Dec 8, 2011

Semalam Saya Diaju Satu Soalan

Assalamualaikum wbt.
Astagfirullah al azim, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Semalam saya diaju satu soalan...
Damia macam mana nak bangun qiyam?
Kadang-kadang dah terjaga tapi berat badan nak bangun ke toilet ambil wudhu'...last-last tidur balik la jawabnya.

Sahabat yang bertanya, menyangka iman saya sangat mantap. Hakikatnya saya juga manusia yang sedang berhijrah. Hijrah mengubah diri dan tabiat.

Qiyamullail.



Satu ketika dahulu sebelum ayat yang memansuhkan hukum wajib keatas qiyam, ia adalah ibadat rasmi dan wajib dilaksanakan ketika zaman Rasulullah SAW. Tiada kompromi, qiyam adalah wajib untuk semua umat Islam ketika itu.

Cinta Allah unik.

1/3 malam, bukan sama dengan 1/3 tengahari. Kerana kelebihan qiyam, Allah turun di langit dunia..melihat siapa diantara kita yang bermujahadah. Siapa berdoa mendapat jaminan 100% makbul dari Allah. Ia adalah waktu dimana doa yang kita pinta tidak melalui perantaraan malaikat. Seolah-olah meminta sesuatu dengan Tuan Pemilik Alam, 'one on one'..

Analoginya samalah juga seperti kita meminta sesuatu kepada ibu dan ayah, keluarga atau kawan-kawan.
"Mak nak 10 ringgit nak isi minyak kereta"
"Nah, ambiklah" kata mak

Depan mata, senang-senang kita dapat 10 ringgit sebab mak bagi. Mudah bukan. 

Begitu jugalah Allah. Manusia ada 'limit' ketika memberi. Bukan semua mak dan ayah, keluarga dan kawan-kawan mampu memenuhi permintaan, hajat dan kehendak kita.

Tapi tidak Allah. Allah memberi tanpa had. Kerana Dia yang Maha Memiliki. Dia punya hak atas segalanya. Jadi dalam satu hari ada sesi dimana kita boleh berjumpa denganNya.

Macam jumpa kaunselor, kita ada consultation hour. Begitu jugalah Allah. Jadi untuk melihat kesungguhan, kegairahan dan betapa berkobar-kobarnya kita untuk bertemu Allah, 1/3 malam dipilih sebagai 'best consultation hour' bagi siapa yang ingin bersamaNya.

1/3 malam adalah waktu susah, waktu sedap tidur..mereka yang betul-betul ingin bertemu Allah saja yang benar-benar berusaha di waktu ini. Artis Korea dan barat datang Malaysia, kita berebut mencari tiket konsert untuk berjumpa dengan artis idola kita, tapi ini Allah..Pemilik segalaNya, turun di langit dunia..tidakkah kita juga ingin mendapatkan peluang ini bertemu denganNya? Consultation hour bersama Allah ini tidak perlu berbayar. Free, apa yang dinilai adalah usaha untuk bangun mengahadapNya dalam solat.

Nak jumpa artis idola di konsert kita berusaha mencari tiket dan kenderaan..tahu pun erti 'berusaha'. Nak jumpa kekasih hati kita berusaha mecantik-cantikkan diri, takpelah ambil masa lama sikit nak make up..tahu pula kita erti 'korban masa dan tenaga'..tapi bila ditanya mana pergi 'korban masa dan tenaga' kita untuk bangun qiyam..semua diam seribu bahasa, yang paling teruk kita berkira-kira bahawa qiyam mengacau waktu tidur kita..

Ada sesetengah tanpa segan silu menjawab "aku belum mampu lagi untuk bangun qiyam" ini memang jawapan pelik. Nak jumpa artis idola mampu pula untuk bangun bersiap ke konsert dan sebagainya, siap boleh bersiap awal lagi. Nak jumpa pakwe mampu pula menghadirkan diri dalam keadaan cantik dan wangi, takda pula timbul rasa mengantuk, malah excited yang terlebih-lebih.

Tapi...bila datang soal qiyamullail..kita tak malu berkias-kias mengatakan 'kita tidak mampu'



Allah telah memberi jaminan.
Consultation hour bersamaNya di 1/3 malam mendapat jaminan 100% makbul segala permintaan, hajat dan kehendak.

Saya terutamanya, dan sesiapa saja yang diluar sana yang masih berkira-kira dan malas untuk bangun qiyam kita sebenarnya:

'Bodoh' !!
'Memang Bodoh' !!

