Feb 16, 2012

Lewat

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahim

Selama 4 tahun bergelar peajar di UIAM Kuantan, tak pernah sekali saya menyesal datang lambat ke kelas.

Tapi,

Pagi ini berbeza. Subhanallah. Sekali lagi saya lewat ke kelas Dr. Deny.
Namun dalam perjalanan pulang dari kelas, Allah gerakkan hati saya. Tidak sepatutnya saya macam ini.


Lewat menandakan saya tidak serious.
Lewat membuka ruang malas dalam diri.

Sedangkan Allah, tidak menyukai hamba yang begini. Jika benar saya ingin menjual seluruh kehidupan dunia demi Akhirat Allah, saya perlu menjadi se"efficient" mungkin.

Saya perlu bergerak pantas dan bijak merancang masa.
Saya perlu kuatkan semangat. Roh kerajinan perlu meresap ke seluruh tubuh. Saya hidup demi Allah dan Rasul. Bila bangun dari tidur, saya harus lafazkan "hari ini segalanya demi Allah!"

Mengubah tabiat tidak susah.
Kita punya Allah. Allah pasti ada untuk membantu.
Kata orang "memang susah untuk memulakan langkah awal". Contohnya: nak berdisiplin awalnya memang susah. Ini kalau ikut pepatah di atas.

Tapi bila saya fikir 2 kali

Tidak susah untuk memulakan langkah awal jika hati benar-benar ingin melakukannya. Jika hati menolak untuk berubah, tidak susah pun untuk memaksa hati. Akal perlu menjadi Raja, agar akal dapat memandu hati. Hati perlu dipandu. Kadang waktu hati perlu dipaksa. Tidak susah untuk memaksa hati dan diri. Paksa saja!

Kata orang "susah untuk berdisiplin"
Kata saya "tak susah untuk paksa diri berdisiplin"

Kesimpulan dari kisah saya yang sering lewat ke kelas ini, saya akhiri dengan doa:

"Ya Allah aku memohon keampunanMu dari segala kelemahan diri dan kelalaian yang merugikan aku. Ya Allah bantulah aku dan sahabat-sahabatku, agar kami tidak lagi mengambil mudah dengan sikap lewat dan tidak amanah ini. Bantulah kami Ya Allah, untuk mengubah kelemahan diri kami ini. Agar kami menjadi Hamba yang mujahid, yang benar-benar berusaha dan serious dalam mencari redhaMu."

Amin.

Sahabat, saya baru saja benar-benar menyedari yang lewat umpama satu penyakit. Syukur Allah sedarkan saya. Jika tidak, saya pasti hanyut dan sikap buruk ini pasti terbawa-bawa sampai mati.

Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Misi seterusnya: Buang penyakit lewat dalam diri!

Saya Hamba Berdosa
Nurul Damia Mohamad Sofian

Feb 8, 2012

Hikmah

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahim

This world is full of signs. Hikmah Allah dimana-mana sahaja. Menjalani kehidupan yang hari ini, kita diajar dan disuruh Allah untuk melihat dan memuji kebesaranNya yang Maha Hebat.


Semalam, Alhamdulillah. Doa saya dimakbul Allah.

Lebih kurang jam 4.30 pm, saya menerima panggilan dari umi.

"Assalamualaikum" Umi.
"Wa'alaikumsalam" Saya.
"Bila nak balik rumah lagi?" suara umi serak-serak.
"Umi demam ke? Kenapa suara umi lain?" saya.
"Tak sihat sikit" Umi
"Nyun tak tahu lagi bila nak balik, maybe jumaat ni balik KL. Kenapa Umi?" Saya

Tiba-tiba umi bualkan tentang makcik-makcik saya yang bercerita tentang keterujaan mereka menggunakan Herbalife. Saya, tidak lama dulu pernah mencadangkan pada mereka untuk mula mengambil Herbalife sebagai supplement kesihatan tambahan. Mereka setuju tanpa banyak bertanya. Dan kini mereka lebih teruja. Kerana berat sudah turun. Alhamdulillah.

Namun, saya tahu bukan itu tujuan umi menelefon saya.

"Umi ok ke? Umi ada masalah kewangan ke?" Saya
"mmmmmmmm" Umi

Memang benar tekaan saya. Dialog seterusnya biarlah ia menjadi rahsia antara saya dan umi. Bukan perbualan saya dan umi yang menjadi motif post ini disiarkan. Tapi hikmah semalam yang saya lalui ingin saya kongsi bersama kawan semua.

Saya perlu tolong umi. Itulah nekad saya dalam hati. Macam mana nak beli makanan kalau tiada sumber kewangan dirumah. Amar nak masuk belajar bulan 6, Jumaat ini dia perlu menghadiri interview kerja sebelum menyambung belajar. Amar juga pasti perlukan duit. Amru dan Adam juga, mereka bersekolah. Petang itu, saya lalui penuh tawakal pada Allah.

Tiada siapa yang dapat menambahkan rezeki saya melainkan Allah. Saya duduk, tarik nafas penuh dalam. Saya berdoa dalam hati.

"Ya Allah, tiada siapa yang dapat menambahkan rezekiku melainkan Mu ya Allah. Ya Allah aku harus membantu umi, membantu abuya, amar dan adik-adik yang lain. Jangan Kau sempitkan rezeki Kami dan jangan Kau jadikan ujian yang kau berikan pada kami ini sebagai alasan untuk kami mengeluh. Kuatkan kami untuk terus berusaha mencari Rahmat dan Redhamu."

"Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka-mereka yang berhutang denganku. Tambahkanlah rezeki buat mereka, agar dengan itu mereka dapat melunaskan hutang mereka terhadapku. Berikanlah aku yang lebih dan lebih baik daripada ini. Agar dengan wang yang mereka bayarkan padaku ini, dapat untuk aku membantu umi, abuya, amar dan adik-adik yang lain."

Doa ini saya lafazkan sewaktu menunggu waktu maghrib. Ia waktu mustajab doa. Waktu ketika matahari terbenam dan diwaktu 1/3 malam adalah waktu dimana doa dimakbulkan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah itu dekat. Sedang saya duduk, sesudah waktu maghrib tiba-tiba saya mendapat satu sms datangnya dari mereka yang berhutang dengan saya. Ya Allah, doa saya didengar Allah. Allah makbulkan permintaan saya. Syukur. Syukur yang tak terhingga.

Asatagfirullah al azim.

