Jan 8, 2014

Dialog Bersama Adik Yang Tidak Berbinti

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahim
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Ada sebuah cerita yang ingin saya kongsikan bersama, kisah pertemuan saya dengan seorang adik berusia 17 tahun yang dibesarkan di rumah kebajikan. Pertemuan dengan adik ini sangat istimewa, dia seorang anak luar nikah yang ditinggalkan oleh ibunya di rumah kebajikan sejurus dilahirkan. 

Pernahkah sahabat semua, bertemu secara bersemuka dengan seorang anak luar nikah yang sudah membesar meningkat remaja ataupun dewasa? Barangkali, mereka ini terlalu banyak kisah luka yang terpendam dalam hati. 




Kisah bagaimana saya mengenali adik ini amat unik. Pertama kali bertemu, saya tidak dapat mengagak bahawa adik ini seorang anak yang tidak berbinti, sehinggalah saya melihat kad pengenalannya sendiri. Ya, anak luar nikah tidak dinasabkan ke atas sesiapa. Makanya, mereka diberi nama tanpa ber"bin" atau ber"binti" kan sesiapa.

Adik ini membenarkan segalanya melalui pengakuan dirinya sendiri "Ya Kak Damia, saya anak luar nikah". Tidak tahu bagaimana harus saya bertindak sesudah mendengar apa yang keluar dari mulutnya, kami berpelukan, amat lama, saya seakan berharap agar pelukan tersebut dapat menghilangkan segala kepayahan hidupnya selama ini.

Beginilah cerita beliau..

Dia ditinggalkan dirumah kebajikan sejurus selepas dilahirkan. Makcik yang membesarkannya dirumah kebajikan tersebut digelarnya "Ibu". Ibulah yang memberinya nama. Dia dibesarkan dengan pendidikan Islam yang cukup, dihantar kesekolah agama dan sewaktu pertemuan kami, seingat saya dia sedang berusaha menghantar borang permohonan ke Madinah. Katanya, "Kak Damia, saya nak sambung belajar Hadith dekat Madinah" Subhanallah, saya tak mampu mengatakan apa-apa. Rasa kagum dan syukur yang tak sudah.

Katanya 

Semasa dia berusia 11 tahun, Ibu menceritakan segalanya, tentang bagaimana dia ditinggalkan, dan mengapa namanya tidak dibinti kan. Pertama kali mendengar berita tersebut, dia menangis, menangis bersama Ibunya. 2 bulan sesudah haidnya yang pertama datang, Ibu duduk menerangkan satu persatu kepadanya. Barangkali saya merasakan makcik Huda sudah merancang untuk mendedahkan kepada adik ini sebaik sahaja dia mencapai umur akil baligh. Dia dididik menjadi hamba Allah yang cukup positif dan tidak berdendam. Semasa saya menanyakan kepadanya "apakah perasaannya kini terhadap ibu kandung yang tidak pernah dia jumpa?"

Jawabnya membuatkan saya terkedu, dan petang itu kami menangis bersama..

Katanya

"Mungkin, orang mengangak saya membenci ibu kandung saya. Apa gunanya saya membenci dan memarahi emak yang bersusah payah melahirkan saya. Walau apapun, dia tetap emak kandung saya. Saya sangat berharap agar Allah pertemukan saya dengan emak kandung saya. Saya sering teringatkannya, berdoa agar Allah sentiasa melindungi dirinya, memberinya hidayah dan pertemukan dia dengan seorang suami yang membawanya kepada Allah. Saya sangat ingin bertemu dengannya."

"Saya redha dan tidak memarahinya kerana meninggalkan saya disini. Saya berharap agar Allah mengampuni dosa-dosanya, setiap benda baik yang saya lakukan saya berharap agar emak kandung saya mendapat pahala darinya juga."

"Kak Damia tahu kenapa saya menghafal Al-Quran? selain daripada keinginan saya untuk mendekatkan diri saya kepada Allah, saya juga ingin menjadi seorang yang dapat memberi syafaat kepada emak kandung saya di akhirat nanti. Saya redha dengannya, saya redha. Saya benar-benar ingin bertemunya. Kerana itulah saya menolak untuk ke Madinah sewaktu tingkatan 3 dahulu, kerana saya menunggu emak kandung saya datang ke sini mencari saya. Hingga kini, saya masih lagi menunggu.."

"Ibu tahu saya menunggu emak kandung saya, namun nasihatnya agar saya ke Madinah dan jangan lengahkan peluang yang ada. Jika ada peluang ke Mekah, Ibu menasihatkan agar saya berdoa apa sahaja sewaktu disana. Saya bersyukur saya dibesarkan disini, saya bersyukur Allah pertemukan saya dengan Ibu..syukur Alhamdulillah"

"Akak bersyukur dipertemukan dengan awak" kami senyum bersama.

Adik ini antara insan-insan teristimewa yang hadir dalam hidup saya. Bagaimana seorang anak luar nikah, dibesarkan dalam suasana tidak beremak dan tidak berayah, tapi masih mampu hidup positif tanpa dendam dan benci. Dia punyai hubungan yang erat dengan Allah, melihatkan dirinya yang tenang, pakaiannya yang cukup muslimah dan kata-kata yang sopan membuatkan saya menganguminya.

