Aug 31, 2011

Perjalanan Panjang Sesudah Ramadan Ke-23

Assalamualaikum wbt

Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi  Maha Penyayang.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
Selawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga serta para sahabat Baginda.


Hari ini kita bergembira, dalam kesederhanaan atau mungkin juga eid kali ini dalam suasana yang serba mewah. Bulan ini adalah bulan kemenangan. Kegembiraan yang kita miliki hari ini adalah satu hadiah dan rahmat dari Allah. Kemenangan atas kejayaan 1 bulan yang penuh ranjau menempuh ramadan.

Ranjau ramadan yang kita lalui mungkin tidak sesusah mana jika dibandingkan dengan saudara seislam kita di Palestin, Afrika, Libya, Afganistan dan Mesir. Kita perlu bersyukur ada makanan yang masih boleh dimakan, ada duit untuk membeli, ada ibu dan ayah yang senang menghulur dan memudahkan pelbagai urusan, ada ketenangan yang menemani pagi hari, dan segala macam bentuk nikmat yang Allah kurniakan pada kita penduduk bumi Malaysia yang Aman dan Kaya.

Selamat Tinggal Ramadan...

Sudah 23 tahun saya diberi peluang menempuh Ramadan. Seawal usia 1 tahun sehinggalah 12 tahun, Ramadan yang saya lalui lapuk dan biasa. Tiada pengertian dalam yang dapat dipelajari lantas Ramadan di 12 tahun yang lalu berlalu sekadar kewajipan yang 'biasa-biasa' dilalui semua budak seusia saya.

Ramadan ketika usia menginjak 13 tahun sehinggalah 20 tahun adalah Ramadan yang dilalui dengan pengertian. Walau pengertiannya tidaklah sedalam mana, tapi puasa dilaksanakan atas dasar 'taat' pada perintah Allah.

Syukur Alhamdulillah..

Ramadan yang ke-23 adalah yang lebih bermakna. Ya! saya kini berusia 23 tahun, dan tarbiah Ramadan yang saya tempuh di usia 23 tahun inilah yang paling bermakna jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang sebelumnya.

Kesan dan impak sesudah Ramadan adalah satu perjuangan panjang. Saya sering terfikir, mampukah saya menempuh bulan sesudah Ramadan ini dengan amalan-amalan yang sama saya lakukan di bulan Ramadan. Bolehkah diri menjadi begitu beristiqamah dalam beribadah? bolehkan saya bersederhana dalam kebanyakan hal? bolehkan saya memperhambakan nafsu dan merajakan akal? bolehkah qiyamullail menjadi perkara lazim bagi saya sesudah perginya Ramadan. Dapatkah saya merasai rasa cinta untuk terus melakukan segala perkara sunnah sebagaimana yang saya lakukan di bulan Ramadan ini? Perasaan seronok mengejar pahala, masihkan dapat saya merasai persaan yang sama?

Hakikatnya Ramadan yang ke 23 ini sangat-sangatlah bermakna buat saya sehingga hati dan akal melayang memikirkan di manakah saya sesudah Ramadan ini.

Sewaktu melaksanakan Tarawikh terakhir dimalam ke-29, salam di penghujung solat witir saya sangat berat dan kaku. Inilah witir terakhir dalam Ramadan yang ke 23 yang penuh makna. Hati saya sangat berat. Perasaan bercampur. Tak tahu apa yang sepatutnya difikirkan. Tapi yang pasti saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadan tidak lama lagi. Disebabkan terlalu berat hati untuk meninggalkan Ramadan, sehari sebelum raya saya decide untuk 'masuk kerja'. 

Duduk dalam lab seorang while everyone else dah berseronok cuti raya..perasaan seronok masih lagi tak muncul dalam diri saya. Perasaan seronok berpuasa, bertadarus, berqiyam, bertarawikh, berbuka dan bersahur sudah macam sebati dengan diri. Saya bukan cuba membangga diri, Astagfirullahalazim sekadar berkongsi kenikmatan Ramadan bila dihayati.

