Nov 20, 2011

Message Ab: Dari Hati Untuk Hati

Assalamualaikum wbt.
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Satu pagi, sebelum berangkat ke sport complex untuk Inter batch, saya menerima sms ringkas daripada Ab
"Nurul, aku harap kau dapat bersukan kerana Allah, agar peroleh pahala ibadahNya..buat sehabis kemampuan..jangan jatuh..elakkan cedera..baca doa dan tawakal..maaf takda di sana"
Inter batch yang telah berlangsung beberapa minggu yang lepas betul-betul menjadikan seluruh urat saraf kejang tak tentu hala. Sehari sebelum inter batch saya katakan kepada Ab, "Ab datanglah sokong aku main volleyball besok"..kerana itu message ikhlas di atas saya terima awal pagi sebelum Inter batch berlangsung. Itu tanda sokongannya yang tak berbelah bahagi. Message nya ringkas tapi sangat padat.

Dia baru pulang malam semalamnya, setelah segala urusan pengebumian ayahnya selesai.

Sabirah Husin, atau ramai memanggil dia Ab.
Orangnya penyabar, "down to earth", suka merendah diri, ringkas, kelakar, peramah dan sensitif. This is what I can simply says about Ab.

Dia cantik dengan cara tersendiri.



Minggu lepas, berita kematian ayah Ab betul-betul menyentap jiwa. Dia sensitif, tapi penuh sabar menghadapi ujian Allah.

"Nurul, aku redha"
Itulah apa yang dikatanya dalam sms yang saya terima. Beberapa minit kemudian datang lagi satu sms..
"Nurul, ayah aku pesan..dia suruh kau jaga aku baik-baik"
Message Ab untuk saya, benar-benar dari hati untuk hati. Ianya seolah-olah pesanan terakhir seorang lelaki. Wasiat tak rasmi seorang bapa, tapi maknanya penuh dalam..

Ada satu malam, saya menerima khidmat pesanan ringkas dari Ab.
Pernah satu ketika seorang sahabat memberitahu Rasulullah SAW akan rasa sayangnya kepada seorang sahabatnya yang lain. Rasulullah pun bertanya semula, "apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya?" sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian. Lantas baginda berkata "pergilah kamu kepadanya, dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya." Uhibbukifillah ya Ukhti.

Jadi malam itu setelah membaca, air mata syahdu bercucuran di kelopak mata. Terharu yang teramat sangat.

Dia sahabat penting yang mewarnai hidup saya. Mendekati dia menjadikan saya ingat pada Allah. Berbual dengannya menambahkan ilmu agama. Melihat dirinya mengingatkan saya tentang mati dan rendah diri.

Lantas setelah membaca message di atas, inilah message 'reply' yang saya hantarkan kepada dia:
Dari Abu Hurairah: Ada seorang lelaki yang pergi menziarahi sahabatnya di sebuah kampung. Lalu Allah memeritahkan seorang malaikat untuk memerhatikannya sewaktu dalam perjalanan. Lalu malaikat bertanya kepada lelaki itu. "Engkau hendak ke mana?" lelaki tadi menjawab "aku hendak menemui sahabatku di kampung itu". Malaikat bertanya lagi "adakah bagimu bumi yang kepadanya engkau mengharapkan balasan daripadanya?" Lelaki tadi menjawab "tidak, aku mencintai sahabatku kerana Allah SWT." Maka berkatalah malaikat kepadanya, "bahawa sesungguhnya aku ini utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai sahabatmu kerana Allah" Hadith riwayat (Muslim) to Ab Sabirah, aku mencintai kau kerana Allah =)
Begitulah message saya, bagaimana dia menerimanya hanya Allah saja yang lebih megetahui.

Bila masing-masing berlainan 'concentration' rasa rindu kerap kali datang. Sekarang kelas pun berbeza. Jarang-jarang dapat berjumpa. Jadi bila bersms, message kami lebih berbentuk rindu, dan bila berjumpa terlalu banyak benda yang ingin dibualkan.

Ya Allah
Aku pohon keampunanMu, Aku pohon rahmatMu..
Kurniakanlah seluruh kebaikan di dunia mahupun seluruh kebaikan di akhirat buat sahabatku Sabirah..

Ikhlas
Nurul Damia Mohamad Sofian

Oct 22, 2011

Mengukir Baki Hidup Yang Signifikan

Assalamualaikum wbt.

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar
Allahumma solli ala Saidina Muhammad wa'ala alihi wa sohbihi wa sallim

Mengukir baki hidup yang signifikan.
Menjadi pelajar tahun akhir di UIAM, adalah satu signifikan. Few months left to be fully graduated as undergradute student.

Menjadi senior, menjadi sahabat dan menjadi kakak adalah satu signifikan.
Menghadapi cabaran berFYP juga satu signifikan.
Menerjah kesibukan sebagai seorang final year juga satu signifikan.

Menghabiskan baki-baki kenangan bersama kawan-kawan di UIAM ini juga satu signifikan.
Dan perpisahan sesudah pertemuan kita di UIAM ini juga adalah signifikan.

Hidup ini sememangnya signifikan.

Looking back throughout the years, kita yang hari ini adalah hasil dari pengalaman lepas yang sangat signifikan.

Belajar dari pengalaman. Menjadikan kita senior yang lebih mature dan contented with experience.

Alhamdulillah.
Kita diizinkan Allah untuk meneruskan baki hidup yang signifikan ini di bumi UIAM.
Mungkin sesetengah merasakan apalah sangat yang ada dalam UIA ni selain beruk-beruk ganas yang suka buat onar, khinzir yang makin selamba merayap di KOS dan KOP dan anjing yang tak pasal-pasal nak mengejar orang.