Berbual dengan adik ini, mengingatkan saya kepada Umi di rumah. Ya Allah sungguh aku bersyukur aku punyai Umi, semoga Allah mengampuni segala dosa Umi dan mengurniakan syurga Firdaus buat Umi. Saya pelajari banyak benda melalui perkenalan saya dengannya. Sudah lama saya tidak mendengar khabar darinya, semoga suatu hari nanti, Allah mempertemukan dia dengan emak kandungnya jua.

Semoga Allah mendidik saya menjadi anak dan hambaNya yang solehah dan tidak lupa untuk berbakti kepada Umi dan Abuya. Insyallah.

Saya hanya seorang hamba
Nurul Damia 

Dec 30, 2013

Wahai Sahabat, Surat Penghargaan Buat Semua-Part 2

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahirahmanirahim
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Saya berniat bahawa hari ini saya harus menulis surat kedua ini.

Tidak lama dahulu saya pernah menanam cita-cita untuk berusaha menjadi pemenang anugerah Nobel. Saya pernah terfikir, adakah ia sesuatu yang mustahil? Pada zaman ini kepandaian dinilai mengikut kemodenan bangsa dan rakyat di sesuatu negara, sebagai contoh: oleh kerana sebahagian besar sains dan teknologi dipelopori oleh masyarakat Inggeris atau dengan kata lainnya "masyarakat barat", jadi kebanyakan kita melihat bahawa mereka adalah yang bijak dan yang paling pandai.


Namun benarkah begitu? benarkah anugerah Nobel itu mustahil untuk dimenangi oleh orang Islam yang lahirnya dari timur, yang membesar di Malaysia dan hanyalah rakyat marhen? Benarkah?

Dengan Islam kita menjadi tinggi dan mulia. Rasulullah pernah berpesan, "mereka yang bijak dari umatku adalah mereka yang mengingati mati" oleh yang demikian, definisi bijak kita dengan definisi bijak Rasulullah saw amatlah berbeza.

Mengapa mengingati mati dikaitkan dengan kebijaksanaan? Mati beerti hilanglah kewujudan kita diatas muka bumi Allah ini. Bagi manusia yang sudah tidak wujud, mereka membawa salah satu bekal, pahala ataupun derita (dosa). Dia yang bijak adalah dengan menjadikan kehidupan dunia sebagai ladang subur dimana dia mengerjakan ladang itu dengan sebaik-baiknya. Menanam biji benih, membaja tanamannya, menyiramnya dengan air dan menuggu hasilnya tiba. Kita menanam, membaja dan mengairi ladang kerana kita yakin bahawa kita akan mendapat hasilnya di "kemudian hari". Kita percaya bahawa "kemudian hari" itu memang akan tiba jua.

Inilah manusia bijak. Mengerjakan ladang didunia, untuk mendapat hasilnya diakhirat.

Mengapa saya memberi perumpaan ladang?

Si peladang yang mati meninggalkan ladang yang akhirnya memberi manfaat kepada generasi yang seterusnya. Banyak manusia mendapat manfaat dari hasil ladangnya, dan tanah serta apa sahaja yang ditanam membuahkan hasil yang akhirnya dimanfaati oleh segenap penjuru manusia. Si peladang bukan sahaja mendapat hasil akhirat untuknya, malah segala manfaat yang telah diambil sekalian manusia dari ladangnya juga bakal menjadi pahala yang melimpah ruah buat si peladang.

Beginilah saya melihat kebijaksanaan itu.

Berbalik kepada cerita pemenang Nobel. Saya masih ingat, sewaktu saya melangkah kaki keluar dari rumah untuk ke KLIA dan sekaligus berangkat ke Sheffield, petang itu suasana di rumah tenang dan sunyi. Melangkah keluar dari pintu rumah saya berdoa pada Allah

"Wahai Allah, sungguh aku titipkan kedua ibu dan bapaku serta adik-adikku dibawah jagaanMu. Tiadalah sebaik-baik pelindung dan penjaga hanya melainkanMu ya Allah. Lindungi dan cintailah mereka ya Allah, sungguh aku bakal berjauhan dengan mereka demi hijrah yang aku niatkan untukMu ini. Amin."

Saya pernah ditanya, mengapa saya begitu ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara? Adakah kerana ingin merasa bagaimana berada di negara 4 musim? Adakah kerana bangga berada di negara penduduk Inggeris? Adakah kerana teringin menaiki kapal terbang? kenapa dan mengapa sebenarnya?

Saya tidak memberi jawapan kepada penanya soalan, sebaliknya ini yang saya katakan: "Saya harus keluar dari bumi Malaysia, saya ingin belajar. Saya memilih untuk ke luar negara bukan kerana keinginan saya untuk berada di negara 4 musim, bukan kerana bangga, bukan juga kerana tawaran di Malaysia tidak baik, namun saya hanya inginkan sebuah hijrah kerana Allah, dan saya melakukan ini semua kerana Allah dan Rasul yang amat saya cintai."

Si penanya sangat tidak faham mengapa saya begitu berahsia. Seolahnya, hijrah yang saya katakan seperti tidak boleh di buat di Malaysia. Di dalam surat ini, saya berniat untuk menceritakan segalanya.

Oxford adalah misi dan hijrah yang terawal saya niatkan, apabila tawaran ke Oxford gagal Allah membuka jalan untuk saya ke Sheffield.