Bila usia dah 23 tahun baru saya hayati perkara ini semua dengan penuh penghayatan, keterbukaan dan keinsafan.

Saya bersyukur pada Allah. Alhamdulillah atas segala nikmat dan tarbiah berRamadan.

Ironinya, tarbiah yang saya lalui sepanjang melalui Ramadan ke 23 perlu saya istiqamahkan amalan-amalannya sebagai bakal pelajar tahun akhir di UIA. Semester baru bakal membuka tirai..dan salam perkenalan saya kepada junior akan lebih berbunyi seperti ini:

"Assalamualaikum wbt, my name is Nurul Damia Bt Mohamad Sofian, I am 4th year Biomedical Sc Student"
"Final Year Student"


Ramadan ke 23 adalah satu penghijrahan.
Penghijrahan 1 bulan dari Nurul Damia yang 'biasa-biasa' kepada Nurul Damia yang 'luar-biasa' berusaha menjadi yang terbaik disisi Allah. 1 bulan saya ditarbiah  Allah, dan 11 bulan seterusnya adalah bergantung kepada usaha saya.

Secara fizikalnya saya bakal berseorangan menempuh 11 bulan ini..namun hakikatnya Allah sahajalah menjadi peneman setia dalam perjalanan panjang yang durinya, ranjaunya dan ujiannya saya sendiri tidak dapat mengagak bagaimanakah kedatangannya.

Doakan saya kawan-kawan...
Doakan saya dengan usaha yang 'luar biasa' 
Doakan saya bukan lagi Nurul Damia yang 'biasa-biasa'

Demi Allah dan Rasul
Saya perlu menjadi yang Terbaik dan yang paling Terbaik di sisi Allah

Kerana saya sangat bersyukur kepada Allah,
Kerana itulah saya ingin menjadi yang terbaik disisinya.

Selamat Tinggal Ramadan
Nurul Damia Bt Mohamad Sofian

Aug 29, 2011

Final Episode: "Kisah Aku & Hari Ajaib"

Assalamualaikum wbt.

Keajaiban 5#
Selesai solat isyak..
terdetik dalam hati "penuh surau hari ini, ramai orang datang"
sebenarnya masa sampai tadi saf aku agak belakang, dan terpisah dengan jemaah utama yang duduk dekat dalam..
hari ini luar biasanya aku berdoa dalam hati
"Ya Allah aku ingin menjadi yang terbaik disisiMu,aku pohon padaMu Ya Allah kurniakan aku saf terbaik, tempat terbaik..aku ingin solatku dengan jemaah utama yang lain Ya Allah"

Ruang solat utama sebenarnya dah sangat penuh..sangat-sangat penuh..mustahil untuk muatkan seorang lagi jemaah..pada ruang dan saat itu, tawakal satu-satunya yang menjadi bekal pada Tuhan yang Maha Kuasa, Kuasa Allah yang menjangkaui kemustahilan manusia..

Tiba-tiba 5 minit lepas itu:
Semua jemaah bangun untuk tarawikh, 3 orang makcik pandang aku dari jauh, Makcik 'A' melambai-lambai..."masuk..masuk" tanpa mendengar suara gerak mulut makcik itu yang aku baca...

MasyAllah muat!!
Alhamdulillah..
aku dapat masuk dalam kawasan ruang solat utama..aku dapat solat dengan jemaah utama..

Ya Allah Syukur..
Air mata menitis...laju dan deras... lidah kelu...hati tak habis bersyukur...sekelip mata permintaan aku di kabulkan...
Takbir di rakat pertama penuh sayu..sayu..air mata tak berhenti mengalir...sebagai tanda syukur yang tak henti...aku merasai dekatnya Allah waktu itu..sangat dekat..sangat-sangatlah dekat...

