Jul 12, 2013

Menyatakan Sokongan Kepada Presiden Morsi & Ikhawanul Muslimin

Assalamualaikum wbt.

Bismilahirahmanirahim.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.



Apa yang membuatkan saya kesal adalah kerajaan Malaysia, masih lagi tidak menyatakan pendirian untuk menolak Kerajaan Tentera Mesir yang melakukan rampasan kuasa dan mengkhianati suara majoriti rakyat mesir yang memilih Presiden Morsi sebagai Presiden Mesir.

Harus di ingat bahawa pemilihan Presiden Morsi secara demokratik adalah berdasarkan pilihanraya sah 2012, serta pemilihannya bukanlah secara membabi buta tanpa sokongan dari rakyat mesir, walhal Morsi menang undian dengan undi majoriti sebanyak 51% berbanding lawannya 49%.

Demokrasikah Malaysia? sekiranya kita menolak 51% suara demokrasi rakyat Mesir yang memilih Presiden Morsi?

Demokrasikah Malaysia? sekiranya kita menyokong kurang daripada 3% rakyat Mesir yang keluar membuat demostrasi jalanan menolak kepimpinan Morsi? Hanya beberapa ribu rakyat Mesir berkumpul sewaktu demonstrasi anti-Morsi, sebaliknya berpuluh-puluh juta rakyat Mesir menyatakan sokongan mereka kepada Morsi.

Dimanakah pendirian kerajaan Malaysia? 
Jika kerajaan Malaysia menolak dalam menyatakan sokongan kepada Presiden Morsi, ini bererti kerajaan Malaysia juga menolak Demokrasi, mengenepikan suara demokrasi rakyat Mesir, menolak sistem Demokrasi serta bersetuju dengan tindakan Kerajaan Tentera Mesir yang membunuh berpuluh penyokong Morsi sesuka hati sewaktu menunaikan solat subuh. 

Oleh itu, saya amatlah tidak senang membaca keterangan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam artikel ini http://news.abnxcess.com/bm/2013/07/mesir-perubahan-tidak-jamin-kemakmuran/ anda semua baca dan nilailah sendiri.

Bagaimana pula dengan kita semua sebagai rakyat Malaysia? 
Dimanakah pendirian kita?

Alasan Ketua Angkatan Tentera Mesir, As-Sissi bahawa Morsi tidak patuh kepada kehendak rakyat adalah sangat karut dan hanyalah rekaan semata-mata untuk merampas kuasa, sedangkan seluruh rakyat Mesir tahu bahawa suara yang menetang Morsi adalah suara minoriti.

Saya benar-benar mendoakan agar kerajaan Malaysia menyatakan pendirian menolak Kerajaan Tentera Mesir secara tegas. Kerana suara kerajaan Malaysia, samalah juga seperti mewakili suara seluruh rakyat Malaysia. Mari kita doakan bersama. Amin.

Antara sumber yang dapat di ikuti : 


Saya Hanya Seorang Hamba
Nurul Damia Mohamad Sofian