Nov 20, 2011

Message Ab: Dari Hati Untuk Hati

Assalamualaikum wbt.
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Satu pagi, sebelum berangkat ke sport complex untuk Inter batch, saya menerima sms ringkas daripada Ab
"Nurul, aku harap kau dapat bersukan kerana Allah, agar peroleh pahala ibadahNya..buat sehabis kemampuan..jangan jatuh..elakkan cedera..baca doa dan tawakal..maaf takda di sana"
Inter batch yang telah berlangsung beberapa minggu yang lepas betul-betul menjadikan seluruh urat saraf kejang tak tentu hala. Sehari sebelum inter batch saya katakan kepada Ab, "Ab datanglah sokong aku main volleyball besok"..kerana itu message ikhlas di atas saya terima awal pagi sebelum Inter batch berlangsung. Itu tanda sokongannya yang tak berbelah bahagi. Message nya ringkas tapi sangat padat.

Dia baru pulang malam semalamnya, setelah segala urusan pengebumian ayahnya selesai.

Sabirah Husin, atau ramai memanggil dia Ab.
Orangnya penyabar, "down to earth", suka merendah diri, ringkas, kelakar, peramah dan sensitif. This is what I can simply says about Ab.

Dia cantik dengan cara tersendiri.



Minggu lepas, berita kematian ayah Ab betul-betul menyentap jiwa. Dia sensitif, tapi penuh sabar menghadapi ujian Allah.

"Nurul, aku redha"
Itulah apa yang dikatanya dalam sms yang saya terima. Beberapa minit kemudian datang lagi satu sms..
"Nurul, ayah aku pesan..dia suruh kau jaga aku baik-baik"
Message Ab untuk saya, benar-benar dari hati untuk hati. Ianya seolah-olah pesanan terakhir seorang lelaki. Wasiat tak rasmi seorang bapa, tapi maknanya penuh dalam..

Ada satu malam, saya menerima khidmat pesanan ringkas dari Ab.
Pernah satu ketika seorang sahabat memberitahu Rasulullah SAW akan rasa sayangnya kepada seorang sahabatnya yang lain. Rasulullah pun bertanya semula, "apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya?" sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian. Lantas baginda berkata "pergilah kamu kepadanya, dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya." Uhibbukifillah ya Ukhti.

Jadi malam itu setelah membaca, air mata syahdu bercucuran di kelopak mata. Terharu yang teramat sangat.

Dia sahabat penting yang mewarnai hidup saya. Mendekati dia menjadikan saya ingat pada Allah. Berbual dengannya menambahkan ilmu agama. Melihat dirinya mengingatkan saya tentang mati dan rendah diri.

Lantas setelah membaca message di atas, inilah message 'reply' yang saya hantarkan kepada dia:
Dari Abu Hurairah: Ada seorang lelaki yang pergi menziarahi sahabatnya di sebuah kampung. Lalu Allah memeritahkan seorang malaikat untuk memerhatikannya sewaktu dalam perjalanan. Lalu malaikat bertanya kepada lelaki itu. "Engkau hendak ke mana?" lelaki tadi menjawab "aku hendak menemui sahabatku di kampung itu". Malaikat bertanya lagi "adakah bagimu bumi yang kepadanya engkau mengharapkan balasan daripadanya?" Lelaki tadi menjawab "tidak, aku mencintai sahabatku kerana Allah SWT." Maka berkatalah malaikat kepadanya, "bahawa sesungguhnya aku ini utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai sahabatmu kerana Allah" Hadith riwayat (Muslim) to Ab Sabirah, aku mencintai kau kerana Allah =)
Begitulah message saya, bagaimana dia menerimanya hanya Allah saja yang lebih megetahui.

Bila masing-masing berlainan 'concentration' rasa rindu kerap kali datang. Sekarang kelas pun berbeza. Jarang-jarang dapat berjumpa. Jadi bila bersms, message kami lebih berbentuk rindu, dan bila berjumpa terlalu banyak benda yang ingin dibualkan.

Ya Allah
Aku pohon keampunanMu, Aku pohon rahmatMu..
Kurniakanlah seluruh kebaikan di dunia mahupun seluruh kebaikan di akhirat buat sahabatku Sabirah..

Ikhlas
Nurul Damia Mohamad Sofian

No comments:

Post a Comment