Seolah-olah 4 tahun di UIAM kuantan perkara seperti itu la yang mengisi hari-hari kita. Hakikatnya tidak pun.

Percayalah,
4 tahun sesudah kita keluar dari UIAM ini, pengalaman kena kejar beruk ganas, nampak khinzir and kena kejar anjing ini lah yang for sure berlegar-legar dalam kepala. Ia pengalaman pahit yang bakal menjadi manis.

Back to basic.
Bukan kisah beruk, khinzir and anjng yang ingin saya kongsikan, tapi ada yang lain yang lebih utama dan signifikan.

Hari terakhir di UIAM kuantan kelak akan menjadi terlalu signifikan buat semua 4th Year. Pasti akan ada air mata perpisahan yang bakal mengalir. Despite all the hardships and fights that we had among us, itulah sebenarnya yang menjadikan baki-baki hidup di UIAM Kuantan ini penuh makna dan manis untuk di kenang.

Namun, berjayanya kita diukur dengan kejayaan mengenggam segulung ijazah. Ini adalah berjaya dalam definisi "literally". Graduate nya kita semua sebenarnya membawa 2 kemenangan yaitu:
  1. kemenangan memiliki segulung ijazah.
  2. kemenangan mengubah diri.

Kemenangan memiliki segulung ijazah hakikatnya lebih bermakna jika ia dibawa bersama dengan kemenangan mengubah diri.

4 tahun di UIAM sukakah kita menjadi orang yang sama?
Pejamkan mata dan tanyalah diri.

Bumi Allah sangat luas,
dan di dalam keluasan bumi yang infiniti ini kita dicampak oleh Allah di bumi UIAM Kuantan. Bukannya di UK, USA, Russia, Ireland dan sebagainya tapi di Kuantan, Pahang, Malaysia.

Jangan pandang ini sebagai nasib atau sekadar perkara biasa.
Every single things that happened has it own reason.

kenapa UIA? kenapa Kuantan? dan kenapa Malaysia?
why? why? and why?
pernah tanya tak soalan ini dekat diri masing-masing?

Dan di dalam post ini saya mengajak diri saya dan rakan-rakan semua, untuk melihat tarbiah Allah secara 360 darjah luasnya.



Penghijrahan

Jika anda anak kelahiran Sabah, Kelantan, Johor, Kl, Selangor, Perak, Kedah, Penang, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Perlis anda, saya dan kita adalah musafir.

Dan sekiranya anda adalah anak kelahiran mana-mana negara yang datang menuntut ilmu di UIAM Kuantan ini, anda juga adalah musafir dan tetamu untuk orang Malaysia.

Kita adalah musafir yang melakukan penghijrahan. Dari islam kepada jahil atau dari jahil kepada islam. Tenung dan lihatlah di manakah kita yang sekarang ini.

Sebagaimana Mush'ab B Umair, antara golongan anak muda yang terawal memeluk Islam. Pemilik wajah kacak dibumi tandus Makkah. Islamnya Mush'ab adalah pembuka jalan hijrah ke Madinah Al Munawwarah.

Mush'ab diutus Rasulullah saw kepada penduduk Madinah sewaktu Aqabah pertama. Waktu itu beliau baru berusia  20an. Amanat Rasulullah saw ringkas tapi padat dan penuh cabaran.  Tanpa banyak bicara ataupun keluhan, amanat Rasulullah saw diterima Mush'ab. Beliau di perintahkan untuk menyebarkan syariat dan panji-panji islam di bumi Madinah, mengajak penduduk Madinah mengEsakan Allah dan membacakan ayat-ayat Al-quran kepada mereka. Beliau berhijrah dan meninggalkan bumi Makkah kerana Allah dan Rasul.

Dan kerana Allah dan Rasul juga lah seluruh daerah Madinah berjaya diislamkan oleh Mush'ab B Umair. Kejayaan Mush'ab mengislamkan hampir keseluruhan penduduk Madinah telah membuka jalan hijrah umat islam dari Makkah ke Madinah. Salah satu faktor terbesar penyumbang kejayaan hijrah adalah kerana usaha Dakwah Mush'ab B Umair di bumi Madinah. Anak muda menyebarkan islam pada golongan seusia atau golongan anak kecil mungkin nampak senang, tapi cabaran datang, bila dakwah perlu disebarkan pada golongan yang lebih tua dan lebih senior dari Beliau.

Biasan hidup Mush'ab dan diri kita sangat mirip dan sama.

Bukankah kita juga anak muda dan remaja yang berusia 20an sama seperti Mush'ab?
Bukankah kita juga sedang berhijrah ke bumi kuantan ini sebagaimana hijrah Mush'ab ke Madinah?
Bukankah kita juga punyai Tuhan yang sama seperti Mush'ab?
Bukankah kita punyai Rasul yang sama seperti Mush'ab?
Bukankah kita Islam sama seperti Mush'ab?

Lantas tanya ini pada diri kita...
Apakah beza Aku dengan Mush'ab B Umair?

Bezanya adalah pada proksi masa dan niat.
Mush'ab hidup di zaman Rasulullah saw, menerima Islam terus dari Rasulullah, guru beliau adalah Rasulullah, Mush'ab menerima tarbiah terus dari bibir Rasulullah. Mush'ab dapat melihat Rasulullah, lantas berada dekat dengan Rasulullah menjadikan beliau pemuda unggul, cintanya pada Allah dan Rasul juga sangat jitu dan unggul.