Malam itu sejumlah wang yang besar dimasukkan kedalam akaun maybank saya. Ia hikmah dan hadiah dari Allah. Saya menangis kerana malu. Malu kerana banyak dosa yang saya lakukan. Banyaknya seluas alam. Namun Allah mendengar permintaan saya. Malah Allah turut memberi, memberi yang lebih baik dari apa yang saya sangkakan.

Apa lagi alasan?
Saya tidak punya alasan untuk tidak menjadi hamba terbaik disisi Allah. Kerana saya terlalu bersyukur, saya dan kita semua harus terus-terusan berusaha menjadi yang terbaik, yang lebih baik dan yang paling baik demi Allah dan Rasulullah SAW.

Lafaz syukur tidak putus-putus keluar dari bibir saya. Lantas saya berdoa:

"Ya Allah, janganlah Kau biarkan aku sekejap mata jua pun. Perbaikilah segala urusanku. Jangan Kau biarkan aku melupakanMu Ya Allah. Jadikan aku hamba yang sentiasa mengingatiMu di waktu senang dan susahku, di waktu sedih dan gembiraku. Kuatkan aku di jalanMu Ya Allah. Jadikan aku hamba yang sentiasa mengingati Mu. Jadikanlah Al-Quran itu dekat dengan hatiku."

Malam itu berlalu dengan penuh hikmah.
Alhamdulillah.
Masyallah, La quwwata illa billah.

Pagi ini selepas siap, mengirim duit kepada umi dan amar. Saya menghantar umi 1 sms ringkas:

"Salam. Umi, Nyun dah bank in RM *** dalam akaun bank umi. Maybe Jumaat or Khamis ni nyun balik. Tolong doakan Allah tambahkan rezeki Nyun dengan Herbalife dan mengajar gitar ini. Mana tahu, Insyallah bukat takat Rm*** tapi beribu pun Nyun bole bagi umi."

Lantas, inilah yang umi balas pada saya:

"Subhanallah, Ya Mujid. Bukakanlah pintu rezeki yang luas buat anakku Nurul Damia. Jazakallah, Umi terharu."

Saya yang menerima juga turut terharu.

Allahuakbar.
La illaha illa Allah.


Bila menghadapi masalah rakan-rakan, jangan lupa kita punya Allah. Carilah masa-masa untuk berdoa, dan  ceritakan dengan penuh ikhlas hanya pada Allah. Jadikan Allah yang paling istimewa disisi kita, agar Dia juga meletakkan kita ditempat yang istimewa disisiNya.

Dan bila kita bergembira mahupun senang jangan lupa juga beryukur, tambahkan ibadah dan doa. Itu sebagai tanda yang kita sangat berterima kasih pada Allah. Bila punya kemudahan, jangan lupa membantu pada yang memerlukan. Agar ia menjadi infaq yang kita lakukan kerana Allah.

La Tahzan, Jangan bersedih.
Allah itu dekat.

Agar dalam senang kita lebih kuat mengingatiNya,
Agar dalam susah kita semakin kuat berharap hanya padaNya.

Nasihat ini buat diri saya yang paling utama, dan juga buat semua.

Saya Hamba Hina
Nurul Damia Mohamad Sofian.

Feb 5, 2012

Herbalife: Between Facts & Realities

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirhim
La illaha illa Allah, Muhammad rasulullah.

Saya bersifat telus untuk post kali ini.
Berbulan saya mendiamkan diri, tanpa menceritakan apa-apa tentang Herbalife, walhal untuk pengetahuan pembaca semua saya adalah "Herbalife Independent Distributor".

Kisah bagaimana saya mula menggunakan Herbalife, tidaklah begitu bombastic dan unik. Ia biasa, namun apa yang boleh saya simpulkan, semuanya datang dari Allah.

Saya seorang yang sangat cautious dengan kesihatan. Saya alah dengan MSG (monosodium glutamate). Kalau makan maggi misalnya, saya akan cepat pening kepala. Makan dekat restoren kadang-kadang menyebabkan saya cepat pening kepala. Penambah perisa sudah jadi menu wajib dalam semua masakan di majoriti restoren. Namun saya bukanlah terlalu rigid, sampaikan nak makan luar pun jadi fobia. Oh! sudah tentu tidak. Flexible sahaja, cuma saya sedikit memilih dan banyak komen bila dapat tahu tukang masak letak MSG!

Kenaikan berat yang paling ketara adalah ketika saya di matrikulasi. Terkejut badak! bila melihat makanan yang sedap-sedap di jual di cafe menyebabkan saya menjadi seductive terhadap semua makanan di cafeteria. I'll treasure every food! Lain pula di rumah, normally dekat rumah umi hanya masak 1 lauk saja, then dengan sayur ulam. So totalnya 2 lauk la..but itu kalau umi tak penat, kalau tak saya la masak. Saya pun lebih kurang umi je, masak 1 lauk or paling kurang pun 2 lauk. Dekat rumah memang tiada kejutan makanan. Kadang-kadang makan dan masak apa yang ada sahaja. Tapi bila masuk CFS PJ, memang kejutan badak menyerang saya.

"Wow banyaknya makanan!"


So saya pun makan tanpa was-was. Nak jadi cerita, maka naiklah berat saya dari 56kg ke 67kg. Dengan takda exercisenya, asyik makan dan makan. Ended up 12kg naik! Masa berat saya naik silently, saya of course tak sedar tentang perkara ini. Namun bila berjumpa semula dengan kawan-kawan sekolah menengah, majoriti mereka menegur tentang perubahan ketara pada diri saya.

Saya mula jadi risau dan risau dan risau....
Arghhhhh nak buat macam mana ini...
Bila ditanya kawan-kawan sekelas di CFS inilah yang mereka respond:

"Kau tinggi Damia, so tak nampak sangat kau GEMUK!"
"Aku tengok kau biasa je"

Jadi, kerana narrow minded at that particular moment, saya pun overtake komen-komen kawan-kawan di CFS daripada kawan-kawan di sekolah menengah.

Lama-kelamaan, bertahun-tahun, sehinggalah saya berada di tahun kedua (2nd Year) di UIAM Kuantan, sesuatu trigger my innerself. Saya mula rasa berat badan dan malas. Cepat mengah, tidak aktif, cepat sakit lutut bila banyak berjalan, banyak tidur dan pasif. However, yang paling ketara, virus MALAS mula merasuk seluruh arteries, veins and nerves. Perkara inilah yang paling saya sedar. It's like for every 1kg weight gain saya mula menjadi Nurul Damia yang 10% MALAS. Therefore, for 12kg weight gain, saya sudah menjadi Nurul Damia yang 120% MALAS!

MALAS had ruined my entire life!

