Jun 18, 2012

Saranan

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahim.

After this, setiap dari kita akan pilih haluan masing-masing. Ada yang sudah sibuk mencari kerja dan ada pula yang sudah mendapat kerja. Sebahagian dari kita mungkin ada yang sibuk-sibuk mencari tempat untuk postgraduate program.

Saya ada satu saranan.

Ramadhan makin dekat. Semalam berlalunya 27 Rejab peristiswa dimana Rasulullah saw diisrak ke Masjidil Aqsa dan dimikraj ke langit ke tujuh. Selepas Rejab, Syaaban menyusul dan sesudah itu jika diizin Allah kita bakal bertemu dengan Ramadhan yang mulia.

Ramadhan.

Sewaktu Ramadhan tahun lalu, impak tarbiah yang saya terima amatlah berbekas ke dalam hati. Biasannya dapat saya rasai sehingga ke hari ini. Saya came across Malaysian Islamic Relief  website beberapa hari yang lalu. Banyak berita menarik yang saya baca, dan ada satu yang saya ingin kongsi bersama sahabat semua.

Ianya bukanlah berita.

Cuma Islamic Relief Malaysia telah melancarkan satu program sempena kedatangan Ramadhan. Namanya "Ramadhan Relief". Saya suka idea untuk program sebegini. The main purpose of Ramadhan Relief sebenarnya mengajak kita berinfaq sebanyak RM50 bagi menampung kos perbelanjaan makanan bagi keluarga miskin sekitar Malaysia. Wang infaq ini kemudiannya akan digunakan untuk membeli a box of foods dan diedarkan kepada mereka menjelang awal Ramadhan. 



Buat sahabat,

Saranan saya, jika anda bakal berkerja setelah siap menghantar thesis ini atau let say anda dipanggil berkerja dalam bulan Ramadhan. Saya yakin anda bakal menerima gaji sebelum Syawal menjemput kita. Or mungkin juga in between, anda dikurniakan wang saku lebih from your parents or mungkin juga anda mendapat wang dari mana-mana pihak, saranan saya hanya satu. Mari berinfaq.

Jangan berkira-kira untuk ke bank bagi mengirim RM50 ke dalam akaun Maybank atau CIMB Islamic Relief untuk program ini. Bagi sahabat yang ada akaun e-banking, jangan berkira-kira untuk menggandakan pahala. Just one clik dan bank-in RM50 ke dalam akaun di atas.

A box of food sebenarnya memberikan kelegaan, keringanan dan kegembiraan pada golongan yang benar-benar memerlukan.

Kita adalah golongan yang dilapangkan rezeki oleh Allah dengan wang dan makanan. Mereka adalah golongan yang disempitkan rezekinya oleh Allah dengan wang dan makanan. In such way, both situation are significant. Harta dan rezeki yang ada pada kita adalah key point untuk Allah menilai bagaimana kita beramal dengan rasa Syukur. Semakin kita bersyukur dengan nikmat Allah, semakin kita ingin memberi.

Bagi mereka pula, golongan yang menerima, ia adalah turning point buat mereka ketahui, Allah tidak pernah membiarkan mereka dan umat Islam sentiasa ada untuk membantu dan meringankan beban mereka. Kemiskinan adalah ibadah yang mendekatkan diri pada Allah dan kesusahan mengajar erti kekuatan. The toughest you endure life the strongest you become. Insyallah.

Buat sahabat yang ingin mengirim lebih dari RM50, silakan, moga Allah memberi syurga buat anda sebagai galang ganti. Bagi sahabat yang tidak punya cukup wang, jangan risau, ajak ramai-ramai kawan get involve dengan donation ini. Kutip RM5 ke seorang atau sebagainya. Sudah cukup RM50 anda bank in kan wang tersebut. Wahai sahabat, bukankah Islam itu mudah?

Jika anda ingin keluarga anda mendapat pahala yang sama, saya sarankan anda kutip RM50 pada ibu dan ayah atau RM50 mewakili ibu dan ayah. Ajak adik-adik, abang-abang and kakak-kakak sahabat sekalian berinfaq. Jika mereka mampu memberi RM50 Alhamdulillah, jika tidak kita kutip RM5 atau RM10 per siblings.

Ini sekadar saranan. Idea ringkas untuk beramal dan membersihkan diri dari dosa-dosa lampau. Moga Allah berkati usaha kita.

Saya Hanya Seorang Hamba
Nurul Damia Mohamad Sofian

No comments:

Post a Comment