Jan 22, 2012

Sibuk & Ibadah: Agar Kita Lebih Kuat

Assalamualaikum wbt.

Buat para pembaca,
mari kita berhamdalah dan berselawat sebelum memulakan bacaan.

Bismillahirahmanirahim
Astagfirullah al azim, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Semoga bacaan anda di blog ini diredhai Allah yang Maha Esa.

Kisah bermula dengan kesibukan kami sebagai 4th year yang bertungkus-lumus, berhempas pulas menyiapkan FYP (Final Year Project). Saya akui FYP sememangnya mencabar. Nampak mudah, tapi kepayahannya tersembunyi disebalik kemudahan.


Dalam sibuk berjaga malam sampai 4 ke 5 pagi badan manusia mana pun takkan mampu bertahan sesudah berjaga dari pagi sampai ke pagi esoknya, ataupun dari petang sampai ke pagi esoknya. Penat, penat dan penat. Bila balik bilik, katil bagaikan hadiah paling indah buat keseluruhan 4th year. Manakala tidur adalah perkara paling best setelah penat, penat dan penat berFYP seharian.

Kerisauan 4th year makin memuncak bilamana, FYP Coordinator Dr Saiful mengumumkan draft thesis perlu dihantar pada bulan februari 2012. Awal bulan 2, sedangkan buka semester pun bulan 2 juga. Semua jadi blank, yang paling teruk rakan-rakan yang masih lagi belum memulakan FYP. Ada sebahagian mereka, tergendala habis seluruh kerja hanya disebabkan sampel tak dapat atau tak cukup, ada yang barang nak berFYP tak dapat lagi, ada juga yang diberi arahan dari supervisor agar memulakan FYP mereka di awal semester yang bakal membuka tirai. Ada yang terpaksa menagguhkan kerja-kerja FYP kerana tak cukup patient. Masyallah macam-macam masalah dan ragam.


Dikalangan kami masih ada sebilangan rakan yang belum memulakan perjalanan berFYP. Bagi yang sudah memulakan perjalanan, cabaran datang dari pelbagai segi. Mesin rosak, sampel contaminated, method salah, sampel rosak dan hilang, mesin tak cukup, tikus mati dan banyak lagi.

Kesimpulannya kami sibuk mengahdapi cabaran dan masalah berFYP. Hanya disebabkan draft thesis memerlukan 50% updated result dari apa yang telah kami lakukan, jadi semua 4th year jadi kelam-kabut dan naik risau.

Saya sendiri, kadang-kadang naik penat bila kena re-do everything. Ini semua gara-gara medium contaminated. Exhausted, bila kita sudah separuh jalan, tapi end up all the samples contaminated. Jawabnya buatlah balik dari awal.

Namun kawan-kawan,

Allah berfirman dalam Surah Al-Insyirah ayat 5-6:
Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan.

Kemudian Allah berfirman sekali lagi dalam surah yang sama ayat ke 7-8:
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu ibadah), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan ibadah yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (terhadap apa yang engkau gemari dan ingini)
Apa yang cuba saya sampaikan di post kali ini bukanlah memanjangkan lagi rungutan tentang penatnya berFYP dan bercerita tentang sudut negatif berFYP. Niat saya adalah yang sebaliknya.

Ingatlah Allah dan tiada yang lain hanya Allah.


Dalam menerjah kesibukan berFYP ini, saya akui menjaga ibadah adalah cabaran yang terselit dalam kesibukan hampir kesemua 4th year.

Kita ini sekadar manusia biasa. Pandai mana pun kita takkan sama taranya dengan Allah yang Maha bijaksana. Kadang-kadang planning bagai nak rak, tapi plan will not always be like what we want it. Jadi kenapa perlu menjadikan FYP itu rumit bilamana kita punyai Allah yang Maha bijaksana lagi Maha berkuasa untuk membantu kita.

Jadi dalam isu FYP ini saya mengajak rakan-rakan 4th year semua untuk menjadikan Allah supervisor atasan yang tiada tandingnya dengan yang lain. Allah yang paling istimewa dan rujukan utama sesudah supervisor sebenar kita.

Allah sebagai rujukan

Akan sampai satu waktu, kita berada betul-betul dalam kekeliruan panjang dan otak kita black out, tak tahu apa yang patut dibuat.