Ini adalah hijrah yang saya inginkan demi Islam yang semakin kuat dalam diri saya. Saya tidak punyai kelebihan dalam menghafaz quran, saya tidak punyai kelebihan dalam ilmu hadith, namun Allah memberi kelebihan buat saya dalam ilmu sains dan berhujah dengannya. Allah mengilhamkan umi saya agar menamakan saya "Damia" sedang maksud Damia itu adalah "kebajikan" dan "kebijaksanaan".

Oleh itu, bagaimanakah menyalurkan kebijaksaan yang Allah berikan sebagai pinjaman buat saya kepada agamaNya?

Nobel. Saya berniat demi sebuah keringat dan sebuah perjalanan panjang yang amat berliku, bahawa saya ingin menjadi umat Islam yang memenangi hadiah Nobel. Bukan untuk diri saya, bukan untuk berkhidmat pada Malaysia juga,  akan tetapi saya inginkan ia sebagai dakwah, agar masyarakat dunia melihat tingginya kalimah Allah dan hebatnya Islam. Bahawa kita umat Islam, bukanlah umat yang mundur, malah kita masyarakat hebat yang berpengang pada ajaran Quran dan Sunnah rasulnya.

Rata-rata pemenang Nobel, mereka tidak mengembalikan kebijaksanaan mereka kepada Allah. Mereka bangga kerana menjadi yang pertama menemui sesuatu. Mereka memuji betapa uniknya manusia dijadikan, namun tetap menolak akan kehebatan Tuhan yang telah menjadikan sesuatu itu. Milik merekakah segala ilmu tersebut? Atau milik Allah? Mereka yang dekat kepada sains adalah yang paling arif tentang kesempurnaan ciptaan manusia. Namun, mengapa masih enggan menerima bahawa wujudnya Allah sebagai pencipta?

Apabila berpengang pada tali Allah, kita menjadi kuat. Kebijaksanaan itu adalah kurnia yang Allah berikan kepada siapa yang dipilihnya. Keupayaan dalam memahami sesuatu yang dipelajari juga adalah dengan izin Allah. Maka bukankah kita punyai Allah, yang denganNya kita dapat meminta agar kita diberi kebijaksanaan dan kefahaman untuk memahami ilmuNya yang sangatlah luas ini.

Benar, saya sering berdoa pada Allah "Ya Allah kurniakan saya kebijaksanaan, kefahaman dalam mempelajari setiap ilmu, kefasihan dalam berbahasa Inggeris, istiqomah dan disiplin. Agar diriku ini ya Allah dapat keluar dari kebiasaan ku dahulu dan kejahilan ku yang dahulu juga"

Saya hanyalah manusia biasa yang lemah, oleh itu saya memerlukan pertolongan Allah setiap masa dalam misi dan hijrah yang panjang ini.

Saya ingin belajar dan mengajar. Agar saya menjadi hamba Allah dan umat Rasulullah yang dapat memberi manfaat seperti "si peladang".

Saya perlu mendahului misi dan hijrah ini dengan niat, kerana siapa dapat menyangka boleh jadi kematian menjemput saya sebelum saya sempat menjayakannya. Agar dengan niat, Allah menerima perjuangan saya, dan apa sahaja usaha yang telah saya laksanakan dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja, Insyallah.

Saya berterima kasih kepada semua sahabat yang banyak mendoakan diri saya, memberi kata-kata semangat, gurauan sebagai pengubat duka dan segala kebaikan yang telah kalian semua tunjukkan kepada saya. Allah sahaja lah sebaik-baik pemberi balasan. Semoga Allah mengurniakan seluruh kebaikan dunia dan seluruh kebaikan akhirat buat sahabat semua. Semoga setiap urusan kalian dipermudahkan Allah.

Nobel.
Tiada apa yang mustahil apabila kita bersama Allah, dan tiada apa yang mustahil jika kita meminta hanya pada Allah.

Jazakumullahu khairan kathira.

Saya hanya seorang hamba.
Nurul Damia
  






Dec 5, 2013

Forever I Am Grateful

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahim.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

I decided not to write my second part of the letter yet since it might take quite sometimes to explain all the experiences, and what I have in mind altogether. However, I have draft the second part letter in which I hope that I will be able to post it in most suitable time.

The day I wrote this post was the day where I spent my one whole day in the library. From the beginning, I have always want it to share to everyone about what I feel of being a master student and studying Neuroscience.



I was once being asked, why did I choose Neuroscience? This question reminded me of there was one day where I pray to Allah, "O Allah what is the best course that will fit me, I will ask to only you Allah. For this is the life that I wanted to live and struggle for the sake of You. Show me what is best, no, show me what is most best. Help me to strive and to reach the most best which You have please me to do. Show me the way ya Allah, never leave me alone and please ya Allah, don't leave me wonder on my own future that is forever unseen. O Allah please guide me."

I think, to answer the question, the best thing that I can do is to get myself back to the night where I made the dua. It is Allah. Yes It is Allah who has allow everything and has placed everything onto myself. What more could a slave like me said, except, forever I am grateful to Allah.