Aku rasa seolah-olah dipimpin..dipeluk dan dibawah lembayung Kasih Sayang, Ar Rahman dan Ar Rahim Allah..

Berdoalah kawan-kawan...
berdoalah...
Allah Kekal Ada bersama kita bila semua tiada...

Keajaiban 6#
Selesai 2 rakaat tarawikh tiba-tiba:
seorang makcik di rakaat hadapan menganjak ketepi, dia pusing ke belakang, dan tarik aku masuk saf hadapan..

Ya Allah dan sekali lagi Allah yang memiliki segala Kekuasaan, dan tiada apa yang mustahil bagi Allah..Aku dikurniakan saf terbaik dan tempat terbaik...Ya Allah syukur...

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Aku merasakan seolah-olah ruang solat utama dibesarkan, Allah gerakkan hati makcik-makcik tadi untuk panggil aku sedangkan ramai jemaah lain di luar, Allah kurniakan aku saf terbaik dan tempat terbaik..

Ya Allah aku bersyukur padaMu
Sangat-sangat bersyukur..

Sama seperti takbir pertama, aku bangun untuk 2 rakaat tarawikh yang seterusnya...
dan takbir kali ini, penuh penghayatan..seolah-olah aku merasai kehadiran Allah dan perlindunganNya...
Allahuakbar...
Air mata sekali lagi mengalir...mengalir lama...al Fatihah dan surah lazim yang dibacakan imam diiringi tangisan syukur aku yang tak sudah...

Indahnya Iman..
Indahnya Syukur..
Indahnya Islam..

Indahnya bersamamu Ya Allah..


Keajaiban 7#
"Hari ini tarawikh kita 8 rakaat disertakan witir lepas itu kita ada ceramah dengan seorang ustaz yang kita jemput khas dari sebuah madrasah" kata Tok Imam

Inilah tarbiah Allah..
"Ya Allah izinkan aku menjadi yang terbaik disisiMu Ya Allah, Yang paling terbaik, Yang paling-paling terbaik disisiMu Ya Allah.." Doaku dalam hati

Bila rasa syukur sebati dalam setiap nafas yang keluar dari mulut kita, hati manusia semakin tunduk, bersih dan suci, akal menjadi tuan dan nafsu makin kerdil bagai hamba...waktu dan saat ini aku disedarkan Allah..berusahalah untuk menjadi yang terbaik disisi Allah...

Kemampuan untuk menjadi yang terbaik disisi Allah, adalah authority mutlak Allah. Dia yang mengizinkan dan memudahkan. Siapa yang berdoa meminta jalan untuk menjadi yang terbaik, Insyallah Allah sahaja yang mampu tunjukkan jalan menujuNya. Tiada apa yang mustahil bagi Allah, pejam mata dan yakinkan 'hati' dan 'akal' Insyallah Allah sentiasa bersama kita dalam usaha yang kita pasakkan untuk menjadi yang terbaik disisiNya.

Ceramah malam itu benar-benar terkesan dalam hati..
Dan sekali lagi tarbiah Allah menerobos ruang hati mengajar aku untuk menjadi yang terbaik disisiNya..aku perlu menjaga hubungan dengan Ibu dan Bapa

Kenapa Rasululllah saw berfirman Ibu,Ibu,Ibu...darjat, berkat dan pengorbanan yang mereka junjung dibahu-bahu, untuk membesarkan kita anak-anak yang kerap kali gagal menghargai mereka 3 kali ganda lebih dari kita menghargai diri sendiri dengan kesenangan dan kegembiraan.

Beberapa hari ini, hubungan aku dengan umi sangat kritikal dan parah..aku mencari diri.. "Ya Allah dimanakah aku dihadapanMu".."aku ini Ya Allah hamba yang bercita-cita menjadi yang terbaik disisiMu..namun terbaikkah aku disisi umiku? adakah aku menghormatinya 3 kali lebih aku menghormati diri ku dan orang lain? adakah aku menghargainya 3 kali lebih aku menghargai diriku dan insan-insan berdekatan aku?"

