Jan 22, 2012

Sibuk & Ibadah: Agar Kita Lebih Kuat

Assalamualaikum wbt.

Buat para pembaca,
mari kita berhamdalah dan berselawat sebelum memulakan bacaan.

Bismillahirahmanirahim
Astagfirullah al azim, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Semoga bacaan anda di blog ini diredhai Allah yang Maha Esa.

Kisah bermula dengan kesibukan kami sebagai 4th year yang bertungkus-lumus, berhempas pulas menyiapkan FYP (Final Year Project). Saya akui FYP sememangnya mencabar. Nampak mudah, tapi kepayahannya tersembunyi disebalik kemudahan.


Dalam sibuk berjaga malam sampai 4 ke 5 pagi badan manusia mana pun takkan mampu bertahan sesudah berjaga dari pagi sampai ke pagi esoknya, ataupun dari petang sampai ke pagi esoknya. Penat, penat dan penat. Bila balik bilik, katil bagaikan hadiah paling indah buat keseluruhan 4th year. Manakala tidur adalah perkara paling best setelah penat, penat dan penat berFYP seharian.

Kerisauan 4th year makin memuncak bilamana, FYP Coordinator Dr Saiful mengumumkan draft thesis perlu dihantar pada bulan februari 2012. Awal bulan 2, sedangkan buka semester pun bulan 2 juga. Semua jadi blank, yang paling teruk rakan-rakan yang masih lagi belum memulakan FYP. Ada sebahagian mereka, tergendala habis seluruh kerja hanya disebabkan sampel tak dapat atau tak cukup, ada yang barang nak berFYP tak dapat lagi, ada juga yang diberi arahan dari supervisor agar memulakan FYP mereka di awal semester yang bakal membuka tirai. Ada yang terpaksa menagguhkan kerja-kerja FYP kerana tak cukup patient. Masyallah macam-macam masalah dan ragam.


Dikalangan kami masih ada sebilangan rakan yang belum memulakan perjalanan berFYP. Bagi yang sudah memulakan perjalanan, cabaran datang dari pelbagai segi. Mesin rosak, sampel contaminated, method salah, sampel rosak dan hilang, mesin tak cukup, tikus mati dan banyak lagi.

Kesimpulannya kami sibuk mengahdapi cabaran dan masalah berFYP. Hanya disebabkan draft thesis memerlukan 50% updated result dari apa yang telah kami lakukan, jadi semua 4th year jadi kelam-kabut dan naik risau.

Saya sendiri, kadang-kadang naik penat bila kena re-do everything. Ini semua gara-gara medium contaminated. Exhausted, bila kita sudah separuh jalan, tapi end up all the samples contaminated. Jawabnya buatlah balik dari awal.

Namun kawan-kawan,

Allah berfirman dalam Surah Al-Insyirah ayat 5-6:
Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan.

Kemudian Allah berfirman sekali lagi dalam surah yang sama ayat ke 7-8:
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu ibadah), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan ibadah yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (terhadap apa yang engkau gemari dan ingini)
Apa yang cuba saya sampaikan di post kali ini bukanlah memanjangkan lagi rungutan tentang penatnya berFYP dan bercerita tentang sudut negatif berFYP. Niat saya adalah yang sebaliknya.

Ingatlah Allah dan tiada yang lain hanya Allah.


Dalam menerjah kesibukan berFYP ini, saya akui menjaga ibadah adalah cabaran yang terselit dalam kesibukan hampir kesemua 4th year.

Kita ini sekadar manusia biasa. Pandai mana pun kita takkan sama taranya dengan Allah yang Maha bijaksana. Kadang-kadang planning bagai nak rak, tapi plan will not always be like what we want it. Jadi kenapa perlu menjadikan FYP itu rumit bilamana kita punyai Allah yang Maha bijaksana lagi Maha berkuasa untuk membantu kita.

Jadi dalam isu FYP ini saya mengajak rakan-rakan 4th year semua untuk menjadikan Allah supervisor atasan yang tiada tandingnya dengan yang lain. Allah yang paling istimewa dan rujukan utama sesudah supervisor sebenar kita.

Allah sebagai rujukan

Akan sampai satu waktu, kita berada betul-betul dalam kekeliruan panjang dan otak kita black out, tak tahu apa yang patut dibuat.

Akan datang satu waktu, bila kita asyik berdepan dengan isu re-do FYP ini, kita akan rasa give up, penat, exhausted, menyampah, rasa nak marah dan sebagainya. Emotional fluctuate!

Akan datang juga satu waktu, kita asyik nak merungut dan memberi banyak alasan itu dan ini. Supervisor itu la...supervisor ini la bla..bla..bla.. Macam-macam la alasan.