Siapa kita sebenarnya?
Menyangka yang amal kita sudah baik? sudah banyak? dan sudah cukup?
dan kita juga perasan yakin yang
"Takpelah masa solat fardukan dah berdoa, solat juga itu, kan dah buat permintaan namanya"

Kita selalu selesa dengan apa yang kita dah buat. Selesalah sebab tak pernah datang bala yang membuatkan kita beringat-ingat sebelum terlambat.
"Takpelah identiti macam ini pun dah ok"
"Tak alim sangat, tak jahat sangat"

Tak ke kita ini manuasia yang berakal? Selesa sangatkah kita menjadi manusia yang 'so-so'..depan Allah di padang Mahsyar nanti beranikah kita memberi jawapan yang sama seperti di atas?

Kereta bercalar kena langgar orang kita tahu menangis, tapi sewaktu kita tak berusaha sedikit pun untuk bangun dan berjumpa Allah di 1/3 malam begitu jugalah kita telah mencalari cinta dan kasih Allah pada kita. Bukankah nikmat dan segala apa yang berada disekeliling kita ini adalah satu pemberian dari Allah atas rasa kasih Dia pada kita.

Hatta, sebatang pen pun milik Allah. Kalau takda duit, macam mana nak beli pen? Siapa yang memudahkan rezeki kita? Bukankah itu semua pemberian Allah.

Kita pandai bercakap:
"Orang berbudi kita berbahasa"

Hakikatnya Allah sudah berbudi sebanyak-banyak pada kita, jadi mana perginya 'bahasa' kita? 
Orang bijak takkan sebegini rupa. Orang bijak mengambil peluang 'berbahasa' demi Allah di 1/3 malam. Mereka kuat, walau dalam apa jua keadaan. Masa dengan Allah adalah prioriti. Tiada kompromi buat mereka, 1/3 malam 'is a must' untuk manusia bijak.

Pilihlah..
Kita ingin selamanya menjadi yang bodoh atau ingin menjadi yang bijak.

"Apa tips-tips nak bangun qiyam"..soalan macam ini selalu sangat saya dengar dalam usrah. Macam-macam tips sudah diberikan, tips apa lagi yang kita mahu? semangat apa lagi yang kita hendak? dah naik berbuih air liur mereka yang bijak pandai berkongsi tentang cara-cara mudah untuk bangun qiyam. Hakikatnya adakah kita betul-betul disiplin mengamalkannya?

Kita pembohong dan kita penipu!!
Cakap sajalah yang kita sebenarnya malas untuk bangun qiyam. Jangan cuba berdalih lagi.

Kalau betul kita hendak berqiyam, mana perginya usaha kita?
Susah nak bangun? itu semua alasan..tak habis-habis alasan...alasan...alasan dan alasan...terus terang sajalah kita sebenarnya malas nak bangun..

Usaha sebenarnya yang dilihat Allah. Semua orang boleh berniat tapi tanpa usaha niat itu sia-sia.
Niat untuk dapat CGPA 4.0 tapi tak study, jangan haraplah Allah nak bagi. Kita perlu menjadi realistik. Niat perlu datang dengan usaha!!

Jika niat untuk berqiyam, usahakan untuk tidur awal. Kita kenal macam mana diri kita, kalau tidur lewat nanti susah nak bangun, jadi usahakan diri untuk tidur awal demi niat bertemu Allah di 1/3 malam.

Dah tidur awal pun tapi susah nak bangun, usahakan cara lain. Beli jam loceng yang bunyi dia bergema satu bilik, nak lagi dahsyat satu bangunan. Jam loceng berapa la sangat harganya..Kalau kita tak lut dengar alarm clock dari handphone, jadi beli 2-3 jenis jam loceng yang annoying bunyinya. Itu juga usaha. Medium dan cara untuk berqiyam itu banyak, carilah mana yang sesuai dengan pattern diri kita.

Perlu ada usaha, untuk berqiyam. Mungkin seminggu sekali, seminggu dua kali atau sebagainya. Ikutlah kemampuan diri. Lantas apabila qiyam menjadi ibadat sunat jangan kita pandang remeh pada the only time dimana kita dijanjikan Allah berbual 'one on one' denganNya.

Saya mengingatkan diri saya yang paling utama.
Kita perlu menjadi realistik, niat dan usaha mesti datang bersama.

Sukakah kita menjadi yang bodoh? sedangkan kita boleh sangat memilih untuk menjadi yang bijak dan pandai...

Qiyam itu tidak mustahil, tidak payah ataupun susah. Mana niat kita dan mana usaha kita..itulah yang paling penting.

Saya hamba yang hina
Nurul Damia Mohamad Sofian

1 comment:

aimi said...

like..tima ksh damia..:)

Post a Comment