Dan malam itu sambil mendengar ceramah, buat pertama kalinya aku berdoa
"Ya Allah demiMu ya Allah dan demi apa yang telah diberitahu Rasulullah saw...bantulah aku ya Allah..bantulah aku ya Allah...bantulah aku dalam usaha ku menjadi yang terbaik,terbaik dan terbaik disisi Ibuku...bantulah aku yang sangat lemah ini ya Allah..kurniakanlah petunjuk dan hidayahMu buat ibu dan ayahku.."


Tanpa sedar...air mata mengalir panjang..Demi umi yang sudah banyak kali aku derhakakan..air mata menitis...menginsafi segala kederhakaan...Dan malam itu aku sehingga ke hari ini selalu berdoa agar Allah sentiasa bersama-sama dan membantu aku untuk menjadi yang 3 kali ganda terbaik untuk umi, ibu yang melahirkan aku.

Keajaiban 8#
Hari itu adalah hari penuh keajaiban..seolah-olah hijab dimata dicabut..aku melihat dunia dan keEsaan Allah dalam pelbagai cara..aku ditarbiah Allah dalam pelbagai mesej dan pesanan.

MasyAllah, Zat Allah yang Maha Kuasa
Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Dalam perjalanan pulang dari surau...aku, Adam..dua-dua senyap..tak bercakap..bunyi selipar, burung dan angin lembut meneman perjalanan balik kami..

Langit ciptaan Allah terang...Oren jingga...pokok-pokok tunduk...tiba-tiba hujan turun renyai...perasaan tenang meliputi perjalanan aku..aku pandang langit Allah terang...ada cahaya memancar, macam kilat tanpa bunyi...


Dalam perjalanan pulang dengan Adam sambil pimpin tangan aku berdoa dalam hati:

"Ya Allah hari ini Kau bukakan hijab yang selama ini menutupi mataku, aku bersyukur padaMu ya Allah, aku sangat-sangat bersyukur padaMu ya Allah..Redailah dan berkatilah usaha ku ini Ya Allah..Aku sedang berusaha untuk menjadi yang terbaik disisiMu ya Allah..dan di dalam perjalananku untuk menjadi yang terbaik ini ya Allah, aku yang lemah ini benar-benar mengharapkan bantuan dariMu, bantulah aku ya Allah, ajarkan aku pada yang tidak aku ketahui, permudahkanlah perjalananku untuk berubah Ya Allah..bantulah aku ya Allah..bantulah aku Ya Allah.."

Sampai-sampai rumah adam terus masuk
Aku berdiri lama dekat luar rumah, aku dongakkan kepala, memandang langit ciptaan Tuhan yang Satu

"Ya Allah..aku yang hari ini adalah dari cintaMu terhadap ku, Kau begitu mencintaiku Ya Allah..."
"Ya Allah ketahuilah, hari ini buat pertama kalinya aku lafazkan aku juga begitu mencintaiMu..bantulah aku dengan cinta ini Ya Allah"

Amin...
Mata terpejam...Air mata penutup hari yang penuh keajaiban mengalir deras..sederas-derasnya..
Hari itu berlalu penuh tarbiah..

Allah is close

Begitulah berakhirnya 'Kisah Aku & Hari Ajaib'

SubhanAllah..Alhamdulillah..Allahuakbar..
Dan berselawatlah ke atas junjungan mulia Rasulullah Saw,keluarga dan para sahabat baginda.

Happy Eid Mubarak
Nurul Damia Bt Mohamad Sofian

Lesson From "Kisah Aku & Hari Ajaib" - Part 3

Assalamualaikum wbt

Lepas selesai solat...
Hati berat, akal kusut, mata kabur...
Ya Allah..apa aku dah buat..

Astagfirullah al Azim

Sudahnya aku mengutuk diri sendiri, urusan duniawi yang tak pernah habis...
Arghhh..