Saya suka membaca dan mendengar hadith dan kisah-kisah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Islam menjadikan mereka hebat. Dengan bersederhana mejadikan mereka sangat HEBAT!

Satu petang, sewaktu berusrah, Kak Ayat ada berpesan:

"Memberi hak pada tubuh badan adalah satu ibadah. Tubuh kita, bukan milik kita. Ia milik Allah, kita sekadar meminjam. Sama juga macam kita pinjam barang orang, selesai digunakan, mestilah kita pulangkannya semula. Tuan punya barang pasti suka sekiranya barang yang dipulangkan berada dalam keadaan asalnya semula atau lebih sempurna dari itu. Sama juga tubuh kita, Tuannya adalah Allah. Menjaga badan at the best health adalah ibadah yang kita buat kerana Allah. Bila makan kita mesti bersederhana. Sebagaimana yang Rasulullah amalkan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air dan 1/3 untuk udara. Jaga halal dan haram dalam makanan. Haram bukan sekadar dengan cara penyembelihan saja, tapi haram sesuatu makanan adalah apabila makanan itu mendatangkan mudarat kepada kesihatan kita. Halal makanan, bukan saja pada ramuan yang tidak terkandung khizir, tapi halalnya makanan juga adalah makan yang dapat memberi manfaat, kebaikan dan tidak mendatangkan kemudaratan pada kesihatan. Berapa banyak hak yang kita tak penuhi untuk tubuh kita? kesian badan kita, tak malukah kita pada Allah? Tuan kepada tubuh kita?"

Saya terpana! terkesima!
Kak Ayat, saya malu...saya malu pada Allah.

Kerana ingin mengamalkan ilmu yang baru diketahui daripada Kak Ayat, saya pun memulakan langkah pertama untuk berdiet. Waktu ini Herbalife sememangnya belum ada dalam kepala. Saya even tak tahu pun tentang kewujudan Herbalife. Jadi, apa yang saya lakukan adalah eating the right way, eat the right food and 20 minutes exercise.


Saya mula belajar mengawal kuantiti nasi sewaktu lunch. Kalau dulu 2 senduk then saya cut into 1 senduk. Saya makan sangat banyak sayur. Instead of having dishes yang berunsurkan fried chicken saya mula makan ikan during lunch. Malam saya sekadar makan roti or bihun sup. That's it! Then petang-petang saya jogging and sometime saya aerobic dekat gym. To be honest, saya sangat enjoy doing semua perkara ini. I enjoyed my new routines. Saya makin bersemangat towards becoming pemuda yang healthy. Sewaktu menjalani rutin-rutin baru ini, saya sering reflects tentang 1 dari banyak-banyak hadith Rasulullah SAW:

"Ambil 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati"

Saya sihat sekarang, jadi saya perlu adakan usaha untuk sentiasa menjaga kesihatan saya. Bila sihat saya kuat untuk belajar dan beribadah. Saya masih muda and I'm still at early 20 jadi tidak sepatutnya saya pasif, sakit-sakit lutut, lemah badan dan mengah-mengah. Saya orang muda bukan orang tua, sepatutnya saya aktif! saya mesti kuat kerana Allah, kuat kerana Rasulullah SAW dan kuat kerana Islam. Sewaktu zaman Rasulullah dan para sahabat, Islam tertegak dan tersebar ke serata alam kerana pengorbanan dan kekuatan dari jiwa-jiwa para pemuda. Lihat Aisyah, lihat Asma', lihat Fatimah, Ali, Usamah B Zaid, Mush'ab Umair, Anas Malek, Muaz Jabal, Ibnu Abbas, Zaid Harithah, Bilal, Khalid al Walid, Abu Hurairah, Hasan dan Husin, Yazed dan ramai lagi. Buka dan baca lah semula sirah-sirah mereka. Mereka sihat dan kuat. Mereka digeruni musyrik dan dihormati sehingga kini. Mereka pemuda seumur kita, tapi mereka sihat dan kuat. Kesihatan menjadikan mereka makin kuat beribadah, dan kekuatan menjadikan mereka zuhud, bersemangat dan luar biasa!

Beginilah saya memotivasikan diri.

Almost 1 and a half month berlalu, jadi saya mengambil inisiatif untuk menimbang diri. Bila timbang, tupp..tup.. berat turun 2 kg. Saya mula terfikir, mana silapnya? Namun 2kg penurunan tak mematahkan semangat saya. Saya continue diet, the next month saya turun 1kg. Thus, total penurunan saya = 3kg. I begin to wonder again, mana silapnya? saya sangat berharap agar penurunan kali ini lebih banyak. I'm expecting to get back berat semasa saya di sekolah menengah dahulu which is 56kg. Masa berlalu, and I'm going through a very hectic life of 3rd year student di UIAM Kuantan. Semangat berdiet masih ada, saya hanya perlu 'push' diri sendiri to get back to my old diet routine. At this moment lah saya merasakan there is something wrong somewhere with my diet routine.


"Kenapa saya tak boleh istiqomah mengamalkannya?" I begin to ask myself, tapi all those while tak terfikir pula saya untuk berdoa dan meminta petunjuk dari Allah agar tunjukkan saya cara terbaik untuk berdiet ini.

Soalan ditinggalkan tanpa jawapan. Masa berlalu pantas sehinggalah saya berpraktikal di cuti semester tahun ketiga. Routine praktikal memang penat. Bangun pagi-pagi, jalan kaki pergi stesen LRT, then jalan kaki pergi Lab and bila balik, it's vice versa. Ada juga saya terfikir, "kalau diet time praktikal ini, mesti berat turun" Perhaps, the feeling of penat  berpraktikal telah overtake semangat berdiet saya. Jadi, akhirnya saya gagal buat seketika untuk kembali semangat berdiet.

Suatu malam, sewaktu membaca surat khabar, hati saya tiba-tiba tergerak untuk berdoa. Inilah doa yang saya lafazkan diam-diam dalam hati:

"Ya Allah, tunjukkanlah cara yang paling baik, yang dapat membantu aku memberikan semula hak kepada tubuh badanku. Ya Allah, tunjukkanlah aku cara terbaik yang dapat membantu aku menurunkan berat badanku. Ya Allah aku perbetulkan niatku hanya keranaMu Ya Allah. Ya Allah, Engkaulah yang Maha Mengetahui segala sesuatu."


Tak sampai 10 minit, tengah saya belek-belek surat khabar.
Zuppppp! tiba-tiba Allah kembalikan ingatan saya pada kisah Hafiza Haris yang pernah Alia ceritakan pada saya dahulu.

