Aug 20, 2011

Lesson From "Kisah Aku & Hari Ajaib" - Part 2

Assalamualaikum wbt

Petang itu masa bersama solat jemaah zuhur, hati saya seolah-olah kena strike dengan petir.
Zuppp..
Tak tahu kenapa otak jadi tak khusyuk masa solat.

Saya rasa perasaan dan 'moment' yang sebegini rupa selalu saja kita alami.
Tiba-tiba rasa tak tenang, tiba-tiba tak sedap hati and tiba-tiba tak keruan. Kadang-kadang tak perlu ada situasi pun kita dah boleh rasa perasaan yang bercampur baur seperti yang saya nyatakan di atas.

Nak dijadikan cerita,
Itulah yang saya rasa. Tapi perasaan berdebar hadir masa solat.
"Astagfirullah al azim" kata hati. Saya cuba kembali ke 'present sense'. Ke alam realiti. Takut-takut bila melayan lagi teruk padahnya. Khusyuk solat pun entah ke mana nanti.

Zuppp...
Datang lagi. At this moment saya boleh rasa yang heartbeat makin increase.
makin increase...
and makin increase...

Apasal ni hati, dalam sekelip mata mula la saya fikir bendal lain. Dunia realitinya, mulut terkumat-kamit baca Al-Fatihah, angkat takbir, sujud dan sebagainya...tapi dalam hati...pheww...Allah saja la yang tahu.

Hati saya berbolak balik macam bot nak karam!
Macam-macam yang saya fikir dalam khayalan yang menggangu solat saya petang itu.

"Macam mana la nak bayar hutang Aunty ini, hutang chinut, hutang ruby, hutang fiza"...khayalan 1
"bila elaun nak masuk ini"...khayalan 2
"bila kak umie nak bayar duit gitar ini"...khayalan 3
"cukup ke duit nak hadiahkan amru basikal baru ini"...khayalan 4

Cukup 4 khayalan yang di alam realitinya tengah berdiri tegak untuk rakaat ke tiga.

Zuppp...
Astagfirullah al azim,
Astagfirullah al azim,
Astagfirullah al azim...


Sambil pejam mata aku beristigfar panjang dalam hati...
Seolah-olah Allah tarik aku dari lamunan panjang. Macam duduk dalam satu gaung gelap, tiba-tiba ada tali tarik kita ke darat!

Haaa..
macam itulah yang saya rasa.
Terkedu dalam solat!

Saya cepat-cepat beristigfar lagi
dalam hati penuh hati-hati saya menyebut
Astagfirullah al azim,

Astagfirullah al azim,
Astagfirullah al azim...

Alhamdulillah, syukur..saya sangat bersyukur.
Kalau bukan dengan pertolongan Allah pasti dah samapi khayalan yang ke berapa puluh la agaknya...tak pasal-pasal melayang habis pahala ibadah fardu!

Astagfirullah al azim.

"Hari Ajaib" saya bermula selepas selesai solat

Dear friends,
This miraculous story is about to be continued in part 3
See you soon
Insyallah

Best Regards
Nurul Damia Bt Mohamad Sofian




2 comments:

RuBy said...

wei~
aku belasah gak kang ko~
tak yah pikir sgt lagi la utang ngan aku tu~
aku bukannya nak pakai duet mana pun skang ni wei~
sila bertenang!!

aimi said...

hehe.. betul aku lau berhutang pun tak leh duduk tenteram...asek terpikir..

Post a Comment