Ini semua dialog hati..

Lepas habis mengaminkan doa imam..aku duduk menghadap sejadah..
perasaaan masa ini..bercampur-baur. Sorang-sorang and situation become silent, calm and peace..

"Ya Allah apa yang harus aku lakukan" kata hati
"solat sunat!" Allah memberi ilham

Aku bangun, dengan penuh pengaharapan agar ibadah yang bakal dilaksanakan ini diterima dan aku dikurniakan khusyuk. Alhamdulillah, no more angan-angan duniawi yang berjaya menerobos akal fikiran. Syukur, semuanya lancar.

Dalam doa:

Ya Allah, aku telah berniat untuk menjadikan Ramadan ini sebagai Ramadan yang terbaik buatku, Aku bersyukur..bersyukur yang tidak terhingga diatas apa yang telah kau ilhamkan padaKu Ya Allah..Demi Mu Ya Allah telah aku nekadkan diatas hidayah yang kau ilhamkan padaku ini untuk menjadi yang terbaik, yang paling terbaik, yang paling-paling terbaik disisimu Ya Allah..dan di dalam usahaku untuk berubah ini Ya Allah..aku masih hambamu yang paling lemah,yang paling-paling lemah dan yang tersangat lemah Ya Allah..Ya Allah jangan kau berpaling jauh dari aku, jangan Ya Allah kau tinggalkan aku..urusan-urusan duniawi dan hutang yang membelenggu aku ini ya Allah..aku pohon agar Kau permudahkan lah segalanya buatku. Permudahkanlah segalanya buatku Ya Allah. Aku benar-benar buntu Ya Allah..Ya Allah aku pohon keampunan Mu, aku pohon rahmatMu,aku pohon padaMu Ya allah kenikmatan dalam beribadah, matikanlah hati dan akal ku Ya Allah pada perkara dan angan-angan dunia yang melalaikan,mengalpakan dan yang menjauhkan aku dari Mu Ya Allah. Bantulah hambamu ini Ya Allah.

Amin Ya Rabballamin.

Air mata mengalir..perlahan..dan makin laju..
Waktu dan saat ini, indah..tenang..tiada lagi bayang Ringgit Malaysia dan hutang
Seolah-olah waktu dan moment itu Hadiah dari Tuhan Yang Maha Kuasa as a "Reflection" dan tarbiah untuk aku hamba paling kerdil dan hina..

Aku kesat air mata,
Hati! kalau kau fikir aku sekali-kali akan biarkan kau, kau silap!
Aku nekad pada Tuhan yang menciptakan Kau Hati! pada Tuhan yang telah menyempurnakan penciptaan aku...untuk menjadi yang terbaik, yang paling terbaik, yang paling-paling terbaik disisiNya..bantulah aku 'Hati' dan 'Akal'..bersatulah dengan aku dalam usaha kita untuk menjadi yang terbaik disisi Allah..

Genggaman sebesar penumbuk aku tekap dalam-dalam kearah dada..memberitahu 'Hati' dan 'Akal'...

Proses refleksi tamat lebih kurang jam 3.00pm

Keajaiban 1#
Lepas duduk menghadap komputer, tiba-tiba Kak Pah:
"nak langsai hutang boleh jadi mudah kalau kita doa pada Allah"
memang tiba-tiba!! tak ada intro, tak ada apa tiba-tiba itu ayat pertama yang keluar dari mulut Kak Pah.
Zuppp...terkejut memang terkejut...

"kenapa akak cakap macam itu"
"takda akak teringat artikal yang akak baca semalam" jawab Kak Pah


Allah Maha Besar..
Pengajaran pertama setelah berdoa. MasyAllah.
Dalam diam aku berdoa dalam hati,

"Rabbi yassir wala tuassir" Ya Allah bantulah aku melangsaikan semua hutang-hutang yang membelenggu aku..Aku pohon bantuanMu Ya Allah, mudahkanlah segala-galanya buatku"

Keajaiban 2#
Petang selepas selesai kerja, aku dengan Kak Pah singgah klinik Dr Nani untuk continuous treatment. Lepas check-up.. tiba-tiba Kak Aya:
"Damia, cek elaun damia akak dah clear kan dekat Maybank" Kak Aya senyum..