"Damia pernah jumpa Fiza tak?" Alia
"Fiza mana ini? Orang tak kenal la Alia."
"Ala fiza yang orang selalu tegur masa dekat matrik dulu tu"
"Oooooo...hah kenapa dia, dia dah kurus gila. Sebab dia makan Herbalife!"

Herbalife!

Itulah perkataan pertama terlintas, sesudah doa yang saya lafazkan kepada Allah. Saya terus ambil phone, and terus call Aini. Dia kawan seusrah saya, and she's biotech student sama batch and year dengan Hafiza Haris. Saya tanyakan pada Aini contact number Fiza, then Alhamdulillah, Allah mudahkan semua urusan saya malam itu. Tak sampai 5 minit Aini bagi number phone Fiza pada saya dan saya terus call Fiza.

Saya tak tahu bagaimana respond Fiza. Mungkin juga dia terkejut agaknya. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba saja saya call menceritakan niat saya pada Fiza. Kami berjanji untuk berjumpa, kata Fiza dia akan menerangkan segalanya tentang Herbalife kepada saya.

Pertemuan kami pada hari sabtu yang sangat tenang berlaku di Axis Atrium yang terletak bersebelahan dengan rumah saya. This is the first time Fiza timbang saya guna penimbang canggih yang buat pertama kalinya saya tahu tentang kewujudan alat canggih ini. Sekali lagi saya terkejut beruk! Setelah menimbang dan menerangkan segalanya kepada saya, that is the day where I fully decide untuk consume Herbalife and become Herbalife Independent Distributor.

Saya meminta keizinan Allah, sebelum meneruskan niat untuk menggunakan Herbalife dan serious terhadap Herbalife ini:

"Ya Allah aku memohon dan mengharapkan keizinan daripadaMu, jika benar Herbalife adalah yang terbaik buatku, Kau kuatkanlah aku untuknya dan permudahkanlah segalanya buatku Ya Allah"

Saya yakin setelah mendengar Hafiza menerangkan tentang diet plan bersama Herbalife, nutrisi Herbalife dan bagaimana Herbalife membantu menurunkan berat badan. Every single thing make perfect sense. Alhamdulillah Allah yakinkan saya pada hari itu. Tanpa ragu, saya membeli pack pertama saya pada Fiza.

Saya bersyukur, saya diberi elaun sewaktu berpraktikal oleh Dr Saadiah. Ini semua rezeki dari Allah. Allah mudahkan segalanya buat saya. Dengan elaun inilah saya gunakan untuk membeli Herbalife pada Fiza. Alhamdulillah. Sewaktu menghadapi Ramadhan ketika berpraktikal, saya masih lagi mengamalkan Herbalife. Berat saya turun mendadak ketika ini. Herbalife + Berkatnya berpuasa di bulan Ramadhan menyebabkan saya turun daripada 64kg kepada 60kg dalam tempoh 1 bulan berpuasa. Perubahan ketara berlaku sewaktu bulan Ramadhan. Sesudah Ramadhan saya masih lagi mengamalkan Herbalife dalam masa 3 minggu saya turun lagi 3kg menjadikan berat saya 60kg kepada 57kg. Masyallah, La quwwata illa billah (Sungguh, atas kehendak Allah semua ini berlaku).

Syukur saya, benar-benar saya panjatkan hanya padaMu Ya Allah.
Allahlah yang menggerakkan hati saya untuk Herbalife.
Allahlah yang memudahkan kewangan saya untuk menggunakan Herbalife.
Allahlah yang membantu saya menurukan berat badan.

This are the facts and realities bagaimana saya mengenali Herbalife. Semuanya dari Allah.

Kini saya seorang pengedar Herbalife. Saya seorang Diet Coach Herbalife. Insyallah, bagi sahabat-sahabat yang ingin memberi hak kepada tubuh, menjaga kesihatan, menurun dan menambah berat badan, dan kepada sahabat dan pembaca yang ingin mendapatkan extra income yang beribu-ribu saya sudi membantu anda. Saya sudi menjadi Diet Coach anda.

Alhamdulillah. Allah mudahkan urusan saya dalam Herbalife. Saya kini sudah memiliki Kereta hasil dari wang Herbalife. Kerana Allah telah menambahkan rezeki saya dengan Herbalife, barulah saya mampu membayar down payment kereta menggunakan duit dari hasil perniagaan Herbalife. Saya berkongsi kereta ini dengan Adik saya Anas. Bersama-sama kami berusaha bergilir-gilir menggunakan hadiah dari Allah ini. Kami juga bersama-sama membayar wang bulanannya. Allah lah yang memudahkan segalanya buat kami.

Hubungi saya jika anda ingin serious bersama Herbalife.

Saya pohon sebelum anda membuat keputusan ingin berdiet bersama Herbalife dan menjadikan Herbalife sabagai business, laksanakan solat hajat atau berdoalah pada Allah. Tanya dan mintalah pada Allah jika benar Herbalife adalah yang terbaik untuk anda, pohonlah pertolongan pada Allah. Agar Allah kuatkan anda dan permudahkan segalanya buat anda.

This is my story on Herbalife: Between Facts & Realities

Phone: 013 9991356

Saya Hamba Hina
Nurul Damia Mohamad Sofian


Jan 22, 2012

Sibuk & Ibadah: Agar Kita Lebih Kuat

Assalamualaikum wbt.

Buat para pembaca,
mari kita berhamdalah dan berselawat sebelum memulakan bacaan.

Bismillahirahmanirahim
Astagfirullah al azim, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Semoga bacaan anda di blog ini diredhai Allah yang Maha Esa.

Kisah bermula dengan kesibukan kami sebagai 4th year yang bertungkus-lumus, berhempas pulas menyiapkan FYP (Final Year Project). Saya akui FYP sememangnya mencabar. Nampak mudah, tapi kepayahannya tersembunyi disebalik kemudahan.


Dalam sibuk berjaga malam sampai 4 ke 5 pagi badan manusia mana pun takkan mampu bertahan sesudah berjaga dari pagi sampai ke pagi esoknya, ataupun dari petang sampai ke pagi esoknya. Penat, penat dan penat. Bila balik bilik, katil bagaikan hadiah paling indah buat keseluruhan 4th year. Manakala tidur adalah perkara paling best setelah penat, penat dan penat berFYP seharian.