Berbeza dengan kita.
Kita hidup sesudah zaman Rasullah dan para sahabat. Kita menerima Islam kerana ibu bapa sudah Islam. Kita berguru dengan ustaz, ustazah, professor dan Dr. Kita menerima tarbiah dari manusia sekeliling, kita tidak dapat melihat Rasulullah, apatah lagi untuk berada dekat dengan Rasulullah. 

Jika Mush'ab adalah sahabat Rasulullah. Kita adalah umat Rasulullah.
Niat dan perjuangan Mush'ab B Umair itu adalah kerana Allah dan Rasul

Rasulullah saw pernah bersabda, sewaktu baginda menatap wajah Mush'ab dengan penuh kasih sayang dan syukur baginda tersenyum sambil berkata:
"Dahulu saya melihat Mush'ab ini tidak ada yang mengimbanginya dalam memperolehi kesenangan dari orang tuanya, kemudian ditinggalkannya semua itu demi cintanya kepada Allah dan Rasul-nya"

Mush'ab sudah berniat kerana Allah dan Rasul-nya. Dan Rasulullah sudah menjadi saksi kepada niat pemuda ini. Bagaimana dengan kita? Apakah niat kita ke Kuantan ini?

Tanyakan pada diri kita:
Adakah perjuangan dan penghijrahan aku dibumi UIAM Kuantan ini juga kerana Allah dan Rasul-nya?

Cabaran Mush'ab di bumi Madinah dan cabaran kita di bumi Kuantan.
Mengubah diri dari jahil ke Islam adalah langkah pertama dan kemenangan kedua kita di UIAM Kuantan. Jangan takut untuk berubah. Dan jangan takut untuk kata "Aku hendak berubah!"

Niat pertama adalah pembuka jalan. Jadi jika ingin berubah, mulakan lah niat.
Katakan:
"Ya Allah aku ingin berubah, kerana Allah dan Rasul, tunjukkan aku jalan Ya Allah, kuatkan aku dan istiqomahkan aku di jalanMu Ya Allah."

Ingat!
Niat adalah langkah pertama.


Kemenangan Mengubah Diri

Untuk mengukir baki-baki hidup yang signifikan, diri kita perlu melakukan perubahan terlebih dahulu. Jangan takut untuk berubah, mengapa perlu difikirkan pandangan kawan-kawan, pandangan ibu bapa dan orang sekeliling lebih daripada memenuhi pandangan Allah kepada kita.

Hidup untuk akhirat bukan demi dunia. Jadi tinggalkan brand-brand barat yang menjadi kegilaan kita, makanan-makanan ringan pemuas nafsu dan perosak badan, ideologi-ideologi kafir yang makin menular setiap rongga arteri. Kita bagai lupa, dunia ini bakal hancur seperti gunung yang hancur meletuskan debu. Kita bagai lupa, kita akan mati! ditimbus tanah dan ditemani kegelapan azab kubur.

Hiburan bukan jalan penyelesaian masalah!
Hiburan bukan cara menghilangkan stress!
Berhiburlah, masalah dan stress hanya hilang sekejap apabila berhibur. Setelah habis berhibur, ia pasti datang semula !!

Saya selalu mengalaminya dulu. Kerana itu saya tahu.

Jadi bagaimanakah dan apakah caranya untuk memulakan langkah pertama untuk berubah? Saya kongsikan idea ini dari Allah untuk kita semua.

1) Mulakan Niat

Niat datang dengan pelbagai cara. Bisikkan pada hati seolah-olah berdoa untuk diri sendiri "Ya Allah aku ingin berubah, keranaMu dan RasulMu, tunjukkan aku jalan Ya Allah, kuatkan aku dan istiqomahkan aku di jalanMu Ya Allah, Terimalah aku Ya Allah". Berdoalah dalam pelbagai jenis content, isi dalam kita mungkin berbeza, tapi matlamat perubahan kita sama! Demi Allah dan Rasul.

2) Solat

Jagalah solat. Solat adalah akar tunjang segalanya. Rosak akar, rosaklah segalanya. Jangan berani dengan sengaja meninggalkan solat fardhu. Hati kita bagai dipalit najis bila dengan sengaja kita berani meninggalkan solat fardhu.

3) Doa

Sentiasa rajin berdoa di waktu-waktu mustajab berdoa. Mintalah apa saja. Jadikan Allah kekasih hati, mintalah apa-apa saja. Senaraikan segala permintaan anda, have your own praylist! Apa yang kita inginkan diakhirat, didunia, apa yang kita inginkan untuk ibu bapa, adik, guru, sahabat, saudara seislam. Apa yang kita inginkan untuk masa depan kita, apa yang kita inginkan dalam bakal suami, isteri dan anak-anak kita. Buatlah praylist anda sendiri, dan berdialog lah dengan Allah tentang hajat dan keinginan kita. Allah selalu mendengar, tinggal kita yang perlu memilih, menceritakan segalanya pada Allah atau sekadar membiarkan hajat berlalu pergi tanpa ingin memberitahu Allah. Hakikatnya Allah tahu apa yang kita inginkan tanpa perlu memberitahuNya. Cuma Allah ingin kita sentiasa bercerita denganNya dan bermanja denganNya. Hubungan antara kita dan Allah akan jadi lebih manis dan lebih akrab kerana kita menceritakan segalanya kepada Yang Maha Memberi.

