Jul 21, 2012

Salam Perantauan

Assalamualaikum wbt.


Bismillahirahmanirahim.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Saya fikir perjalanan mengubah diri adalah perjalanan paling mencabar sepanjang 24 tahun hidup. Menjadi hamba, khalifah dan anak benar-benar memberi corak pada diri saya.

Sudah lama saya tidak berkongsi artikel. Kali terakhir, post yang telah saya kirimkan di dalam blog ini adalah ketika  saya masih di IIUM Kuantan. Masa-masa akhir di Kuantan benar-benar menyesakkan dada.

Berat untuk mengucapkan selamat tinggal. Saya sendiri tidak tahu-menahu kemanakah masa depan bakal membawa diri. This future is uncertain.

Saya tidak bosan berada di UIAM Kuantan. Sungguhpun diselaputi hutan tebal yang penuh dengan Anjing, Khinzir dan Beruk. Hidup di sini penuh warna-warni. Nikmat terbesar dalam hidup saya adalah Hidayah. Saya menerima sinar hidayah yang terang berderang di UIAM Kuantan. “The sparks” yang mula menjadikan hidup saya berubah 90 degree adalah ketika berada di UIAM Kuantan.




Saya belajar dan diajar. Syukur Alhamdulillah Allah memilih saya. Alhamdulillah Allah pandu hidup saya.


Ramadan ke-23 yang lepas saya menerima banyak tarbiah dan hidayah daripada Allah. 1 bulan yang mengubah 11 bulan hidup saya yang berikutnya. Dalam diri, masih ada tompok-tompok jahiliyah yang gagal saya hapuskan. Kerana itu saya menilai 90 degree adalah tolok perubahan yang telah saya lakukan.


Perjalanan masih panjang, berliku dan mencabar. Saya sendiri kadang waktu, wujud rasa “fear” yang mencengkam jiwa. Where this future will bring me? Inilah yang saya persoalkan hari-hari.

Ada satu hari, ketika di rumah saya duduk menyusun rancangan masa depan. Saya sendirian tanpa teman. At one point, unconcious feeling, insecure and sense of takut yang melampau-lampau tiba-tiba datang tanpa dijemput. Saya bisik pada hati:


“Ya Allah, daku takut”
“Jika Rasulullah bersama aku hari ini, apakah yang akan baginda nasihatkan pada diri saya yang hina ini?”
Saya tidak takut pada dunia, tapi saya takut pada masa depan yang tiada gambaran dan tiada bayang. Allahuakbar. Saya ingin membuat perubahan pada hidup dan peribadi secara total. Saya ingin menjadi hamba seperti yang diterangkan Al-Quran dan Sunnah. Untuk berubah mujahadah dan pertolongan Allah perlu datang selari.


Hidayah yang Allah kurniakan pada saya sangat signifikan sehingga saya benar-benar takut untuk berpatah balik menjadi Nurul Damia yang dulu-dulu. Saya benar-benar takut.


Di rumah, cabaran meneguhkan tugu iman amatlah mencabar. Membawa nilai-nilai dan ajaran Islam ketika di rumah benar-benar menguji adakah saya benar-benar beriman pada Allah yang saya cintai.


Itu soal masa depan penghijrahan saya. Ada lagi satu ketakutan tentang future yang melibatkan keazaman dan cita-cita saya. Oxford. Tiada siapa yang mengetahui mengapa saya benar-benar ingin menuntut ilmu ke Oxford. The solid reason behind it tidak pernah saya ceritakan kepada siapa pun. Saya simpan ia rapi, kerana saya hanya ingin Allah sahaja yang mengetahuinya. Ia misi besar yang penuh kabur.


Saya benar-benar mengharapakan bantuan Allah, dan doa yang tidak putus-putus dari sahabat semua. Agar saya dapat menjadi hamba yang lebih baik dan saya dapat ke Oxford dengan tajaan. Perasaan yang saya lalui ini biarlah ia sekadar takut yang bukan membawa saya kepada putus asa.


Apa guna saya membawa identiti Islam jika saya berputus asa.
Saya mendoakan semoga Allah memberi yang paling baik kepada saya, sahabat dan semua umat Islam pada Ramadan kali ini. Semoga rasa bermujahadah dalam beribadah itu Allah kurniakan pada kita.


“Ya Allah, izinkan kami merasai kenikmatan beribadah."


Ramadan adalah latihan. Ramadan ke-24 ini adalah misi untuk melakukan penghijrahan towards another 90 degree, supaya jumlahnya menjadi 180 darjah.


Demi Allah, tiada apa yang lebih berharga selain mengubah diri menjadi yang paling baik hanya untuk Allah semata-mata.

Saya Hanya Seorang Hamba
Nurul Damia Mohamad Sofian

No comments:

Post a Comment