Kerisauan 4th year makin memuncak bilamana, FYP Coordinator Dr Saiful mengumumkan draft thesis perlu dihantar pada bulan februari 2012. Awal bulan 2, sedangkan buka semester pun bulan 2 juga. Semua jadi blank, yang paling teruk rakan-rakan yang masih lagi belum memulakan FYP. Ada sebahagian mereka, tergendala habis seluruh kerja hanya disebabkan sampel tak dapat atau tak cukup, ada yang barang nak berFYP tak dapat lagi, ada juga yang diberi arahan dari supervisor agar memulakan FYP mereka di awal semester yang bakal membuka tirai. Ada yang terpaksa menagguhkan kerja-kerja FYP kerana tak cukup patient. Masyallah macam-macam masalah dan ragam.


Dikalangan kami masih ada sebilangan rakan yang belum memulakan perjalanan berFYP. Bagi yang sudah memulakan perjalanan, cabaran datang dari pelbagai segi. Mesin rosak, sampel contaminated, method salah, sampel rosak dan hilang, mesin tak cukup, tikus mati dan banyak lagi.

Kesimpulannya kami sibuk mengahdapi cabaran dan masalah berFYP. Hanya disebabkan draft thesis memerlukan 50% updated result dari apa yang telah kami lakukan, jadi semua 4th year jadi kelam-kabut dan naik risau.

Saya sendiri, kadang-kadang naik penat bila kena re-do everything. Ini semua gara-gara medium contaminated. Exhausted, bila kita sudah separuh jalan, tapi end up all the samples contaminated. Jawabnya buatlah balik dari awal.

Namun kawan-kawan,

Allah berfirman dalam Surah Al-Insyirah ayat 5-6:
Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan.

Kemudian Allah berfirman sekali lagi dalam surah yang sama ayat ke 7-8:
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu ibadah), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan ibadah yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (terhadap apa yang engkau gemari dan ingini)
Apa yang cuba saya sampaikan di post kali ini bukanlah memanjangkan lagi rungutan tentang penatnya berFYP dan bercerita tentang sudut negatif berFYP. Niat saya adalah yang sebaliknya.

Ingatlah Allah dan tiada yang lain hanya Allah.


Dalam menerjah kesibukan berFYP ini, saya akui menjaga ibadah adalah cabaran yang terselit dalam kesibukan hampir kesemua 4th year.

Kita ini sekadar manusia biasa. Pandai mana pun kita takkan sama taranya dengan Allah yang Maha bijaksana. Kadang-kadang planning bagai nak rak, tapi plan will not always be like what we want it. Jadi kenapa perlu menjadikan FYP itu rumit bilamana kita punyai Allah yang Maha bijaksana lagi Maha berkuasa untuk membantu kita.

Jadi dalam isu FYP ini saya mengajak rakan-rakan 4th year semua untuk menjadikan Allah supervisor atasan yang tiada tandingnya dengan yang lain. Allah yang paling istimewa dan rujukan utama sesudah supervisor sebenar kita.

Allah sebagai rujukan

Akan sampai satu waktu, kita berada betul-betul dalam kekeliruan panjang dan otak kita black out, tak tahu apa yang patut dibuat.

Akan datang satu waktu, bila kita asyik berdepan dengan isu re-do FYP ini, kita akan rasa give up, penat, exhausted, menyampah, rasa nak marah dan sebagainya. Emotional fluctuate!

Akan datang juga satu waktu, kita asyik nak merungut dan memberi banyak alasan itu dan ini. Supervisor itu la...supervisor ini la bla..bla..bla.. Macam-macam la alasan.

Kita fragile dan vulnerable.
Kepayahan menjadikan kita lemah fizikal, mental dan emosi.

Namun kawan-kawan.

Semalam, saya pulang tepat jam 4 pagi. Berhempas pulas dengan FYP.
Jadi sebelum tidur saya membaca satu buku dari Hilal Asyraf, tajuknya Fanzuru

Tarbiah Allah Maha Hebat
Buka-buka sahaja, terus terpampang tajuk Diamana kita disisi Allah?
Jawapan yang ditulis Hilal sangat benar menusuk hati saya. Katanya

 "Jika ingin tahu dimana kita disisi Allah, lihatlah dimana Allah disisi kita"

Jadi kawan-kawan
Dalam kesibukan dan kepenatan berFYP ini, dimana Allah disisi kita?

Nak dijadikan cerita, tengahari ini saya menerima sms ringkas dari seorang sahabat, katanya:
"Salam, Damia. Dah 2 hari aku masuk lab dari pagi sampai lewat malam. Balik tak larat, tak baca Quran dan mathurat. Semalam aku tak sihat, paksa diri. Semalam tak solat rawatib..Damia rindunya nak ada masa lapang untuk beribadah. Hari ini aku bawa Quran pergi lab. Moga hari ini lebih baik dari semalam"

Subhanallah.
Dalam kesibukan...kita mencari Allah. Moga-moga kita diredhai. Jadi saya sendiri merasakan walau sesibuk mana kita, ibadah bukanlah perkara yang mengacau kesibukan kita berFYP dan sebagainya. Ibadah menjadikan kita lebih tenang, lebih yakin dan lebih kuat untuk terus-terusan meneruskan kerja-kerja berFYP. Bukan kata FYP sahaja, namun semua jenis kerja la.

Sesudah berusaha, kita mengharapkan redha Allah dalam beribadah. Dalam solat fardhu dan solat sunat yang kita dirikan, dalam membaca quran dan berqiyam kita berdoa dan terus berdoa agar Allah bersama-sama kita dalam usaha berFYP ini. Seterusnya kita bertawakal, agar usaha kita yang hari ini memberi kabar kejayaan buat kita.

Mencuri masa sibuk demi ibadah, menjadikan kita insan yang 200% berharap dan penuh berharap pada Allah. Tinggalkan saja kerja-kerja di depan mata buat sementara waktu, beribadahlah kerana kita ingin menjadikan Allah yang paling istimewa disisi kita lebih dari segalanya. Jangan takut dengan kerja-kerja yang tergendala, Insyallah..bukankah Allah itu sentiasa ada untuk membantu dan melindungi kita.

Buat rakan-rakan dan juga diri saya sendiri yang sering stay back di lab sehingga 2-6 pagi, tidak salah sekiranya kita luangkan masa sebentar untuk berqiyam. Sekadar tahajud 2 rakaat, kemudian kita sambung semula kerja-kerja FYP ini. Buat kawan-kawan yang kadang-kadang mungkin terpaksa menunggu mesin siap memproses segala sampel kita, boleh juga kita luangkan masa menunggu ini dengan membaca atau mentadabbur ayat-ayat Al-Quran.

Cari dan curilah masa beribadah dalam kesibukan berFYP dan sebagainya. Kerana kita mengejar janji Allah di dalam surah Al-Insyirah ini. Sesudah kepayahan berFYP akan datang kemudahan dan kejayaan untuk kita. Insyallah.