4) Qiyamullail

Bila timbul soal bangun malam, semua orang naik lemau. Dulu saya pun sama lemau. Merasakan diri tak mampu untuk bangun di 1/3 malam. Tapi Alhamdulillah Allah itu Maha Besar. Sewaktu Ramadan tahun ini, Allah membuka pintu mujahadah dan memberi saya hidayah untuk selalu bangun malam, melaksanakan solat sunat. Lantas momentum daripada Ramadan itu saya teruskan sehingga ke hari ini. Kita mulakan dengan seminggu sekali berqiyam. Bila rasa sudah kuat, mari sama-sama tingkatkannya dengan 2 kali seminggu dan seterusnya. Do it moderately, Allah tidak pernah memaksa, tapi Allah suka melihat kita berusaha. Kalau rasa patah semangat dan datang rasa malas, cepat-cepat berdoa. Mohon agar kita kuat dan istiqomah untuk terus berqiyam. Mungkin tidak sempurna mana, tapi ajarkan diri untuk kuat kerana Allah.

Allah berpesan dalam Al-Muzzammil ayat 6: "Sungguh bangun malam itu lebih kuat mengisi jiwa dan bacaan di waktu itu lebih berkesan."

In one of Hadith Qudsi riwayat Bukhari dan Muslim " Our Lord descends during the last third of each night to the lower heaven and says: is there anyone who calls on Me that I may respond to him? Is there anyone who asks Me that I may give unto him? Is there anyone who request My Forgiveness that I may forgive Him?"

Bukankah janji Allah itu benar.

5) Buku & Artikel

Semakin banyak kita membaca semakin jelas segalanya. Antara faktor-faktor yang membantu proses dakwah pada diri sendiri adalah membaca banyak buku-buku dan artikel-artikel agama. Bacalah semula sirah para nabi, sirah Rasulullah saw dan para sahabat, buku-buku yang menceritakan pengalaman hidup seseorang dalam proses mengenal Allah dan mengubah diri. Carilah buku-buku sebegini, banyak dijual di kedai buku. Ia membawa kita melihat siapa dan dimana diri kita yang jahil ini. Bila membaca, jangan sekadar membaca pada mata, tapi bacalah agar ia turun ke hati. Fikirkan cara bagaimana menjadikan apa yang kita baca itu satu praktikal. Lantas amalkan. Setiap kali ingin membeli buku, berdoa pada Allah, agar kita ditemukan dengan buku ataupun artikel yang dapat mendekatkan kita pada Allah dan RasulNya. Doa juga agar kita ditunjukkan jalan oleh Allah untuk mempraktikkan apa yang telah dibaca.

6) Amalan Sunat

Sesudah memulakan langkah, biasakan diri dengan amalan-amalan sunat. Banyak memberi salam dan senyum. Bantu kawan-kawan yang susah. Berinfaq dan memberi hadiah, lebih kerap menghadiri majlis-majlis ilmu, puasa sunat Isnin dan Khamis, solat sunat rawatib, solat dhuha dan membaca al-quran. Senaraikan beberapa amalan sunat yang kita ingin laksanakan. Sebagai contoh, konsep mutabaah amal yang sering dilaksanakan dalam usrah: Dhuha 2 kali seminggu, Rawatib 2 kali sehari, Infaq sekali seminggu, Puasa sunat 2 kali seminggu dan sebagainya. Susun jadual amalan anda, pilihlah mengikut keupayaan kita. Jangan terlalu memaksa diri untuk melakukan semuanya bila diri sendiri tidak mampu. Namun jangan pula terlalu memandang ringan pada amalan sunat. Mulakan dengan langkah bersederhana. Agar dengan kesederhanaan kita menjadi istiqomah dengannya. Jika sampai satu waktu timbul rasa berputus asa dan bosan. Jangan lupa Allah selalu bersama kita yang ingin berubah. Cerita semuanya pada Allah. Beritahu Allah tentang usaha kita untuk melaksanakan amalan-amalan sunat ini. Pohon pada Allah agar kita sehingga ke akhir nafas, mampu untuk istiqomah melaksanakannya.

Bukankah kita ingin berubah kerana Allah dan RasulNya. Jadi ceritakan segalanya pada Allah yang Maha Mendengar.

Dari Allah, melalui saya, kepada anda.
Inilah niat saya. Post kali ini ditulis dari hati agar ia meresap ke dalam hati setiap sahabat dan pembaca.

Islam itu akan Menang kelak. Ini janji Allah. Dan di hari kemenangan islam itu adakah kita sebahagian dari pemuda yang memperjuangkannya? Islam itu pasti menang with or without kita. Pilihlah, samada menjadi sebahagian dari pejuang yang berada di saat kemenangan islam atau sebahagian dari mereka yang tak boleh diharapkan. Allah tidak memerlukan kita, sebaliknya kitalah yang memerlukan Allah.

Jadi untuk menjadi pemuda kebangkitan islam, dakwah pada diri perlu dimulakan.
Jangan lagi berlengah. Jalan terbentang luas di depan mata, tinggal kita untuk memilih..berubah ataupun tidak. Jika kita memilih untuk berubah, bersyukurlah kerana kita sedang mengukir baki hidup yang signifikan

Ikhlas,
Nurul Damia Bt Mohamad Sofian
Saya Hamba Yang Hina.



Oct 6, 2011

Buat Aimi Ihsan, Sahabat Kecil Berjiwa Besar

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahim


Khas saya tujukan buat Aimi Ihsan,
sahabat kecil berjiwa besar..demi Allah, semoga niat yang kau pasakkan "lillahi taala" akan sentiasa dilindungi Allah.

Aku sangat tersentuh..
bila mula membaca luahan kau dalam:

Masyallah.
Allah Maha Besar.

