Jun 10, 2010

Siapa Ada Bila Semua Tiada?

Assalamualaikum wbt

Sapa ada bila semua tiada? saya percaya anda semua faham apa yang cuba saya maksudkan..

Semalam saya pulang lambat dari lab...lebih kurang jam 10 malam, bersendirian saya berjalan..jalan gelap, nak tak nak saya terpaksa balik lambat temankan Mada dekat lab..Mada bermalam di lab, memandangkan besoknya test akan bermula, we need to handle almost 60++ guinea pigs and rabbits for this test..then Mada tiada pilihan melainkan bermalam di lab.

Memandangkan saya yang masih tak bersedia untuk tidur di lab hari itu, saya pun terpaksa pulang lambat..rasanya semalam, semasa melalui jalan yang biasa untuk pulang ke rumah..keadaan nampak lain sikit malam ini.

Mungkin kebiasaannya saya pulang dari lab di waktu petang, tapi hari ini saya bertukar angin dan pulang waktu malam..

Di jalan hanya ada bayang dan tapak kaki saya..lampu jalan tak semuanya berfungsi, anjing-anjing di lorong belakang tak lagi menyalak seperti kebiasaan sewaktu saya pulang di petang hari..tiada lagi pekerja-pekerja construction, saya fikir mereka juga pulang sehabisnya waktu kerja..

Berani...memang berani, itu yang terlintas di fikiran saya..berani betul saya pulang lambat..
bukan diri yang berani tapi, saya yakin Allah ada untuk lindungi perjalanan pulang saya..dan di situlah hadirnya keberanian saya..

seketika saya terfikir
"siapa yang ada bila semua tiada?"
"Allah" jawab hati saya
"so Damia jangan takut"

dan malam itu saya pulang dengan selamat tanpa gangguan
Alhamdulillah.

2 comments:

Anonymous said...

ko wat ape malam2 g lab cuti2 ni damia?
keje kt lab ke?

Nurul Damia Bt Mohamad Sofian said...

ye...
keje dekat lab...

Post a Comment