sunnah sebagaimana yang saya lakukan di bulan Ramadan ini? Perasaan seronok mengejar pahala, masihkan dapat saya merasai persaan yang sama?

Hakikatnya Ramadan yang ke 23 ini sangat-sangatlah bermakna buat saya sehingga hati dan akal melayang memikirkan di manakah saya sesudah Ramadan ini.

Sewaktu melaksanakan Tarawikh terakhir dimalam ke-29, salam di penghujung solat witir saya sangat berat dan kaku. Inilah witir terakhir dalam Ramadan yang ke 23 yang penuh makna. Hati saya sangat berat. Perasaan bercampur. Tak tahu apa yang sepatutnya difikirkan. Tapi yang pasti saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadan tidak lama lagi. Disebabkan terlalu berat hati untuk meninggalkan Ramadan, sehari sebelum raya saya decide untuk 'masuk kerja'. 

Duduk dalam lab seorang while everyone else dah berseronok cuti raya..perasaan seronok masih lagi tak muncul dalam diri saya. Perasaan seronok berpuasa, bertadarus, berqiyam, bertarawikh, berbuka dan bersahur sudah macam sebati dengan diri. Saya bukan cuba membangga diri, Astagfirullahalazim sekadar berkongsi kenikmatan Ramadan bila dihayati.

Bila usia dah 23 tahun baru saya hayati perkara ini semua dengan penuh penghayatan, keterbukaan dan keinsafan.

Saya bersyukur pada Allah. Alhamdulillah atas segala nikmat dan tarbiah berRamadan.

Ironinya, tarbiah yang saya lalui sepanjang melalui Ramadan ke 23 perlu saya istiqamahkan amalan-amalannya sebagai bakal pelajar tahun akhir di UIA. Semester baru bakal membuka tirai..dan salam perkenalan saya kepada junior akan lebih berbunyi seperti ini:

"Assalamualaikum wbt, my name is Nurul Damia Bt Mohamad Sofian, I am 4th year Biomedical Sc Student"
"Final Year Student"


Ramadan ke 23 adalah satu penghijrahan.
Penghijrahan 1 bulan dari Nurul Damia yang 'biasa-biasa' kepada Nurul Damia yang 'luar-biasa' berusaha menjadi yang terbaik disisi Allah. 1 bulan saya ditarbiah  Allah, dan 11 bulan seterusnya adalah bergantung kepada usaha saya.

Secara fizikalnya saya bakal berseorangan menempuh 11 bulan ini..namun hakikatnya Allah sahajalah menjadi peneman setia dalam perjalanan panjang yang durinya, ranjaunya dan ujiannya saya sendiri tidak dapat mengagak bagaimanakah kedatangannya.

Doakan saya kawan-kawan...
Doakan saya dengan usaha yang 'luar biasa' 
Doakan saya bukan lagi Nurul Damia yang 'biasa-biasa'

Demi Allah dan Rasul
Saya perlu menjadi yang Terbaik dan yang paling Terbaik di sisi Allah

Kerana saya sangat bersyukur kepada Allah,
Kerana itulah saya ingin menjadi yang terbaik disisinya.

Selamat Tinggal Ramadan
Nurul Damia Bt Mohamad Sofian

No comments:

Post a Comment