Hakikatnya, kita berdua manusia biasa-biasa. Agama yang menjadi bekal kita mungkin sekadar cukup 1 polisterin makanan. Cetek, secetek air sungai yang diwaktu-waktu kemarau. Tapi cinta Allah itu Agung. Miracle, Dia memilih kita, membuka mata dan menggerakkan hati kita untuk berusaha memperbaiki diri dengan sesuatu yang Dia suka.

Al quran, kalam Allah. Dialog Allah.

Membaca Al quran, seolah-olah membawa kita kembali ke beribu-ribu tahun di zaman Rasulullah. Wahyu solid yang Rasulullah terima melalui Jibril daripada Allah, dan sekarang wahyu agung yang kalamNya dibaca Rasulullah saw ini ada betul-betul dekat depan mata kita. Membaca setiap ayat seolah-olah, membawa kita mengimbas waktu-waktu lidah dan bibir Rasul tercinta kita membaca dengan sejuta rasa. Pengharapan, takut, gembira dan sedih.


Al quran, hadiah dari Allah dan Rasulullah buat kita.
Hadiah dan Anugerah.
Hadiah yang diberi atas dasar cinta yang teramat sangat.

Terang dan jelas.
Satu-satunya yang masih wujud walau beribu-ribu tahun dah berlalu.

Artifak sejarah hilang, manusia-manusia yang mengukir sejarah mati, bangunan bersejarah hancur, buku-buku warisan dan bersejarah lenyap, kisah-kisah bersejarah ceritanya hanya dihayati dan diulang-ulang. Semuanya dah jadi debu. Lenyap dan takda lagi depan mata.

Tapi,
Kalam dan dialog Allah kepada Rasulullah ini dibukukan. Wahyu agung yang dibukukan, dan buku agung ini juga sejarah. Pelik bukan buku agung ini tak lenyap, tak hancur, tak mati. Makin diulang-ulang cetak. Di import ke serata alam. Serata alam milik Tuhan Pemilik Kalam dalam buku yang tidak lenyap ini. Sejarah yang tak lenyap. Buku ini hidup. Satu-satu nya sejarah paling agung yang masih boleh dipegang, dibaca dan dilihat.

Kalau kata-kata manusia berpengaruh, manusia yang meninggalkan jasa dan nama di"quote". Ini, Al quran kata-kata Allah, Tuhan yang menciptakan manusia yang berpengaruh tadi, tuhan yang menciptakan manusia yang meninggalkan jasa dan nama tadi...dan setiap ayat dan kalamNya ada di tercatat semuanya di dalam Al quran. Tak perlu di quote, setiap baris ayat sangat complete dalam Al quran. Membacanya seolah-olah berdialog dengan Allah.

Kita manusia biasa-biasa Aimi, tapi Allah izinkan kita untuk membaca dan aku untuk menghafal kalam Dia.

Kalau kita refleks,
Allah boleh gerakkan hati kau dan aku pada benda lain selain Al quran. Mungkin, mujahadah dalam belajar ke..berusaha nak naikkan CGPA ke..dan banyak lagi..

Tapi..
Dalam semua perkara, Allah memilih kau untuk mula mendekatkan diri dengan hadiah Dia yang paling bermakna. Al quran. Allah ilhamkan pada kau, untuk mula serious melancarkan bacaan & tajwid.

Hakikatnya Aimi,
Kau sedang dicintai Allah.
Dicintai Allah dan Rasulullah.
Syukur, Alhamdulillah.


Aku yakin, insyallah, satu masa nanti bacaan kau akan jadi selancar dan selebat hujan yang turun membasahi bumi. Hujan turun tanpa halangan, manusia sendiri tak mampu menghentikan hujan. Hanya dengan izin Allah, hujan berhenti. Dan bumi kembali hidup bila hujan turun. Bumi subur dengan hujan.

Sebegitu juga la kau suatu masa nanti. Insyallah.
Kalam Allah akan jadi selancar hujan di bibir kau, turun membasahi hati kau. Insyallah, kelak hati kau hidup sesubur bumi. Dengan izin Allah, takkan ada apa yang dapat menghalang kau.

Ilham sudah Allah berikan pada kita,
Kalam Dia sudah terpampang depan mata,
Jalan dan cara semakin terbuka luas untuk kita..
Tinggal kita, untuk buat pilihan..pandu ke arah jalan yang sudah terbuka, atau berpatah balik kebelakang menjadi kita yang "dulu-dulu"

Kalau kita memilih untuk memandu ke arah jalan yang sudah terbuka,
Kau, aku dan kita perlu ada 1000% pengharapan hanya pada Allah. Meminta pada Allah keizinan, agar mengizinkan dan memilih kau, aku dan kita sebagai orang terpilih yang diberi keistimewaan untuk lancar membaca KalamNya, menghafal dan meletakkan Kalam Allah sangat dekat dalam hati kita.

Agar Allah memilih kita Aimi..
Agar Allah memilih kita..Insyallah.

Semoga Allah tunjukkan kita cara yang bagaimana, memudahkan segalanya, memperteguhkan sabar kita dalam usaha kita untuk berubah.

Buat Aimi Ihsan,
Sahabat Kecil Berjiwa Besar
Semoga Nur dan Hidayah Allah sentiasa bersama kita

Ya Allah pilihlah Aimi, pilihlah Aimi, pilihlah Aimi..
Pilihlah saya dan kami semua. Izinkan kami menjadi hamba terpilih ini, mencambahkan KalamMu di hati-hati kami.

Amin Ya Rabb alamin.

Nurul Damia Bt Mohamad Sofian.