Never in a day, I failed to amaze the greatness of Allah's creation. The more I studied, the more I keep thinking about Him. The more I admit I am a slave, the more I wanted to please Him, the more I want to struggle for the sake of Him, the more I want to give my very best for His sake and  the more I admire the slavery attitude of prophet Muhammad SAW.

A brain that control everything. 
One brain that manage everything. 
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Dear friends, 
When you seem to be wondered upon your own future, ask Allah what most best for you and let Him guide you all the way. Put your trust in Him and rely only to Him.

Sincerely,
Nurul Damia

Oct 26, 2013

Dear Friends, A Thankful Letter To Everyone- Part 1

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahim.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

It takes quite sometime to write this letter to everyone. I've been trying to ask myself, what is the right way to express how thankful I am towards everyone who's supporting, congratulating and making prayer for my journey that is just started. I kept thinking, how to tell everyone what are there in my mind.


Oxford and Sheffield

Dear Friends,

When I first shared my ambition towards reaching Oxford, never at once I ever forget the mission. Never. It's something which I hold most and I will never giving it up. The journey of how I am here, in Sheffield, UK was really a long story and have lot to tell. It begins when my DPhil application to Oxford University being rejected due to the fact that I didn't have enough competency to do a Phd. Oxford has suggested me to take one year MSc programme on the course which I applied in order to be more competent in doing a Phd project with them. So that's the beginning.

The night when I received an answer letter from Oxford, was a moment that I couldn't even forget until this day. A heavy rain and my heart was so calm but my eyes flowed with tears. Why I am cried? Certainly, everyone would think that I must be sad and frustrated for being rejected. The flowing tears really served no purpose of being frustrated but rather, it flowed the moment I uttered to Allah

"O Allah please give me strength and show me what is best. I serve no one except You, I am your slave and please Allah, I beg to only You, guide me to what is best. I am doing all of this because of You"

and I started to cry without knowing why, eventually it soothes my heart and give me strength in a way which is hard to explain. After that one night onward, I am sending almost 15 Master applications to many other Universities around UK, Holland, German, Sweden, New Zealand, Turkey, Japan, Korea and Switzerland. For a about two month I didn't received any responses from any Universities, until I decided to make my 16th and the last application to the University of Sheffield. A week after, Sheffield was the first to call me and offer me a place despite the other 15 applications which I had made 2 month earlier.

For about two months and a half I become jobless. There's a time I really felt, whether or not am I suppose to give up and looking for job. One day, because I couldn't bear the insecurity of kept waiting I called Abby asking for advise. I told her:
"I feel like my dream is running far away from me and I couldn't catch it up"
Upon hearing this, she told me:
"Maybe this is not what Allah meant for you. Maybe Allah has another plan, sometime we may like a thing which is no good for us"
I remain silent. Not knowing what to say, I ended up the conversation. I asked myself then, do I have to give up all of these? To be honest, I felt like my day was dark and numb, and my future seems to be abandoned me. After all, Allah is all knowing "O Allah, why it is hard to let go all of these? make ease to my heart to accept what You meant best for me, though it's something which I may not like" that the prayer I made before fell asleep on that day. The day after my conversation with Abby, was the day I received an offer letter from the University of Sheffield. Subhanallah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

The last has become the first to answer me.


The Struggle For Funding

I have so many regrets in my life. Regret for always have to rely on Umi, and regret for not be able to support her financially. I am 25 years old, knowing the fact that Umi was the only breadwinner of her family when she was 21 years old really makes me feel more abash and useless.

Umi and I, we were both very happy to receive the offer letter. Then again, a joyous day can only be celebrated within a day. What stuck on our mind that day was, where can we find the fund to go there? This is where the struggle of spiritual, mental and physical gets even harder than I could imagine.

I searched almost any possible scholarships that were available in time.It is mid of August, and to a certain extent I was late in making this process. Most of available scholarships were closed about couple of month before. Then again it is really a struggle that I will never forget. I've been to Yayasan Khazanah, JPA, Zakat Center, Yayasan Pahang, Hong Leong and also Mara. I've called Bank Rakyat, Agro Bank, KWSP and every possible banks just to ask do they provide any education loan for master student in overseas. I will do whatever it takes, because to giving up this early really is not my type.

I guessed what made me even strong is to believe that tawakkal (the reliance upon Allah) requires efforts on the first place. There are times where I felt tired and thought to give a full stop with all the things I did. Tired of waiting the scholarship results to be out. When you failed in an interview, one to another. The bad news really sucked out the energy that still remain in you. However in this unique experienced I ever ventured, I must say that Allah really grant me calmness and strength to keep on going. I felt tired the day I received a failure email notice, but not even at once the news caused me to stop looking for the others fund that could really help me to further my study.

Along this difficulties I always remember Rasulullah saw. I always talked to myself "If he (saw) is here with me, will he be happy to see me giving up? Rasulullah saw really is the driving forces that kept me move forward. I remember how hard the journey of Salman Al Farisi had just to met with Rasulullah saw, the struggle and tribulation he faced just to be united with the prophet saw at Madinah. So Salman was the one of the sahaba of the prophet that I look after in this journey.

It was on Wednesday 2nd October 2013 that I received a green light news to fly. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Everything was so quick, and until now I still can't believed that I am actually here in this bless land of Sheffield, UK. If I have to describe what were really on my mind, I have to say that it is not me who did all these, instead, it is by Allah mercy and strength that were granted on me. Subhanallah. It is because of Allah has giving me the strength that I am able to move forward though facing difficulties at the same time. Allah granted me the essence of not giving up.