Alhamdulillah..

Aku bertambah-tambah senyum..."ye ke Kak Aya!!"
macam tak percaya!! "terima kasih Kak Aya" dalam hati syukur tak terhingga aku curahkan pada Allah
"terima kasih Allah" dalam hati.

Keajaiban 3#
Masa on the way nak balik, tiba-tiba Kak Pah:
"Nani balik bila? tolong hantar Damia balik"
"boleh takda masalah" jawab Dr Nani
"Damia tunggu Dr sekejap, lepas patient last ini Dr hantar Damia balik" jawab Dr Nani lagi

Aku...diam,tegak berdiri macam tunggul..tak bergerak..
tiba-tiba hati jadi sangat tenang..Bersyukur pada Allah yang sentiasa Ada..
Air mata terkumpul..Ya Allah mudahnya urusan aku petang itu..mudahnya..mudahnya..

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah

Aku diberi ilham daripada Allah melalui Kak Pah tentang doa,
Elaun yang sepatutnya dapat hujung bulan, tapi masuk ditengah bulan lepas segalanya aku adukan pada yang Satu,
Proses cheque clearance yang dah dibantu Kak Aya, tak payah bersusah-susah pergi Maybank,
Dengan penuh rela hati Dr Nani menghantar aku balik....

Ya Allah..ini semua kemudahan, urusan yang Allah permudahkan untuk aku..Alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Segala-galanya mudah petang itu...

Keajaiban 4#
Selalunya..kerap kali, aku tak akan dapat berjemaah isyak dekat surau..sampai-sampai surau, mesti Imam dah habis mengimamkan isyak...last-last aku solat la isyak sorang-sorang...dan tarawikh berjemaah..

Tapi hari ini, aku nekad dalam hati:
"Ya Allah aku tersangat bersyukur padamu hari ini, tarbiah, hadiah dan pengajaran yang kau kurniakan pada hamba seperti aku..dan diatas segala nikmat yang kau beri percuma ini Ya Allah..aku bersyukur padaMu Ya Allah..Izinkan aku Ya Allah dalam ruang dan waktu ini agar aku sempat berjemaah isyak dengan jemaah yang lain..sebagai tanda syukur ku yang tidak terhingga padaMu Ya Allah aku ingin mengejar 700 gandaan pahala pada ibadah fardhu yang telah engkau janjikan ini."

"Cepat Adam!!! kita kena jalan laju-laju..."
"kenapa kakyong? ada anjing ke?" Tanya Adam
"kakyong nak solat jemaah" jawab aku
"ok..ok.." Adam lari.."cepat kakyong!!!" sambil lari kitorang gelak-gelak...sebab kelakar bila lari pakai telekung..macam 'Hantu Terbang'

Sampai-sampai surau, aku tarik nafas dalam-dalam
Dalam satu nafas aku angkat tangan berdoa
"Alhamdulillah terima kasih Ya Allah aku sempat ke surau berjemaah dengan izinMu, Ya Allah aku pohon keampunanMu, aku pohon rahmatMu, aku pohon kurniakan aku kenikmatan dalam beribadah, khusyuk dalam solat dan matikanlah hati dan akal ku pada urusan dan angan-angan dunia yang melalaikan,mengalpakan dan yang menjauhkan aku padaMu ya Allah"

terus aku angkat takbir...
Alhamdulillah..aku dapat juga berjemaah..