Oct 4, 2011

Alhamdulillah Nurul Asyikin Mengandung

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirahmanirahim


Berita kehamilan Chinut aka Nurul Asyikin seolah-olah satu perkabaran dari langit yang level of joyness nya tak mampu saya ukur pada diri sendiri.

Sangat gembira dan sangat teruja.

Hari ini memang sibuk dan mencabar. Semua warga 4th year Biomedical dan Biotechnology berhempas pulas menyiapkan final draft proposal yang due 3rd october 2011 plus submission before 5.00 pm. Everyone pun macam lipas kudung! masing-masing tak boleh duduk diam.

Lari ke KOS, KAHS, Azam fotostat....
semuanya demi proposal FYP....

Tapi dalam sibuk, dan muka yang tersedia basi tak mandi pagi, saya bangun dari  tidur sebab received phone call dari Dr. Phang (my FYP supervisor).

"Damia, I didn't received your 2nd draft yet" kata Dr. approximately at 11 am that time.

Of course, saya pun dah macam lipas kudung la bangun.
Sebab terlalu terkejut, hari ini dah nak kena submit but Dr. still tak fully check the 2nd draft.
"Macam mana ni!" kata hati
"Petang ni dah nak kena hantar" kata hati lagi
"Chin, pinjam laptop kejap, nak send email dekat Dr Phang"

Tengah khusyuk menaip, and all of sudden Chinut tanya:
"Damia kau lama lagi, buat kerja ni?" Chinut
"Tak kot," Aku
"Aku ada benda sikit nak bagitahu kau, tapi lepas kau siapkan kerja" Chinut
"Apa dia? bagi je tahu sekarang" Aku

What my hand did at that moment, memang saya tak ingat. Menaip ke or doing other thing ke..but yang pasti saya menoleh ke arah Chinut.

Without any hesitation, dia hulur one clinical pack of "Folic Acid"..
In just one blink of eyes..
"Chin!!!!!! kau mengandung!!!!!!!!"
She makes me guess actually. Nurul Asyikin, ingat aku tak tahu yea apa fungsi folic acid...Pregnant women la pengguna tegar Folic Acid!!

Then few minutes after that, barulah Puan Asyikin ini tunjuk dekat saya the real 2 purple line dekat pregnancy tester dia.

Super Duper Joyness...
Alhamdulillah..

Saya mendapat 2 perkabaran gembira hari ini.
  1. Nurul Asyikin mengandung
  2. Perasaan gembira yang Allah kurnia pada saya dalam kesibukan berFYP

Ada bayi yang bakal membesar dari rahim teman sebilik saya. Perjalanan ahli kecil bilik 3.8 ini untuk membentuk sebuah tubuh yang sempurna memerlukan kesabaran 9 bulan dari si ibu Nurul Asyikin.

9 bulan adalah satu perjalanan panjang.
Saya berharap biarlah ianya menjadi satu perjalanan panjang yang penuh dengan tarbiah dan petunjuk dari Allah buat Nurul Asyikin dan kami sebilik.

Agar janin yang membesar menjadi seorang anak yang soleh mahupun solehah.
Kami warga 3.8 sentiasa mendoakan yang paling terbaik untuk kau, Nurul Asyikin.
Semoga ahli kecil yang bakal membesar dalam rahim kau menjadi seorang yang paling baik, paling-paling baik dan paling-paling terbaik disisi Allah dan Rasul.

Insyallah.

Dear Nurul Asyikin
Untuk melahirkan zuriat yang paling terbaik Disisi Allah dan Rasul..kau dan kita semua terlebih dahulu perlu berubah untuk menjadi yang paling-paling baik disisi Allah dan Rasul.

Ya Allah,
Kuatkan kami untuk berubah.
Berubah menjadi yang paling-paling baik disisiMu Ya Allah. Tunjukkanlah kami cara dan ajarkanlah kami Ya Allah. Agar kami dapat berubah. Amin ya Rabb alamin.

Insyallah,
Aku sedia berjuang dengan kau demi menempuh 9 bulan kehamilan kau di UIA tanah penuh berkat. Semoga perjalanan 9 bulan ini sesuatu yang penuh makna buat kita semua.

Ikhlas
Nurul Damia Bt Mohamad Sofian







Oct 2, 2011

A Letter To Umi

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirrahim


Dear Umi

Today I had a chance to hold grip Hajar's belly. My friend Hajar, she's pregnant for almost 8 months and she is about to give birth soon. Perhaps, I can't wait for that moment to come. The baby moves at that moment where I put my hand.

MasyAllah, Allah the Almighty.

I can feel how connected I am with Hajar's baby, though it is obviously not mine. That moment umi..at that very moment umi..it brought me to think deep about you at home.

How was everything going on? Will you be ok without me at home?
"O Allah I hope you will always be by Umi's side" my dua' every single day.

Umi,

When you bear the pain of carrying me for 9 months in your belly, did you expect that this daughter which had grown strongly within your womb will someday be a good daughter to you? how much pain you had endured, and yet, I disgracing you in return.

Subhanallah.
Ya Allah please pardon me. O Allah, I repent to only You, pardon me for causing so much pain to Umi.

I always want us to be such a good friend to each other, to share our thoughts mere than just a mother and daughter relationship but beyond that. I always hope that I can be your ears to listen to your every problem and worriness. I hope that I can be the one who wipe your tears, I hope that I can be your shoulder to cry on whenever in saddest or happiest moment of your life. I hope that I can be someone which you can rely on.

I always hope that I can be that daughter to you. I always dreamed it. But never once, that I have my dreams come true.