Kita fragile dan vulnerable.
Kepayahan menjadikan kita lemah fizikal, mental dan emosi.

Namun kawan-kawan.

Semalam, saya pulang tepat jam 4 pagi. Berhempas pulas dengan FYP.
Jadi sebelum tidur saya membaca satu buku dari Hilal Asyraf, tajuknya Fanzuru

Tarbiah Allah Maha Hebat
Buka-buka sahaja, terus terpampang tajuk Diamana kita disisi Allah?
Jawapan yang ditulis Hilal sangat benar menusuk hati saya. Katanya

 "Jika ingin tahu dimana kita disisi Allah, lihatlah dimana Allah disisi kita"

Jadi kawan-kawan
Dalam kesibukan dan kepenatan berFYP ini, dimana Allah disisi kita?

Nak dijadikan cerita, tengahari ini saya menerima sms ringkas dari seorang sahabat, katanya:
"Salam, Damia. Dah 2 hari aku masuk lab dari pagi sampai lewat malam. Balik tak larat, tak baca Quran dan mathurat. Semalam aku tak sihat, paksa diri. Semalam tak solat rawatib..Damia rindunya nak ada masa lapang untuk beribadah. Hari ini aku bawa Quran pergi lab. Moga hari ini lebih baik dari semalam"

Subhanallah.
Dalam kesibukan...kita mencari Allah. Moga-moga kita diredhai. Jadi saya sendiri merasakan walau sesibuk mana kita, ibadah bukanlah perkara yang mengacau kesibukan kita berFYP dan sebagainya. Ibadah menjadikan kita lebih tenang, lebih yakin dan lebih kuat untuk terus-terusan meneruskan kerja-kerja berFYP. Bukan kata FYP sahaja, namun semua jenis kerja la.

Sesudah berusaha, kita mengharapkan redha Allah dalam beribadah. Dalam solat fardhu dan solat sunat yang kita dirikan, dalam membaca quran dan berqiyam kita berdoa dan terus berdoa agar Allah bersama-sama kita dalam usaha berFYP ini. Seterusnya kita bertawakal, agar usaha kita yang hari ini memberi kabar kejayaan buat kita.

Mencuri masa sibuk demi ibadah, menjadikan kita insan yang 200% berharap dan penuh berharap pada Allah. Tinggalkan saja kerja-kerja di depan mata buat sementara waktu, beribadahlah kerana kita ingin menjadikan Allah yang paling istimewa disisi kita lebih dari segalanya. Jangan takut dengan kerja-kerja yang tergendala, Insyallah..bukankah Allah itu sentiasa ada untuk membantu dan melindungi kita.

Buat rakan-rakan dan juga diri saya sendiri yang sering stay back di lab sehingga 2-6 pagi, tidak salah sekiranya kita luangkan masa sebentar untuk berqiyam. Sekadar tahajud 2 rakaat, kemudian kita sambung semula kerja-kerja FYP ini. Buat kawan-kawan yang kadang-kadang mungkin terpaksa menunggu mesin siap memproses segala sampel kita, boleh juga kita luangkan masa menunggu ini dengan membaca atau mentadabbur ayat-ayat Al-Quran.

Cari dan curilah masa beribadah dalam kesibukan berFYP dan sebagainya. Kerana kita mengejar janji Allah di dalam surah Al-Insyirah ini. Sesudah kepayahan berFYP akan datang kemudahan dan kejayaan untuk kita. Insyallah.

Mari kita jadikan Allah yang paling istimewa walau dalam kesibukan dan kesenangan. Kita beribadah kerana kita ingin meluangkan masa untuk Allah. Agar dengan ibadah ini jiwa, jasad dan roh kita menjadi lebih kuat untuk terus mara dan berusaha.

Jazakallahu Khairan Khathira

Saya Hamba Hina
Nurul Damia Bt Mohamad Sofian





Jan 11, 2012

Saya Rindu Pada Allah

Assalamualaikum wbt.
Bismilahirahmanirahim
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Saya sangat rindu pada Allah.

Hampir 8 hari meninggalkan ibadah rutin, hati mula jadi gusar..saya merasakan seolah-olah diri dibiarkan berjalan tanpa arah dan panduan.

Salah ke merindui Allah?


Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, saya adalah saya yang hari ini.

Saya kuat kerana cinta Allah pada saya, saya hamba hina..tapi cinta Allah Maha Hebat. Sekali saya mengatakan rindu berkali-kali Allah mencurahkan cintaNya pada saya. Selangkah saya berusaha mendekati Allah, berlangkah-langkah Allah telah mendekati saya.

