Feb 8, 2012

Hikmah

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahim

This world is full of signs. Hikmah Allah dimana-mana sahaja. Menjalani kehidupan yang hari ini, kita diajar dan disuruh Allah untuk melihat dan memuji kebesaranNya yang Maha Hebat.


Semalam, Alhamdulillah. Doa saya dimakbul Allah.

Lebih kurang jam 4.30 pm, saya menerima panggilan dari umi.

"Assalamualaikum" Umi.
"Wa'alaikumsalam" Saya.
"Bila nak balik rumah lagi?" suara umi serak-serak.
"Umi demam ke? Kenapa suara umi lain?" saya.
"Tak sihat sikit" Umi
"Nyun tak tahu lagi bila nak balik, maybe jumaat ni balik KL. Kenapa Umi?" Saya

Tiba-tiba umi bualkan tentang makcik-makcik saya yang bercerita tentang keterujaan mereka menggunakan Herbalife. Saya, tidak lama dulu pernah mencadangkan pada mereka untuk mula mengambil Herbalife sebagai supplement kesihatan tambahan. Mereka setuju tanpa banyak bertanya. Dan kini mereka lebih teruja. Kerana berat sudah turun. Alhamdulillah.

Namun, saya tahu bukan itu tujuan umi menelefon saya.

"Umi ok ke? Umi ada masalah kewangan ke?" Saya
"mmmmmmmm" Umi

Memang benar tekaan saya. Dialog seterusnya biarlah ia menjadi rahsia antara saya dan umi. Bukan perbualan saya dan umi yang menjadi motif post ini disiarkan. Tapi hikmah semalam yang saya lalui ingin saya kongsi bersama kawan semua.

Saya perlu tolong umi. Itulah nekad saya dalam hati. Macam mana nak beli makanan kalau tiada sumber kewangan dirumah. Amar nak masuk belajar bulan 6, Jumaat ini dia perlu menghadiri interview kerja sebelum menyambung belajar. Amar juga pasti perlukan duit. Amru dan Adam juga, mereka bersekolah. Petang itu, saya lalui penuh tawakal pada Allah.

Tiada siapa yang dapat menambahkan rezeki saya melainkan Allah. Saya duduk, tarik nafas penuh dalam. Saya berdoa dalam hati.

"Ya Allah, tiada siapa yang dapat menambahkan rezekiku melainkan Mu ya Allah. Ya Allah aku harus membantu umi, membantu abuya, amar dan adik-adik yang lain. Jangan Kau sempitkan rezeki Kami dan jangan Kau jadikan ujian yang kau berikan pada kami ini sebagai alasan untuk kami mengeluh. Kuatkan kami untuk terus berusaha mencari Rahmat dan Redhamu."

"Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka-mereka yang berhutang denganku. Tambahkanlah rezeki buat mereka, agar dengan itu mereka dapat melunaskan hutang mereka terhadapku. Berikanlah aku yang lebih dan lebih baik daripada ini. Agar dengan wang yang mereka bayarkan padaku ini, dapat untuk aku membantu umi, abuya, amar dan adik-adik yang lain."

Doa ini saya lafazkan sewaktu menunggu waktu maghrib. Ia waktu mustajab doa. Waktu ketika matahari terbenam dan diwaktu 1/3 malam adalah waktu dimana doa dimakbulkan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah itu dekat. Sedang saya duduk, sesudah waktu maghrib tiba-tiba saya mendapat satu sms datangnya dari mereka yang berhutang dengan saya. Ya Allah, doa saya didengar Allah. Allah makbulkan permintaan saya. Syukur. Syukur yang tak terhingga.

Asatagfirullah al azim.

Malam itu sejumlah wang yang besar dimasukkan kedalam akaun maybank saya. Ia hikmah dan hadiah dari Allah. Saya menangis kerana malu. Malu kerana banyak dosa yang saya lakukan. Banyaknya seluas alam. Namun Allah mendengar permintaan saya. Malah Allah turut memberi, memberi yang lebih baik dari apa yang saya sangkakan.

Apa lagi alasan?
Saya tidak punya alasan untuk tidak menjadi hamba terbaik disisi Allah. Kerana saya terlalu bersyukur, saya dan kita semua harus terus-terusan berusaha menjadi yang terbaik, yang lebih baik dan yang paling baik demi Allah dan Rasulullah SAW.

Lafaz syukur tidak putus-putus keluar dari bibir saya. Lantas saya berdoa:

"Ya Allah, janganlah Kau biarkan aku sekejap mata jua pun. Perbaikilah segala urusanku. Jangan Kau biarkan aku melupakanMu Ya Allah. Jadikan aku hamba yang sentiasa mengingatiMu di waktu senang dan susahku, di waktu sedih dan gembiraku. Kuatkan aku di jalanMu Ya Allah. Jadikan aku hamba yang sentiasa mengingati Mu. Jadikanlah Al-Quran itu dekat dengan hatiku."

Malam itu berlalu dengan penuh hikmah.
Alhamdulillah.
Masyallah, La quwwata illa billah.

Pagi ini selepas siap, mengirim duit kepada umi dan amar. Saya menghantar umi 1 sms ringkas:

"Salam. Umi, Nyun dah bank in RM *** dalam akaun bank umi. Maybe Jumaat or Khamis ni nyun balik. Tolong doakan Allah tambahkan rezeki Nyun dengan Herbalife dan mengajar gitar ini. Mana tahu, Insyallah bukat takat Rm*** tapi beribu pun Nyun bole bagi umi."

Lantas, inilah yang umi balas pada saya:

"Subhanallah, Ya Mujid. Bukakanlah pintu rezeki yang luas buat anakku Nurul Damia. Jazakallah, Umi terharu."

Saya yang menerima juga turut terharu.

Allahuakbar.
La illaha illa Allah.


Bila menghadapi masalah rakan-rakan, jangan lupa kita punya Allah. Carilah masa-masa untuk berdoa, dan  ceritakan dengan penuh ikhlas hanya pada Allah. Jadikan Allah yang paling istimewa disisi kita, agar Dia juga meletakkan kita ditempat yang istimewa disisiNya.

Dan bila kita bergembira mahupun senang jangan lupa juga beryukur, tambahkan ibadah dan doa. Itu sebagai tanda yang kita sangat berterima kasih pada Allah. Bila punya kemudahan, jangan lupa membantu pada yang memerlukan. Agar ia menjadi infaq yang kita lakukan kerana Allah.

La Tahzan, Jangan bersedih.
Allah itu dekat.

Agar dalam senang kita lebih kuat mengingatiNya,
Agar dalam susah kita semakin kuat berharap hanya padaNya.

Nasihat ini buat diri saya yang paling utama, dan juga buat semua.

Saya Hamba Hina
Nurul Damia Mohamad Sofian.

No comments:

Post a Comment