Instead of working hard to be a good daughter to you, I keep hurting your feeling with my ego, big head and harshness. Will I be able to enter Jannah for this? Astagfirullah al azim.

This past few years, only Allah knows how cold we are towards each other. I feel like I am so far away from you, and silence always fill the empty spaces between us. How can I say, "Dear Umi do you know that I love you? more than I love my ownself"

When abuya is no longer able to support you financially, I saw you working so hard, to raise all of us. I know in some ways this is a burden to a women like you. I know there are times when you had your tears fell..to bear this responsibility alone and to alone raise us financially I know that many times you pretend to be strong in front of us.

When I looked at your feet start to swollen because you have to walk to work, it hurts me Umi, it hurts me a lot. I can't throughout my entire life repay your hardship for raising us up.

You are my only Umi in this world.
You are the only person who share the same blood, air and food with me when I was in your womb.

Dear Umi,
At this very page I told myself that, I will work hard to be a good daughter to you.

O Allah, I seek Your repentance. Please help me to be a good daughter to Umi.
Amin Ya Rabb al Alamin
Truly
Nurul Damia Bt Mohamad Sofian

Sep 24, 2011

Stand With Them - Irvine 11

Assalamualaikum wbt.
May Allah bless us with peace and joy at this very moment and moment onwords.

Dear Brothers and Sisters,

 
Who are they? The Irvine 11

They are the bravest 11 students of University of California Irvine (UCI) who stood up protesting a visit by Michael Oren's (The Israeli's Ambassador to the United State) in UCI. These 11 students protested Michael Oren's speech in UCI for his refusal to acknowledge Israel's war crimes and violation of humanitarian law.




For more info, please visit this website Irvine 11


Who is Michael Oren?


On Monday, February 8 of 2010, the University of California-Irvine Law School, School of Social Sciences, and various campus and off-campus organizations sponsored “U.S. & Israel: Relations from a Historical and Personal Perspective.” The speaker was Michael B. Oren, Israel’s Ambassafor to the United States.

Oren is a former Israeli Defense Forces soldier who participated in the wars with Lebanon and has now become the spokesperson in charge of re-branding Israel’s image after it was condemned for its actions in 2009′s Gaza massacre, and accused of war crimes and potential crimes against humanity by Justice Richard Goldstone and the UN Human Rights Council.


He was sent by the Israeli goverment to tour America in an attempt to recreate the image of Israel as a democracy victimized by the negative treatment of the international community. His formal position is that of an ambassador, and spokesperson of a state that is condemned by more UN Human Rights Council resolutions than any other country in the world.


What Happened?



“Michael Oren, propagating murder is not an expression of free speech!”

Unable to continue his intended statement, this student’s voice of protest was quickly drowned out by the threats and verbal harassment of others in the crowd.


A little over a year after Israel’s massacre in the Gaza Strip, the student was protesting a visit by Michael Oren, the Israeli Ambassador to the United States, for his refusal to acknowledge Israel’s war crimes and violations of humanitarian law.

A police officer walked up to the row from which the protester had stood up to be heard. Accompanied with backup, he gestured to the protester to leave the event. The protester willingly stepped out and was led by police out of the hall into another room where he was patted down and arrested.

Another nine individuals chose to rise up and exercise their right to free speech by sharing their own statements throughout the first half of the event. Each time, there was no resistance, no violence and no misconduct. After making his statement, each student would readily follow police orders to leave the room. Despite each individual’s ready compliance with officers, throughout the event school officials consistently felt the need to reassure the crowd that consequences were to be had, disciplinary action was to be taken, and possible suspension and expulsion was in order if the individuals continued to practice their freedom of speech.

After the tenth individual was escorted out by the police, about a third of the room, consisting of students from different races, ethnicities and religions, peacefully rose from their chairs and marched out chanting slogans, calling for justice both at home and in Palestine. During this time, the cops discreetly arrested one individual – a young man who was a part of the chanting crowd – whose reason for arrest remains unknown. This brought the number of arrests to eleven: the Irvine Eleven.

The audience spat verbal threats at the students as they marched out, denigrating them as primates and other insults. Oren continued his speech for another half hour before concluding. While the crowd who chose to listen to his speech remained inside the room, the marchers gathered outside to continue to peacefully protest with signs and slogans.


As Martin Luther King Jr. once said, “True Peace is not merely the absence of tension, but it is the presence of Justice.” The Irvine Eleven continue to be persecuted by their university for doing nothing more than exercising their freedom of speech to demand that justice be the lens we use to see the world.


Show Your Support



I'm urging all people to pray and send positive thoughts to the Irvine 11. The closing statements ended on Tuesday afternoon and the jury began deliberation. The jury will continue to deliberate until a decision is reached.


Donate to the offense/defense fund for the campaign! Your donations will help fuel this long-term campaign for justice. All donations will be used strictly for legal fees and advocacy costs.


Lend your voice to the media coverage of the Irvine 11. Call-in to your favorite radio station. Write a letter-to-the-editor to the local newspapers. Pen an op-ed piece. Or just comment on a previous story. The only thing you can’t do is remain silent.


Spread the word. Fight injustice with knowledge. Flood Facebook, Twitter, Tumblr, Google Buzz, and the blogosphere with news and information on the Irvine 11.

Thank You
May Allah help us, InsyAllah.

Nurul Damia

Aug 31, 2011

Perjalanan Panjang Sesudah Ramadan Ke-23

Assalamualaikum wbt

Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi  Maha Penyayang.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
Selawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat Baginda.