Dengan segala sesuatu yang ada disekeliling saya, bukankah itu bukti kukuh yang Allah mencintai saya walau dalam kehinaan dan kekurangan saya.

Bagaimana saya sanggup memberi cinta saya kepada orang lain? Sedangkan Allah sentiasa ada bersama saya dalam apa jua keadaan. Saya ingin pergantungan saya hanya pada Allah sahaja. Diwaktu susah dan bermasalah, Allah mengurniakan sejuta kekuatan untuk saya terus mara, matang dan bertahan. Allah ajarkan hati saya, sabar, doa, usaha dan syukur adalah benda paling utama dalam hidup.

Kesedihan, biarlah kerana Allah. Diwaktu buntu dan hilang semangat, Allah selalu pimpin saya kembali ke jalan yang benar. MasyAllah mencintai Allah itu menjadikan diri saya lengkap dan bersemangat.

Diwaktu gembira dan tersenyum, bukankah itu tanda cinta Allah pada saya. Allah hadiahkan saya moment-moment indah untuk saya tersenyum. Hidup ini adalah perjalanan panjang. Kegembiraan yang Allah hadiahkan adalah satu nikmat dan semangat agar saya melihat liku-liku kehidupan saya sebagai perjuangan indah kerana Allah, dan ia bukanlah kekecewaan dan kepayahan semata-mata..tidak langsung!!



Gembira dan senyum itu bagaikan waktu rehat. Hadiah dari Allah, agar saya tidak terlalu memikirkan kesedihan dan ujian kehidupan. Nikmatnya gembira...nikmatnya tersenyum...Syukur Alhamdulillah.

Perkara paling indah dalam hidup saya adalah saat-saat saya membuat keputusan untuk mengubah diri kerana Allah. Saya ingin berusaha melakukan apa saja yang disukai Allah, yang dicintai Allah dan saya juga ingin berusaha menjauhi apa saja yang dibenci Allah.

Seronok dan indah hidup ini bila berusaha hanya kerana Allah. Kerana saya terlalu berterima kasih dan bersyukur pada Allah diatas segala-galanya yang Allah berikan pada saya, diatas cinta dan kasih sayangNya...saya ingin mengubah diri, menjadi yang terbaik, yang paling baik, yang paling-paling terbaik hanya untuk Allah.

Astaghfirullah al azim
“Ya Allah jauhi aku dari perbuatan riak dan bangga diri” Nauzubillah

Jangan menyangka saya sudah sempurna bila saya menyatakan semua yang diatas.

Kawan-kawan,
Bukankah mempunyai rasa cinta pada Allah itu adalah satu hadiah yang tersangatlah berharga?
Bukankah merindui Allah itu adalah kerinduan yang paling bermakna?

Kita bergantung pada suatu yang tidak akan mati
Kita bergantung pada suatu yang Maha berkuasa untuk memberi
Kita bergantung pada yang kekal dan sentiasa ada
Kita bergantung pada suatu yang tidak letih menemani dan menerima kita seadanya

Jadi cinta kita pada Allah takkan pernah sia-sia.

Rindu saya pada Allah mungkin banyak celanya..mana kan tidak, saya hamba hina. Kadang waktu iman saya bagai tangga, ada pasang surut dan turun naik. Saya takut Allah mengambil langkah menjauhi saya disaat surut dan turunnya iman saya. Saya takut tidak dihiraukan Allah. Jiwa saya kosong, hidup bagai musnah dan hilang segalanya bila tiada Allah disisi.

Saya tidak sempurna, tapi berada bersama Allah menjadikan saya cukup sempurna dan istimewa.. Subhanallah, Masyallah.

Kawan-kawan,
Allah mengajar ini pada saya,

Jika anda benar-benar cinta pada Allah...jangan malu untuk meluahkannya, lafaz dan kabarkan pada Allah yang anda mencintaiNya...

Jangan takut untuk meluahkannya. Kita mungkin hamba-hamba hina yang hidup tak pernah lekang dari membuat dosa. Kita sememangnya tidak sempurna tanpa Allah. Ceritakan pada Allah, walau dalam ketidaksempurnaan diri, kita benar cinta pada Allah, kita sangat berharap agar Allah juga mencintai diri kita sebanyak-banyaknya..Jadi, agar dengan cinta ini kita berharap agar Allah sentiasa memandu perjalanan hidup kita untuk menjadi yang terbaik dan yang paling baik hanya untuk Allah sahaja.

He who Has No One Has Allah
Nurul Damia Mohamad Sofian