Mari kita jadikan Allah yang paling istimewa walau dalam kesibukan dan kesenangan. Kita beribadah kerana kita ingin meluangkan masa untuk Allah. Agar dengan ibadah ini jiwa, jasad dan roh kita menjadi lebih kuat untuk terus mara dan berusaha.

Jazakallahu Khairan Khathira

Saya Hamba Hina
Nurul Damia Bt Mohamad Sofian





Jan 11, 2012

Saya Rindu Pada Allah

Assalamualaikum wbt.
Bismilahirahmanirahim
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Saya sangat rindu pada Allah.

Hampir 8 hari meninggalkan ibadah rutin, hati mula jadi gusar..saya merasakan seolah-olah diri dibiarkan berjalan tanpa arah dan panduan.

Salah ke merindui Allah?


Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, saya adalah saya yang hari ini.

Saya kuat kerana cinta Allah pada saya, saya hamba hina..tapi cinta Allah Maha Hebat. Sekali saya mengatakan rindu berkali-kali Allah mencurahkan cintaNya pada saya. Selangkah saya berusaha mendekati Allah, berlangkah-langkah Allah telah mendekati saya.

Dengan segala sesuatu yang ada disekeliling saya, bukankah itu bukti kukuh yang Allah mencintai saya walau dalam kehinaan dan kekurangan saya.

Bagaimana saya sanggup memberi cinta saya kepada orang lain? Sedangkan Allah sentiasa ada bersama saya dalam apa jua keadaan. Saya ingin pergantungan saya hanya pada Allah sahaja. Diwaktu susah dan bermasalah, Allah mengurniakan sejuta kekuatan untuk saya terus mara, matang dan bertahan. Allah ajarkan hati saya, sabar, doa, usaha dan syukur adalah benda paling utama dalam hidup.

Kesedihan, biarlah kerana Allah. Diwaktu buntu dan hilang semangat, Allah selalu pimpin saya kembali ke jalan yang benar. MasyAllah mencintai Allah itu menjadikan diri saya lengkap dan bersemangat.

Diwaktu gembira dan tersenyum, bukankah itu tanda cinta Allah pada saya. Allah hadiahkan saya moment-moment indah untuk saya tersenyum. Hidup ini adalah perjalanan panjang. Kegembiraan yang Allah hadiahkan adalah satu nikmat dan semangat agar saya melihat liku-liku kehidupan saya sebagai perjuangan indah kerana Allah, dan ia bukanlah kekecewaan dan kepayahan semata-mata..tidak langsung!!



Gembira dan senyum itu bagaikan waktu rehat. Hadiah dari Allah, agar saya tidak terlalu memikirkan kesedihan dan ujian kehidupan. Nikmatnya gembira...nikmatnya tersenyum...Syukur Alhamdulillah.

Perkara paling indah dalam hidup saya adalah saat-saat saya membuat keputusan untuk mengubah diri kerana Allah. Saya ingin berusaha melakukan apa saja yang disukai Allah, yang dicintai Allah dan saya juga ingin berusaha menjauhi apa saja yang dibenci Allah.

Seronok dan indah hidup ini bila berusaha hanya kerana Allah. Kerana saya terlalu berterima kasih dan bersyukur pada Allah diatas segala-galanya yang Allah berikan pada saya, diatas cinta dan kasih sayangNya...saya ingin mengubah diri, menjadi yang terbaik, yang paling baik, yang paling-paling terbaik hanya untuk Allah.

Astaghfirullah al azim
“Ya Allah jauhi aku dari perbuatan riak dan bangga diri” Nauzubillah

Jangan menyangka saya sudah sempurna bila saya menyatakan semua yang diatas.

Kawan-kawan,
Bukankah mempunyai rasa cinta pada Allah itu adalah satu hadiah yang tersangatlah berharga?
Bukankah merindui Allah itu adalah kerinduan yang paling bermakna?

Kita bergantung pada suatu yang tidak akan mati
Kita bergantung pada suatu yang Maha berkuasa untuk memberi
Kita bergantung pada yang kekal dan sentiasa ada
Kita bergantung pada suatu yang tidak letih menemani dan menerima kita seadanya

Jadi cinta kita pada Allah takkan pernah sia-sia.

Rindu saya pada Allah mungkin banyak celanya..mana kan tidak, saya hamba hina. Kadang waktu iman saya bagai tangga, ada pasang surut dan turun naik. Saya takut Allah mengambil langkah menjauhi saya disaat surut dan turunnya iman saya. Saya takut tidak dihiraukan Allah. Jiwa saya kosong, hidup bagai musnah dan hilang segalanya bila tiada Allah disisi.

Saya tidak sempurna, tapi berada bersama Allah menjadikan saya cukup sempurna dan istimewa.. Subhanallah, Masyallah.

Kawan-kawan,
Allah mengajar ini pada saya,

Jika anda benar-benar cinta pada Allah...jangan malu untuk meluahkannya, lafaz dan kabarkan pada Allah yang anda mencintaiNya...

Jangan takut untuk meluahkannya. Kita mungkin hamba-hamba hina yang hidup tak pernah lekang dari membuat dosa. Kita sememangnya tidak sempurna tanpa Allah. Ceritakan pada Allah, walau dalam ketidaksempurnaan diri, kita benar cinta pada Allah, kita sangat berharap agar Allah juga mencintai diri kita sebanyak-banyaknya..Jadi, agar dengan cinta ini kita berharap agar Allah sentiasa memandu perjalanan hidup kita untuk menjadi yang terbaik dan yang paling baik hanya untuk Allah sahaja.

He who Has No One Has Allah
Nurul Damia Mohamad Sofian

Dec 16, 2011

Oxford University: Between Ambition & Inspiration

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahim
Astagfirullah al azim, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Never back then, that I wish I may reach Oxford someday..

Dear Friends and Followers.
This is the very post where I share my ambition and inspiration toward Oxford.



I was grown up as a simple and lame girl back in my primary school. I never know what I'm good at. Teachers never reward me with any word of praise, thus I assume that I am just an ordinary girl school without any specialty that other people may be looked for. I never score in my exam, I am not the top 10 student in my school. I am not a reliable person to be chosen as a group leader at any kind of competitions or sports event. I do think even, some my school teachers will not remember me as an ex-student in SK Taman Nirwana. It was a gloomy year. A year that thought me so much. A year where I've learned that "I am not just an ordinary as other people always look in me"

To tell you the truth, among all the memories of my school era..I never come to like the year of my primary school.