What more that a slave like me could say. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

To be continued in part 2.

I am just a slave
Nurul Damia Mohamad Sofian

May 24, 2013

Sebuah Perjalanan

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahim.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Bukan semua kisah perjalanan hidup ini adalah mengenai apa yang kita inginkan. Namun sebagai muslim ianya tentang apa yang Allah inginkan untuk kita. Itulah yang paling tepat.

Beberapa hari yang lepas, saya duduk berborak bersama seorang sahabat sebaya adik saya. Amira namanya, masih muda namun sudah banyak pengalaman kerja. Katanya:
"Kak Damia, semua kerja yang kita buat semua ada cabaran dan dugaannya. Tinggal lagi kita sahaja yang kuat untuk terus hadapi dan bersabar. Mana boleh asyik minta hidup ini jadi mudah dan senang setiap masa."
Saya suka mendengar nasihat selamba Amira. Ianya simple tapi membawa banyak makna pada diri saya. Benar, hidup ini tidak selalunya diatur seperti apa yang kita inginkan. Cabaran dan dugaan adalah perkara yang wujud dicelah-celah hidup kita. Mana ada benda senang setiap masa, kita mesti menghadapi kesukaran untuk mematangkan diri kita.

Kematangan lahir dalam diri seseorang hanya apabila kita melalui pengalaman. Menempuhi jalan hidup yang berliku, berhadapan dengan cabaran serta mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah adalah antara pengalaman yang kemudiannya akan mematangkan diri kita.

Sering kali kita merancang masa depan kita hanya semata-mata untuk diri kita sahaja. Sebagai contoh: "lepas habis belajar aku ingin bekerja untuk mencari pengalaman"


Benar, memang penting untuk mencari pengalaman kerja untuk diri sendiri. Hakikatnya, adakah apa yang kita rancang untuk masa depan kita ini adalah sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam secara keseluruhannya ataupun untuk dakwah Islam secara spesifiknya.

Satu hari, saya tiba-tiba sahaja terfikir. Kenapa saya sering berdoa agar Allah makbulkan permintaan saya untuk ke Oxford, sedangkan saya sendiri tidak tahu menahu adakah Oxford benar-benar yang terbaik untuk saya. Benar, Oxford adalah sebuah cita-cita yang sudah lama tertanam dalam diri namun tujuan hidup saya adalah untuk menjadi hamba Allah yang solehah serta hamba Allah yang dapat memberi manfaat kepada Islam dan ummahnya.

Oleh itu, setelah lama saya berfikir panjang, mulai saat dan masa itu saya mengubah doa saya:
"Ya Allah, Oxford adalah sebuah cita-cita yang aku tanamkan demi Islam, jika ianya bukanlah yang terbaik untukku  buat masa dan tempoh ini maka kau tunjukkanlah dan berikanlah apa yang terbaik untukku. Permudahkanlah untukku apa yang terbaik itu serta aku memohon perlindunganMu dari sifat takbur, sombong dan bongkak. Aku ini ya Allah, hanyalah seorang hamba hina, dan aku menjual seluruh kehidupanku di dunia ini hanya untuk mendapatkan kasih sayang serta redhaMu. Janganlah engkau jauhkan aku dari hidayahMu, aku memohon perlindunganMu serta penjagaanMu di seluruh hidupku ini. Amin"
Saya rasa begitulah sepatutnya, meletakkan Allah sebagai penentu untuk apa yang terbaik dalam rancangan kehidupan kita ini. Selamanya kita tidak akan mampu melihat masa depan, kerana itu kita benar-benar memerlukan Allah, dalam erti kata lainnya kita boleh merancang namun bertawakallah dalam rancangan yang telah dibuat. Kerana penentu setiap sesuatu adalah Allah.

Saya hanya seorang hamba,
Nurul Damia Mohamad Sofian



Apr 24, 2013

Dari Dalam Hati Seorang Hamba

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahim.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Hari ini saya dirundung pelbagai perasaan. Sedih dan helpless itulah yang saya rasa. Saya melewati beberapa laman web yang menceritakan tentang perkembangan masyarakat Islam Rohingnya di Myanmar. Masyallah, "hasbi allahu wa ni'mal wakil" tiadalah sebaik-baik pelindung dan penyelamat melainkan Allah.

Sahabat,

Hari ini saya bangkit dari tidur, saya bersyukur kerana Allah meniupkan angin ketenangan dalam hati saya. Saya mampu ke tandas, saya mampu berwudhu' dan solat. Saya diizinkan Allah untuk bergerak, saya dapat membaca dengan mata yang Allah berikan, saya mampu mendengar alunan zikir dari masjid berdekatan rumah, saya dilebihkan dengan makanan yang sedap-sedap pagi ini. Ya Allah syukur, syukur, syukur. Alhmadulillah.


Namun, bagaimana keadaan saudara-saudara saya di palestin? di syria? di rohingnya? di somalia? bagaimana mereka semua? Lantas kerana ingin mengetahui bagaimanakah situasi mereka, saya cepat-cepat melayari internet dan mencari perkembangan terkini saudara-saudara saya di bumi Allah yang jaun dari Malaysia ini. Pencarian saya bermula dengan saudara-saudara saya di bumi myanmar di sebuah kawasan bernama rohingnya.