Akan datang satu waktu, bila kita asyik berdepan dengan isu re-do FYP ini, kita akan rasa give up, penat, exhausted, menyampah, rasa nak marah dan sebagainya. Emotional fluctuate!

Akan datang juga satu waktu, kita asyik nak merungut dan memberi banyak alasan itu dan ini. Supervisor itu la...supervisor ini la bla..bla..bla.. Macam-macam la alasan.

Kita fragile dan vulnerable.
Kepayahan menjadikan kita lemah fizikal, mental dan emosi.

Namun kawan-kawan.

Semalam, saya pulang tepat jam 4 pagi. Berhempas pulas dengan FYP.
Jadi sebelum tidur saya membaca satu buku dari Hilal Asyraf, tajuknya Fanzuru

Tarbiah Allah Maha Hebat
Buka-buka sahaja, terus terpampang tajuk Diamana kita disisi Allah?
Jawapan yang ditulis Hilal sangat benar menusuk hati saya. Katanya

 "Jika ingin tahu dimana kita disisi Allah, lihatlah dimana Allah disisi kita"

Jadi kawan-kawan
Dalam kesibukan dan kepenatan berFYP ini, dimana Allah disisi kita?

Nak dijadikan cerita, tengahari ini saya menerima sms ringkas dari seorang sahabat, katanya:
"Salam, Damia. Dah 2 hari aku masuk lab dari pagi sampai lewat malam. Balik tak larat, tak baca Quran dan mathurat. Semalam aku tak sihat, paksa diri. Semalam tak solat rawatib..Damia rindunya nak ada masa lapang untuk beribadah. Hari ini aku bawa Quran pergi lab. Moga hari ini lebih baik dari semalam"

Subhanallah.
Dalam kesibukan...kita mencari Allah. Moga-moga kita diredhai. Jadi saya sendiri merasakan walau sesibuk mana kita, ibadah bukanlah perkara yang mengacau kesibukan kita berFYP dan sebagainya. Ibadah menjadikan kita lebih tenang, lebih yakin dan lebih kuat untuk terus-terusan meneruskan kerja-kerja berFYP. Bukan kata FYP sahaja, namun semua jenis kerja la.

Sesudah berusaha, kita mengharapkan redha Allah dalam beribadah. Dalam solat fardhu dan solat sunat yang kita dirikan, dalam membaca quran dan berqiyam kita berdoa dan terus berdoa agar Allah bersama-sama kita dalam usaha berFYP ini. Seterusnya kita bertawakal, agar usaha kita yang hari ini memberi kabar kejayaan buat kita.

Mencuri masa sibuk demi ibadah, menjadikan kita insan yang 200% berharap dan penuh berharap pada Allah. Tinggalkan saja kerja-kerja di depan mata buat sementara waktu, beribadahlah kerana kita ingin menjadikan Allah yang paling istimewa disisi kita lebih dari segalanya. Jangan takut dengan kerja-kerja yang tergendala, Insyallah..bukankah Allah itu sentiasa ada untuk membantu dan melindungi kita.

Buat rakan-rakan dan juga diri saya sendiri yang sering stay back di lab sehingga 2-6 pagi, tidak salah sekiranya kita luangkan masa sebentar untuk berqiyam. Sekadar tahajud 2 rakaat, kemudian kita sambung semula kerja-kerja FYP ini. Buat kawan-kawan yang kadang-kadang mungkin terpaksa menunggu mesin siap memproses segala sampel kita, boleh juga kita luangkan masa menunggu ini dengan membaca atau mentadabbur ayat-ayat Al-Quran.

Cari dan curilah masa beribadah dalam kesibukan berFYP dan sebagainya. Kerana kita mengejar janji Allah di dalam surah Al-Insyirah ini. Sesudah kepayahan berFYP akan datang kemudahan dan kejayaan untuk kita. Insyallah.

Mari kita jadikan Allah yang paling istimewa walau dalam kesibukan dan kesenangan. Kita beribadah kerana kita ingin meluangkan masa untuk Allah. Agar dengan ibadah ini jiwa, jasad dan roh kita menjadi lebih kuat untuk terus mara dan berusaha.

Jazakallahu Khairan Khathira

Saya Hamba Hina
Nurul Damia Bt Mohamad Sofian





No comments:

Post a Comment