As things changed, so do I.
The year after puberty and rising up of maturity was the year where I began to understand myself. Though it is not I understand myself completely, however, I began to set a life goal and target that I want to achieve.

The year of growing up in secondary school with challenges and competition to be at top was really an amazing journey. I never had imagined that I have the ability to be good in mathematics. I never had thought that I am also good at english and science. As to conclude, I am also as brilliant as other top 10 students back then in my primary school. It was the will, the life goals and the targets that making me working so hard to improve myself to be as good as others.

My hardships payed off. So, it's true, what you give you get back. I scored with flying colours in my PMR and SPM. It was not that I am the one among the straight A's girls. I obtained few B's in my result but rather, the A's is enough to bring me to the next level of a student life.



The story begin as when I'm entering my 4 years as an undergarduate in IIUM. International Islamic University Malaysia, The Garden of Knowledge and Virtue. This is the bless land. A land which I get a chance to know myself better. A land where I've started to plant a dream of becoming a better servant, a better muslim, a better daughter, a better friend, a better wife to be and Insyallah a better mom.

Where can I imagined, that life had bring me this far. I've started as a girl who's afraid of getting married. I never fall in love, I never had someone which I admire so much, I never had a man which I always look for, I dont even know what is the type of man whom I want to marry. I was a loser when others brought this issues up. I dont know exactly the purpose of getting married back then.

Like I said beforehand, life had bring me this far..it was time after time that the love of Allah slipped through my lifeline. I began to understand what was there that marriage serve for. Despite all the negative perceptions, now I've started my journey of improving myself as a whole for the sake Allah, and to please Allah and His prophet Muhammad SAW. It was like a new born baby, having to pave a new journey in this life.

However, it is not the issue of love and marriage that I aim to share..
As we grow old, maturity grew older as well. When we living a life as an undergraduate student, there are few times where we happened to think of where our future will bring us. What do we want in this life? How can we contribute to Ummah? Is that it? dont we want to always upgrading ourselves to the next level. Do I have to move out from my comfort zone? Do I have to learn to be more independent and survivor. I began to question myself with all the questions.

Deep down my true heart, I've always dream to continue my studying in overseas. When my cousin had her chance to continue her undergraduate in Ireland, it can be denied that 30% of jelousy was there lied within me. She's got what she dreamed after all. I asked Allah, the night where my cousin departed to Ireland.

"O Allah, do I have the chance to be just like my cousin, will I be able to continue my study in overseas. O Allah do reward me an ease of my every journey. O Allah, today, I raised up my hand telling You my very wish..allow me to reach Oxford for my Postgraduate study"



That night, it was the first time where I had make my pray, telling Allah about my dream to reach Oxford. Since then, I am very ambitious to continue postgraduate in Oxford. It grew stronger within me. It is like a  deep root of a larger tree. No matter how strong the cutter force, it never has the chance to cut the root though it had cutted the the tree, but the root is still there.

Some of my friend asking me,
Why Oxford?

Here lie the ambition and inspiration. I always want to reach the best and be the best. Not for anyone else not even for my parent. Despite, this is something that I am specially working hard for the sake of Allah. I want to challenge myself, thus I've decided to do it by having a big dream. I choose Oxford as to dream big and to prepare myself at the beginning point of all these.

The bigger the dream the harder the journey and the more will I struggle to be there. I've come with mission. Oxford is where many scholers and nobel laureates were born. To go there is to challenge oneself. It has name and brand. It is prestigous. It provides you with latest scientific research, best education, top world class lecturer and complete facilities. To improve oneself to the next level in education, I believe Oxford is the best choice to make.

At this moment, I may not be there yet..
I'm in my way to reach Oxford.

Dear friends,
Do pray for my success, so that one day I will be able to continue my postgraduate in Oxford.

Don't be afraid to dream big,
Don't be afraid to challenge yourself,
Don't always be in our comfort zone, step out! that's the way we learn that we are beyond what we've imagined.

We have Allah and we have Rasulullah SAW and that's the reason that make us stronger than anyone else.

Oxford: My Ambition and Inspiration
Nurul Damia Mohamad Sofian

Dec 8, 2011

Semalam Saya Diaju Satu Soalan

Assalamualaikum wbt.
Astagfirullah al azim, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Semalam saya diaju satu soalan...
Damia macam mana nak bangun qiyam?
Kadang-kadang dah terjaga tapi berat badan nak bangun ke toilet ambil wudhu'...last-last tidur balik la jawabnya.

Sahabat yang bertanya, menyangka iman saya sangat mantap. Hakikatnya saya juga manusia yang sedang berhijrah. Hijrah mengubah diri dan tabiat.

Qiyamullail.



Satu ketika dahulu sebelum ayat yang memansuhkan hukum wajib keatas qiyam, ia adalah ibadat rasmi dan wajib dilaksanakan ketika zaman Rasulullah SAW. Tiada kompromi, qiyam adalah wajib untuk semua umat Islam ketika itu.

Cinta Allah unik.

1/3 malam, bukan sama dengan 1/3 tengahari. Kerana kelebihan qiyam, Allah turun di langit dunia..melihat siapa diantara kita yang bermujahadah. Siapa berdoa mendapat jaminan 100% makbul dari Allah. Ia adalah waktu dimana doa yang kita pinta tidak melalui perantaraan malaikat. Seolah-olah meminta sesuatu dengan Tuan Pemilik Alam, 'one on one'..

Analoginya samalah juga seperti kita meminta sesuatu kepada ibu dan ayah, keluarga atau kawan-kawan.
"Mak nak 10 ringgit nak isi minyak kereta"
"Nah, ambiklah" kata mak

Depan mata, senang-senang kita dapat 10 ringgit sebab mak bagi. Mudah bukan. 

Begitu jugalah Allah. Manusia ada 'limit' ketika memberi. Bukan semua mak dan ayah, keluarga dan kawan-kawan mampu memenuhi permintaan, hajat dan kehendak kita.

Tapi tidak Allah. Allah memberi tanpa had. Kerana Dia yang Maha Memiliki. Dia punya hak atas segalanya. Jadi dalam satu hari ada sesi dimana kita boleh berjumpa denganNya.

Macam jumpa kaunselor, kita ada consultation hour. Begitu jugalah Allah. Jadi untuk melihat kesungguhan, kegairahan dan betapa berkobar-kobarnya kita untuk bertemu Allah, 1/3 malam dipilih sebagai 'best consultation hour' bagi siapa yang ingin bersamaNya.