Hati saya bagai dicincang-cincang dengan parang. Melihatkan perkembangan mereka yang terkini. Di bunuh beramai-ramai sekali lagi setelah isu rohingnya ini dibangkitkan pada tahun 2012, dan sekali lagi saudara  saya di Rohingnya di bunuh walau seluruh dunia telah mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan ini. Di rogol kemudian di dera sampai mati, adik-adik yang masih kecil diikat dan dibakar hidup-hidup bersama rumah mereka. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.

Dimanakah letaknya akal manusia?

Air mata saya menitis, mulanya perlahan kemudian makin menjadi deras. Kerana amat sedih dan sayu, saya seolah-olah tidak mampu lagi untuk melihat perkembangan saudara-saudara saya yang lain di Palestin, Syria dan Somalia.

Seolah-olah ruang masa menjadi beku dan kosong.

Sejurus selepas habis membaca, saya bertanya pada diri. Dimanakah saya ketika mereka benar-benar memerlukan bantuan? Ketika rumah mereka dibakar, dimanakah saya ketika itu? ketika kakak-kakak saya dirogol dimanakah saya ketika itu? ketika ibu-ibu dan ayah-ayah dibunuh dihadapan anak-anak mereka dimanakah saya ketika itu? ketika mereka berlapar kenyangkah saya ketika itu? ketika mereka menangis adakah saya seronok tertawa ketika itu? ketika mereka ketakutan adakah saya tenang ketika itu?

Allahuakbar. "Inna lillahi wainna ilahi rajiun"

Hari ini dengan ketenangan yang kita kecapi, bersyukurlah. Alhamdulillah. Janganlah saya mahupun rakan semua lupa pada saudara-saudara kita di Rohingnya sana. 

Antara perkara yang boleh kita laksanakan sekarang adalah sentiasa melihat perkembangan mereka walau dari jauh. Dalam solat fardhu dan sunat jangan lupa untuk mendoakan mereka. Kirimkan qunut nazilah, sebagai meminta bantuan kepada Allah untuk menyelamatkan mereka. Berinfaq untuk keperluan seharian mereka. Sahabat boleh berinfaq buat masyarakat Rohingnya melalui Islamic Relief Malaysia atau Muslim Aid Malaysia.

Satu cara mudah saya kongsikan, bagaimana kita dapat memaksimumkan infaq kita dengan melibatkan orang sekeliling. Awal tahun ini sewaktu Gaza diserang saya meminta setiap ahli keluarga menyumbangkan setakat mana yang mereka mampu di dalam tabung yang telah saya sediakan. Alhamdulillah semua ahli keluarga saya, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan nenek saya mengambil bahagian. Nilai wang yang telah berjaya dikumpulkan  amat besar. Alhamdulillah. Lantas, saya terus mendepositkan wang tersebut kepada Aqsa Syarif badan bukan kerajaan di bawah Ikram yang menguruskan sumbangan rakyat Malaysia ke Gaza.

Mungkin sahabat juga boleh berbuat demikian. Kalau bukan dengan ahli keluarga, mungkin dengan kawan sekeliling atau sebilik. Mungkin dengan adik-beradik atau mungkin juga dengan teman-teman usrah. 

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 265:

"Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk meneguhkan jiwa mereka kepada Allah, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disirami hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat gandanya. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun pun sudah memadai untuknya. Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan"

Al Baqarah 267:
"Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari harta serta nikmat dari bumi yang dikurniakan untukmu daripada Allah. Janganlah kamu memilih (memberi) yang buruk untuk diinfakkan, padahal kamu sendiri tidak suka kepadanya. Dan ketahuilah Allah maha kaya lagi maha terpuji.

Kadang waktu, ada diantara kita sering memberi sumbangan pakaian yang sudah terkoyak ataupun rosak. Sesetengah kita apabila memberi sumbangan makanan kita membeli makanan pack yang paling murah yang kurang zat dan nutrisi. Ada dua jenis infak memberi ala kadar atau memberi yang terbaik. Dalam ayat diatas, Allah menegur kita semua supaya infak yang dikeluarkan haruslah yang baik-baik, bukanlah yang ala kadar.

Al Baqarah 268:
"Syaitan menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu kikir (kedekut/menahan diri dari berinfak), sedangkan Allah menjanjikan keampunan dan kurniaNya yang melimpah ruah kepadamu. Allah maha luas lagi maha mengetahui."
Berilah setakat kemampuan kita. Tapi jangan langsung menahan diri dengan tidak berinfaq kerana takut duit atau keperluan kita tidak cukup. Apabila kita merasakan yang sedemikian, syaitan sebenarnya telah berjaya mempengaruhi kita. Kerana dalam ayat diatas telah Allah jelaskan setiap apa yang diinfakkan tidak akan rugi dan sia-sia. Sebaliknya pengetahuan Allah itu maha luas, Allah benar-benar tahu bagaimanakah situasi kewangan dan keperluan kita, Allah telah berjanji untuk memberikan kita keampunan dan kurnia yang melimpah ruah sekiranya kita berinfak walau dalam keadaan kita juga amat memerlukan.