Keajaiban Allah akan bersambung di 'Lesson From "Kisah Aku & Hari Ajaib" - Last Episode'
To be continued

Best Regard
Nurul Damia Bt Mohamad Sofian

Aug 20, 2011

Lesson From "Kisah Aku & Hari Ajaib" - Part 2

Assalamualaikum wbt

Petang itu masa bersama solat jemaah zuhur, hati saya seolah-olah kena strike dengan petir.
Zuppp..
Tak tahu kenapa otak jadi tak khusyuk masa solat.

Saya rasa perasaan dan 'moment' yang sebegini rupa selalu saja kita alami.
Tiba-tiba rasa tak tenang, tiba-tiba tak sedap hati and tiba-tiba tak keruan. Kadang-kadang tak perlu ada situasi pun kita dah boleh rasa perasaan yang bercampur baur seperti yang saya nyatakan di atas.

Nak dijadikan cerita,
Itulah yang saya rasa. Tapi perasaan berdebar hadir masa solat.
"Astagfirullah al azim" kata hati. Saya cuba kembali ke 'present sense'. Ke alam realiti. Takut-takut bila melayan lagi teruk padahnya. Khusyuk solat pun entah ke mana nanti.

Zuppp...
Datang lagi. At this moment saya boleh rasa yang heartbeat makin increase.
makin increase...
and makin increase...

Apasal ni hati, dalam sekelip mata mula la saya fikir bendal lain. Dunia realitinya, mulut terkumat-kamit baca Al-Fatihah, angkat takbir, sujud dan sebagainya...tapi dalam hati...pheww...Allah saja la yang tahu.

Hati saya berbolak balik macam bot nak karam!
Macam-macam yang saya fikir dalam khayalan yang menggangu solat saya petang itu.

"Macam mana la nak bayar hutang Aunty ini, hutang chinut, hutang ruby, hutang fiza"...khayalan 1
"bila elaun nak masuk ini"...khayalan 2
"bila kak umie nak bayar duit gitar ini"...khayalan 3
"cukup ke duit nak hadiahkan amru basikal baru ini"...khayalan 4

Cukup 4 khayalan yang di alam realitinya tengah berdiri tegak untuk rakaat ke tiga.

Zuppp...
Astagfirullah al azim,
Astagfirullah al azim,
Astagfirullah al azim...


Sambil pejam mata aku beristigfar panjang dalam hati...
Seolah-olah Allah tarik aku dari lamunan panjang. Macam duduk dalam satu gaung gelap, tiba-tiba ada tali tarik kita ke darat!

Haaa..
macam itulah yang saya rasa.
Terkedu dalam solat!

Saya cepat-cepat beristigfar lagi
dalam hati penuh hati-hati saya menyebut
Astagfirullah al azim,

Astagfirullah al azim,
Astagfirullah al azim...

Alhamdulillah, syukur..saya sangat bersyukur.
Kalau bukan dengan pertolongan Allah pasti dah samapi khayalan yang ke berapa puluh la agaknya...tak pasal-pasal melayang habis pahala ibadah fardu!

Astagfirullah al azim.

"Hari Ajaib" saya bermula selepas selesai solat

Dear friends,
This miraculous story is about to be continued in part 3
See you soon
Insyallah

Best Regards
Nurul Damia Bt Mohamad Sofian




Kisah Aku & Hari Ajaib - Part 1

Assalamualaikum wbt.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
Segala puji-pujian hanya bagi Allah. Tuhan yang mencipta sekalian alam


Dear friends and readers
Ada satu kisah yang betul-betul ingin saya kongsi. Tapi sebelum saya melanjutkan cerita mari kita beristigfar, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah tidak lupa juga berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah swt.

Astagfirullah al azim, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar




Alkisah bermula...

Hari ini saya keluar rumah dengan kepala otak yg sangat bercelaru. Macam ada something yang buat saya tak senang duduk.

Rutin pagi saya macam kebiasaan saya berpagi waktu practical period sebelum ni. Cuma hari ini saya pergi lab lambat sikit. Kalau kebiasaan pukul 8.15am tapi hari ini pukul 10.15am. 2 jam lewat dari sepatutnya.