1/3 malam adalah waktu susah, waktu sedap tidur..mereka yang betul-betul ingin bertemu Allah saja yang benar-benar berusaha di waktu ini. Artis Korea dan barat datang Malaysia, kita berebut mencari tiket konsert untuk berjumpa dengan artis idola kita, tapi ini Allah..Pemilik segalaNya, turun di langit dunia..tidakkah kita juga ingin mendapatkan peluang ini bertemu denganNya? Consultation hour bersama Allah ini tidak perlu berbayar. Free, apa yang dinilai adalah usaha untuk bangun mengahadapNya dalam solat.

Nak jumpa artis idola di konsert kita berusaha mencari tiket dan kenderaan..tahu pun erti 'berusaha'. Nak jumpa kekasih hati kita berusaha mecantik-cantikkan diri, takpelah ambil masa lama sikit nak make up..tahu pula kita erti 'korban masa dan tenaga'..tapi bila ditanya mana pergi 'korban masa dan tenaga' kita untuk bangun qiyam..semua diam seribu bahasa, yang paling teruk kita berkira-kira bahawa qiyam mengacau waktu tidur kita..

Ada sesetengah tanpa segan silu menjawab "aku belum mampu lagi untuk bangun qiyam" ini memang jawapan pelik. Nak jumpa artis idola mampu pula untuk bangun bersiap ke konsert dan sebagainya, siap boleh bersiap awal lagi. Nak jumpa pakwe mampu pula menghadirkan diri dalam keadaan cantik dan wangi, takda pula timbul rasa mengantuk, malah excited yang terlebih-lebih.

Tapi...bila datang soal qiyamullail..kita tak malu berkias-kias mengatakan 'kita tidak mampu'



Allah telah memberi jaminan.
Consultation hour bersamaNya di 1/3 malam mendapat jaminan 100% makbul segala permintaan, hajat dan kehendak.

Saya terutamanya, dan sesiapa saja yang diluar sana yang masih berkira-kira dan malas untuk bangun qiyam kita sebenarnya:

'Bodoh' !!
'Memang Bodoh' !!

Siapa kita sebenarnya?
Menyangka yang amal kita sudah baik? sudah banyak? dan sudah cukup?
dan kita juga perasan yakin yang
"Takpelah masa solat fardukan dah berdoa, solat juga itu, kan dah buat permintaan namanya"

Kita selalu selesa dengan apa yang kita dah buat. Selesalah sebab tak pernah datang bala yang membuatkan kita beringat-ingat sebelum terlambat.
"Takpelah identiti macam ini pun dah ok"
"Tak alim sangat, tak jahat sangat"

Tak ke kita ini manuasia yang berakal? Selesa sangatkah kita menjadi manusia yang 'so-so'..depan Allah di padang Mahsyar nanti beranikah kita memberi jawapan yang sama seperti di atas?

Kereta bercalar kena langgar orang kita tahu menangis, tapi sewaktu kita tak berusaha sedikit pun untuk bangun dan berjumpa Allah di 1/3 malam begitu jugalah kita telah mencalari cinta dan kasih Allah pada kita. Bukankah nikmat dan segala apa yang berada disekeliling kita ini adalah satu pemberian dari Allah atas rasa kasih Dia pada kita.

Hatta, sebatang pen pun milik Allah. Kalau takda duit, macam mana nak beli pen? Siapa yang memudahkan rezeki kita? Bukankah itu semua pemberian Allah.

Kita pandai bercakap:
"Orang berbudi kita berbahasa"

Hakikatnya Allah sudah berbudi sebanyak-banyak pada kita, jadi mana perginya 'bahasa' kita? 
Orang bijak takkan sebegini rupa. Orang bijak mengambil peluang 'berbahasa' demi Allah di 1/3 malam. Mereka kuat, walau dalam apa jua keadaan. Masa dengan Allah adalah prioriti. Tiada kompromi buat mereka, 1/3 malam 'is a must' untuk manusia bijak.

Pilihlah..
Kita ingin selamanya menjadi yang bodoh atau ingin menjadi yang bijak.

"Apa tips-tips nak bangun qiyam"..soalan macam ini selalu sangat saya dengar dalam usrah. Macam-macam tips sudah diberikan, tips apa lagi yang kita mahu? semangat apa lagi yang kita hendak? dah naik berbuih air liur mereka yang bijak pandai berkongsi tentang cara-cara mudah untuk bangun qiyam. Hakikatnya adakah kita betul-betul disiplin mengamalkannya?

Kita pembohong dan kita penipu!!
Cakap sajalah yang kita sebenarnya malas untuk bangun qiyam. Jangan cuba berdalih lagi.

Kalau betul kita hendak berqiyam, mana perginya usaha kita?
Susah nak bangun? itu semua alasan..tak habis-habis alasan...alasan...alasan dan alasan...terus terang sajalah kita sebenarnya malas nak bangun..

Usaha sebenarnya yang dilihat Allah. Semua orang boleh berniat tapi tanpa usaha niat itu sia-sia.
Niat untuk dapat CGPA 4.0 tapi tak study, jangan haraplah Allah nak bagi. Kita perlu menjadi realistik. Niat perlu datang dengan usaha!!

Jika niat untuk berqiyam, usahakan untuk tidur awal. Kita kenal macam mana diri kita, kalau tidur lewat nanti susah nak bangun, jadi usahakan diri untuk tidur awal demi niat bertemu Allah di 1/3 malam.

Dah tidur awal pun tapi susah nak bangun, usahakan cara lain. Beli jam loceng yang bunyi dia bergema satu bilik, nak lagi dahsyat satu bangunan. Jam loceng berapa la sangat harganya..Kalau kita tak lut dengar alarm clock dari handphone, jadi beli 2-3 jenis jam loceng yang annoying bunyinya. Itu juga usaha. Medium dan cara untuk berqiyam itu banyak, carilah mana yang sesuai dengan pattern diri kita.

Perlu ada usaha, untuk berqiyam. Mungkin seminggu sekali, seminggu dua kali atau sebagainya. Ikutlah kemampuan diri. Lantas apabila qiyam menjadi ibadat sunat jangan kita pandang remeh pada the only time dimana kita dijanjikan Allah berbual 'one on one' denganNya.

Saya mengingatkan diri saya yang paling utama.
Kita perlu menjadi realistik, niat dan usaha mesti datang bersama.

Sukakah kita menjadi yang bodoh? sedangkan kita boleh sangat memilih untuk menjadi yang bijak dan pandai...

Qiyam itu tidak mustahil, tidak payah ataupun susah. Mana niat kita dan mana usaha kita..itulah yang paling penting.

Saya hamba yang hina
Nurul Damia Mohamad Sofian