Beginilah caranya kita dapat meneladani sahabat ansar RA. Melebihkan keperluan orang lain daripada diri sendiri.

Al Baqarah 273:

"Apa yang kamu infakkan adalah untuk orang-orang fakir yang terhalang usahanya kerana jihad di jalan Allah. Sehingga mereka tidak dapat berusaha (mencari rezeki untuk keperluan diri) di bumi Allah. Orang-orang lain yang tidak mengetahui, menyangka bahawa mereka adalah orang-orang kaya (orang-orang senang) kerana mereka menjaga diri dari sifat meminta-minta. Engkau (Muhammad) mengenal mereka dengan ciri-ciri mereka yang tidak meminta-minta secara paksa kepada orang lain. Apapun harta yang terbaik yang kamu infakkan, sungguh Allah maha mengetahui."
Saya meraskan Allah memberi penerangan yang amat jelas dalam ayat diatas. Buat saudara-saudara kita di palestin, syria dan rohingnya, kerana berhadapan dengan jihad menentang golongan kafir yang ingin menghancurkan masyarakat Islam serta berjihad melindungi kaum wanita dan kanak-kanak mereka terhalang dari keluar bekerja mencari rezeki. Kerana keselamatan yang tidak dapat diduga. Lantas Allah menyuruh kita untuk berinfak kepada mereka dengan harta, tenaga dan segala yang kita ada untuk membantu mereka dan menunjukkan solidariti kita sebagai satu ummah.

Segala apa yang kita berikan Allah maha mengetahui nilainya. Dan Allah sajalah sebaik-baik pemberi balasan.

Mari kita berikan apa yang kita ada. Jika buntu tidak tahu kemana hendak di salur barang bantuan (pakaian, makanan, buku, kasut ataupun wang ringgit) anda boleh melawat:


  1. http://www.ikram.org.my/v2/ 
  2. http://aqsasyarif.org.my/v3/ 
  3. http://islamic-relief.org.my/ .

Hidup untuk memberi.

Saya Hanya Seorang Hamba
Nurul Damia Mohamad Sofian

Apr 21, 2013

Meneladani Sahabat Ansar (RA)

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirahmanirahim
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Rasulullah saw berpesan sewaktu haji wida'
"Hendaklah kalian yang mendengar pada hari ini, berpesan-pesan kepada sahabat yang tidak hadir. Boleh jadi mereka yang mendengar dari kalian lebih memahami pesananku daripada mereka yang mendengar terus dariku"
Pesanan ini adalah pesanan terakhir yang telah rasulullah saw sampaikan sebagai penutup siri-siri khutbah semasa haji wida'. Kepentingan berpesan-pesan serta menyampaikan semula apa yang telah kita dengar.

Semalam saya menghadiri satu ceramah oleh Sheikh Habib Zainal di Masjid Al-Ansar, Dato' Keramat. Tajuk ceramahnya sama seperti nama masjidnya. "Meneladani Sahabat Ansar".


Sewaktu saya membaca sebuah buku yang menceritakan perjalanan hidup dan dakwah rasulullah saw, saya tidak putus-putus mengagumi keperibadian sahabat-sahabat ansar. Masyallah, mereka ini sangat-sangat menakjubkan.

Memang benar kata Sheikh Habib Zainal, rasulullah saw sangat mencintai orang-orang Ansar. Sewaktu keadaan di Mekah menjadi genting, masyarakat kafir quraisy begitu terdesak untuk menghentikan dakwah rasulullah. Melihatkan sekutu terkuat mereka seperi Saidina Hamzah dan Umar Al Khatab sudah memeluk Islam mereka menjadi mati akal dan semakin marah dengan rasulullah saw. 

Rasulullah saw dan para sahabat diboikot habis-habisan. Masyarakat mekah dilarang mengahwini wanita-wanita bani hashim, dilarang berjual-beli dengan mereka. keadaan menjadi sangat genting, dan kepayahan yang dirasai oleh baginda saw serta keluarga amat berat dan memilukan.

Ketika dalam kepayahan inilah Allah memberikan berita gembira kepada rasulullah saw dengan kedatangan sekumpulan orang-orang Ansar yang terdiri daripada bani Aus dan bani Khazraj datang membaiah rasulullah dalam satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Aqabah pertama. Setelah itu, menyusul perjanjian Aqabah kedua dengan masyarakat Ansar yang datang membaiah rasulullah adalah dalam jumlah yang lebih besar dari kelompok pertama yang hadir.

Sewaktu masyarakat mekah menolak rasulullah saw habis-habisan. Mendera sahabat-sahabat baginda, mencaci baginda, menyakiti emosi dan fizikal baginda, memboikot kaum keluarga baginda. Kaum ansar datang ,memberi jaminan perlindungan kepada rasulullah saw serta kepada seluruh ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Baginda dihalau dari mekah oleh kaumnya sendiri. Malahan orang-orang kafir quraisy ini sampai merancang untuk membunuh baginda. Sebaliknya kaum Ansar yang tidak pernah rasulullah kenal ini datang membaiah dan memberi jaminan keselamatan kepada rasulullah saw, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Rasulullah sering memuji masyarakat Ansar, bukan sahaja rasulullah, malah kaum Ansar ini seluruhnya mendapat mandat dan pujian dari Allah seperti yang tercatat di dalam Al-quran Al Hashr ayat 9:

"Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya"

Sebelum meletusnya perang Badar, ada satu peristiwa yang sangat signifikan untuk kita renungi dan mengambil teladan darinya. Tujuan asal rasulullah saw bersama 313 sahabat muhajirin dan ansar yang keluar dari madinah adalah untuk menghentikan rombongan dagang Abu Sufyan dan mengambil semula harta hak milik orang islam muhajirin yang dirampas dan didagangkan oleh kafir quraisy melalui rombongan dagang Abu Sufyan.

