Aug 28, 2012

Mencari Damai

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahim
Ya Allah, Aku mencari damai yang hilang.

Pagi ini saya teringat akan satu hadith yang ditinggalkan Baginda Muhamammad saw. "Bila di dalam kesedihan, ingatlah akan kehilanganku. Ia adalah perkara yang lebih menyedihkan dari segalanya"

Damai.

Saya fikir ia adalah satu rasa berupa anugerah dari Allah. Damai samalah juga tenang. Bagaimana mencari damai bila hati kalut dihimpit masalah? Saya pernah tanyakan soalan sebegini dalam diri. Subhanallah. Barangkali sebelum damai tiba, masalah yang menjadikan kita separuh resah dan separuh gelisah adalah satu ujian yang benar-benar ujian.


Semua manusia dihimpit masalah. Ia peraturan alam. The intensity of masalah bergantung kepada daya tahan setiap hamba. Ada yang mampu berhadapan dengan masalah yang besar, parah, kritikal, mental, emosi, fizikal, besar, kecil mahupun sederhana. Malah ada yang mampu menangani hampir kesemuanya.

Allah, Allah, Allah.
Saya selalu memberitahu Allah tentang ini:

"Ya Allah peganglah aku,aku benar-benar takut berada jauh dariMu. Baik dalam apa jua keadaan, gembira mahupun sedih. Peganglah daku Ya Allah, agar aku sentiasa mengingatiMu dan sentiasa bersamaMu Ya Allah"

Bila manusia seperti saya berhadapan masalah. Saya mula goyah. Bagaikan gelas kaca di hujung meja, menunggu masa ditolak dan akhirnya pecah. Allahuakbar. Masalah melahirkan perasaan negatif yang tak sudah.

Ianya harus diberi noktah. Perlu ingat ia adalah ujian yang benar-benar ujian. Ujian yang benar-benar ujian. Ujian dalaman yang tersirat. Di sebalik masalah wujudnya rasa pergantungan pada Allah yang tak sudah. Dia yang menetapkan suatu keadaan dan Dia jugalah yang menjadikan manusia dan seluruh makhluk.

Perlu ingat, betapa tersiratnya hidup ini bila berhadapan masalah. Kerana tujuan masalah yang sebenar-benarnya adalah untuk meniti jalan kembali pada Allah, Meletakkan 200% kepercayaan padaNya, membuka jalan taubat agar kita bersih dari segala dosa jahiliyah sebelum berkumpul di mahsyar untuk dihisab.

Dan perlu ingat,
Kesedihan dari masalah sangatlah kecil impaknya. Kehilangan Rasulullah saw amatlah memberi kesan. Sangat-sangat memberi kesan. Merasai betapa pentingya Rasulullah saw dalam hidup kita bergantung kepada betapa dalam kita mengenalinya.

Memang betul, tak kenal maka tak cinta. Takkan ada rasa cinta yang membara-bara bila tidak kenal dan tahu. Saya fikir bila sudah kenal Rasulullah saw, dengan meniti satu persatu seluruh kisah hidupnya, barulah akan wujud rasa cinta. Rasa cinta yang amat sangat sehingga membentuk peribadi diri yang ingin benar mencotohi baginda. Dan apabila mengalami sebarang kesedihan dan masalah dunia, Ianya tak memberi  greater impact. Kerana kehilangan Rasulullah samalah seperti hilanglah seluruh jiwa kita.

Air mata kita seharusnya hanya untuk Allah dan Rasul. Begitulah sepatutnya tindakan seorang hamba abdi kepada Allah dan pengikut setia dibawah pimpinan Muhammad saw.

Masalah sebenarnya jalan pulang mencari damai. Kerana dengan mengingati Allah sahaja akan wujud damai. Damai memberi impak positif. Ia melairkan rasa sabar yang amat sangat. Kita menjadi teramat sabar, kerana kita hanya percaya dan bergantung pada Allah dan bukan manusia sekeliling.

Banyak-banyaklah berbicara dengan Allah. Agar masalah mengembalikan kita ke jalan bertemu Dia, dan kita diberi damai.

Astagfirullah al azim
Astagfirullah al azim
Astagfirullah al azim

Terimalah taubat kami Ya Allah.

Saya Seorang Hamba Hina
Nurul Damia Mohamad Sofian

No comments:

Post a Comment