Hari ini kita bergembira, dalam kesederhanaan atau mungkin juga eid kali ini dalam suasana yang serba mewah. Bulan ini adalah bulan kemenangan. Kegembiraan yang kita miliki hari ini adalah satu hadiah dan rahmat dari Allah. Kemenangan atas kejayaan 1 bulan yang penuh ranjau menempuh ramadan.

Ranjau ramadan yang kita lalui mungkin tidak sesusah mana jika dibandingkan dengan saudara seislam kita di Palestin, Afrika, Libya, Afganistan dan Mesir. Kita perlu bersyukur ada makanan yang masih boleh dimakan, ada duit untuk membeli, ada ibu dan ayah yang senang menghulur dan memudahkan pelbagai urusan, ada ketenangan yang menemani pagi hari, dan segala macam bentuk nikmat yang Allah kurniakan pada kita penduduk bumi Malaysia yang Aman dan Kaya.

Selamat Tinggal Ramadan...

Sudah 23 tahun saya diberi peluang menempuh Ramadan. Seawal usia 1 tahun sehinggalah 12 tahun, Ramadan yang saya lalui lapuk dan biasa. Tiada pengertian dalam yang dapat dipelajari lantas Ramadan di 12 tahun yang lalu berlalu sekadar kewajipan yang 'biasa-biasa' dilalui semua budak seusia saya.

Ramadan ketika usia menginjak 13 tahun sehinggalah 20 tahun adalah Ramadan yang dilalui dengan pengertian. Walau pengertiannya tidaklah sedalam mana, tapi puasa dilaksanakan atas dasar 'taat' pada perintah Allah.

Syukur Alhamdulillah..

Ramadan yang ke-23 adalah yang lebih bermakna. Ya! saya kini berusia 23 tahun, dan tarbiah Ramadan yang saya tempuh di usia 23 tahun inilah yang paling bermakna jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang sebelumnya.

Kesan dan impak sesudah Ramadan adalah satu perjuangan panjang. Saya sering terfikir, mampukah saya menempuh bulan sesudah Ramadan ini dengan amalan-amalan yang sama saya lakukan di bulan Ramadan. Bolehkah diri menjadi begitu beristiqamah dalam beribadah? bolehkan saya bersederhana dalam kebanyakan hal? bolehkan saya memperhambakan nafsu dan merajakan akal? bolehkah qiyamullail menjadi perkara lazim bagi saya sesudah perginya Ramadan. Dapatkah saya merasai rasa cinta untuk terus melakukan segala perkara sunnah sebagaimana yang saya lakukan di bulan Ramadan ini? Perasaan seronok mengejar pahala, masihkan dapat saya merasai persaan yang sama?

Hakikatnya Ramadan yang ke 23 ini sangat-sangatlah bermakna buat saya sehingga hati dan akal melayang memikirkan di manakah saya sesudah Ramadan ini.

Sewaktu melaksanakan Tarawikh terakhir dimalam ke-29, salam di penghujung solat witir saya sangat berat dan kaku. Inilah witir terakhir dalam Ramadan yang ke 23 yang penuh makna. Hati saya sangat berat. Perasaan bercampur. Tak tahu apa yang sepatutnya difikirkan. Tapi yang pasti saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadan tidak lama lagi. Disebabkan terlalu berat hati untuk meninggalkan Ramadan, sehari sebelum raya saya decide untuk 'masuk kerja'. 

Duduk dalam lab seorang while everyone else dah berseronok cuti raya..perasaan seronok masih lagi tak muncul dalam diri saya. Perasaan seronok berpuasa, bertadarus, berqiyam, bertarawikh, berbuka dan bersahur sudah macam sebati dengan diri. Saya bukan cuba membangga diri, Astagfirullahalazim sekadar berkongsi kenikmatan Ramadan bila dihayati.

Bila usia dah 23 tahun baru saya hayati perkara ini semua dengan penuh penghayatan, keterbukaan dan keinsafan.

Saya bersyukur pada Allah. Alhamdulillah atas segala nikmat dan tarbiah berRamadan.

Ironinya, tarbiah yang saya lalui sepanjang melalui Ramadan ke 23 perlu saya istiqamahkan amalan-amalannya sebagai bakal pelajar tahun akhir di UIA. Semester baru bakal membuka tirai..dan salam perkenalan saya kepada junior akan lebih berbunyi seperti ini:

"Assalamualaikum wbt, my name is Nurul Damia Bt Mohamad Sofian, I am 4th year Biomedical Sc Student"
"Final Year Student"


Ramadan ke 23 adalah satu penghijrahan.
Penghijrahan 1 bulan dari Nurul Damia yang 'biasa-biasa' kepada Nurul Damia yang 'luar-biasa' berusaha menjadi yang terbaik disisi Allah. 1 bulan saya ditarbiah  Allah, dan 11 bulan seterusnya adalah bergantung kepada usaha saya.

Secara fizikalnya saya bakal berseorangan menempuh 11 bulan ini..namun hakikatnya Allah sahajalah menjadi peneman setia dalam perjalanan panjang yang durinya, ranjaunya dan ujiannya saya sendiri tidak dapat mengagak bagaimanakah kedatangannya.

Doakan saya kawan-kawan...
Doakan saya dengan usaha yang 'luar biasa' 
Doakan saya bukan lagi Nurul Damia yang 'biasa-biasa'

Demi Allah dan Rasul
Saya perlu menjadi yang Terbaik dan yang paling Terbaik di sisi Allah

Kerana saya sangat bersyukur kepada Allah,
Kerana itulah saya ingin menjadi yang terbaik disisinya.

Selamat Tinggal Ramadan
Nurul Damia Bt Mohamad Sofian