Tujuan asal ini bukanlah berniat untuk menyemarakkan api peperangan antara kedua belah pihak. Sebaliknya Rasulullah saw berniat mengambil semula apa yang sudah menjadi hak para sahabat muhajirin. Namun, ternyata Abu Sufyan menjadi takut setelah mengetahui bahawa Muhammad saw bersama para sahabatnya sedang menunggu rombongan dagangnya. Abu Sufyan mengirim seorang utusan menyampaikan berita yang sedang berlaku ini kepada penduduk mekah supaya mereka mengirim bantuan.

Tidak dapat disangka oleh Abu Sufyan bantuan yang datang adalah sangat banyak, malahan Abu Jahal sendiri mengisytiharkan bantuan yang datang adalah berniat untuk berperang dengan rombongan rasulullah saw.

Keadaan menjadi sangat genting. Berita pengisytiharan perang oleh rombongan bantuan quraisy mekah telah sampai kepada rasulullah. Lantas Rasulullah segera mengumpulkan semua sahabat Ansar dan Muhajirin untuk meminta pendapat dari mereka.

Inilah antara dialog-dialog yang berlaku semasa perjumpaan Rasulullah saw bersama sahabat muhajirin dan ansar sebelum meletusnya perang:

"Wahai manusia berilah pandangan kepadaku" kata Rasulullah
Abu bakar, Umar dan Miqdad antara yang terawal bangun menyatakan pandangan dan persetujuan mereka untuk berperang.

"Wahai manusia berilah pandangan kepadaku" kata Rasulullah sekali lagi

Maka bangkitlah Saad B Muadh pembawa bendera bagi kaum ansar, sambil berkata "Demi Allah, seperti engkau mengharapkan pandangan dan jawapan daripada kami golongan ansar."

"Benar" Jawab baginda saw.

Kata Saad B Muadh "Boleh jadi engkau bimbang orang-orang ansar berpandangan mereka berhak untuk tidak membantumu kecuali di kawasan kampung halaman mereka sahaja. Sebagai mewakili orang-orang ansar aku nyatakan kepadamu: Pergilah kemana yang kamu suka, hubungilah siapa yang kamu suka, putuslah hubungan dengan siapa yang kamu suka, ambillah harta kami sebanyak mana yang kamu suka dan berilah kepada kami sebanyak mana yang kamu suka, tetapi kami lebih suka engkau mengambil daripada kami  berbanding engkau meninggalkannya untuk kami. Apa sahaja yang diperintahkan Allah kepadamu wahai rasulullah, maka urusan kami tetap mengikut perintahmu itu. Sungguh kami telah beriman denganmu dan kami membenarkan kenabianmu. Kami mempersaksikan bahawa apa yang engkau bawa adalah benar. Untuk itu kami telah memberikan perjanjian kami untuk dengar dan patuh. Wahai rasulullah, teruskan hasratmu. Demi Allah yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, jikalau engkau membawa kami kepada lautan lalu engkau harunginya, nescaya kami akan mengharunginya bersamamu, tidak seorang jua pun daripada kami yang akan ketinggalan. Demi Allah jika engkau bergerak sehingga sampai ke Bark al Ghimad nescaya kami akan bergerak maju bersamamu. Kami tidak akan membenci sekiranya kamu membawa kami bertemu musuh-musuh kita besok hari. Sesungguhnya kami ini orang yang cekal dalam peperangan dan benar dalam pertemuan. Mudah-mudahan Allah menunjukkan kepadamu tentang diri kami yang dapat mententeramkan engkau. Maka silalah bergerak bersama-sama kami di atas keberkatan Allah, wahai rasulullah."

Lantas Rasulullah saw menjadi sangat gembira mendengar kata-kata Saad serta melihat kesungguhannya dan orang-orang ansar.

Masyallah, sewaktu membaca dialog diatas hati saya menjadi getar. Sukar untuk saya menerangkan apa yang dirasa. Perasaan kagum yang amat sangat, dan betapa saya berharap perasaan kagum ini dapat saya manifestasikan dengan meneladani keperibadiaan mereka. Insyallah.

Seterusnya apa yang terjadi adalah seperti mana yang kita dengar melalui tazkirah dan kita baca melalui buku bahawa kemenangan perang badar telah berpihak kepada Rasulullah saw dan orang-orang Islam. Badar adalah peperangan pertama yang meletus serta peperangan yang memberi bukti yang sangat jelas bahawa keimanan yang ada dalam diri 313 para sahabat muhajirin dan ansar itu adalah sangat sangat solid dan jitu. Bahwasanya mereka adalah golongan yang benar-benar "dengar dan patuh" kepada perintah Rasulullah saw.



To be continued.

Saya Hanya Seorang Hamba
Nurul Damia Mohamad Sofian