"Don't wory aku dah inform Kak Pah nak datang lambat" kata hati
hakikatnya dialog ini sekadar nak tenangkan hati sendiri dari terus rasa bersalah. Sebenarnya datang lambat tu bole je tak terlalu lambat sampai 10.15am, tapi disebabkan tertidur balik lepas subuh dalam 6.50am, terus buat satu badan rasa malas.

1st Lesson:
Jangan tidur lepas subuh, jadilah hamba Allah yang berpagi-pagi. Kerana diwaktu pagi itu ada rahmat dan keberkatan Allah

Sampai saja lab, bagi salam dekat semua staffs, and terus duduk. Aku cek email dulu takut-takut ada email dari Dr Munirah ke..but hambar, 'zero' tapi

"syukur Alhamdulillah mungkin ada yang lebih baik". kata hati lagi

The whole day sitting infront of the single sided 'Brainiac' machine called computer ini kadang-kadang memang bosan. Tapi memikirkan yang next Saturday is my last day at Healthmedic aku gagahkan juga siap kan test report yang aku janji nak submit by tomorrow.

The whole half day from 10.15am-2.00pm appear normal to me. Tak ada apa yang menggusarkan hati lagi lepas aku sampai lab.

But, twist of fate happened when I was about to perform congregational Zuhr prayer dengan siapa lagi kalau bukan Kak Pah.

What was the twist?
What had happened?
And apa yang ajaib?

To be continued in part 2

Best Regard
Nurul Damia Bt Mohamad Sofian




Aug 11, 2011

Ramadhan Booster For Bookaholic

Assalamualaikum wbt


I might be categorized as an outdated girl to introduce you to this book.
But allow me to take sometime, in this such lamest page of mine to promote and to introduce first .

Those people out there who happened had a chance to read this book, then Alhamdulillah. Allah had met us with such a lovely book written by an eager person who desperately wanted to be closer to Him.

For those who still didn't have that chance , then my advice will be:
"what are you waiting for? go to the nearest bookstore, grab this chance, and buy it!"

You'll never regret of owning this book. Trust me.

When you take sometime to think what else can you benefit in this Holy month of Ramadhan. I would suggest you to make an interconversion of your hobby.

If you love facebooking and twittering just to know an inevitable update of your friends, then why dont you boost up part of youself with reading something that can update your soul with the Only Creator, The Sustainer and the One Who only Him that we Worship, Allah.

In walking such a resilient path called life, we may sometime forget to whom our everything must be dedicated to. I have learned many beautiful things in chasing a good relationship with Allah from this book. Thus, I want you to learn it as well.

We want this holy month to be special for us. A moment that can't be forgotten.
We want to be the best for the sake of Allah.

And for the sake of Him also, let's find something that bring us closer to Him.

Therefore let's reading this!
You will feel the miracle behind the author words.

Happy Reading =)

Best Regard
Nurul Damia Bt Mohamad Sofian

Perihal Amru Arif

Assalamualaikum wbt

Amru, this is what we called him with.
seldom people call him with his last name Arif. Born as the 4th member from the 5th really making most of his time tough and sometime influence his emotional stability.

Having Adam as his last brother, there are times, or maybe most of the time.. the attention was not really on his side. It hurts psychologically to be in that kind of situation. When age need to be considered, 10 years old kid, for me..it gives a tremendous impact.


Despite all Amru Arif, you should have known that..

One day when you grow up to become the person that you wanted to be, you may stumble upon this memory. At first, when you started to think about it, you may feel that the memory of your young age hurts you a lot. In such way that you believe your own family abandon you...you may think that it is unbearable..but when you allow yourself to reflect twice, you begin to realize that all of those things is the memory that train you to become more and more wiser day by day.

Dear Amru Arif,

This is my 4th brother with hidden potential and ability.
Most of my family rather see him as the most laziest member in the house, while Im the other way round.
Its quite sometime that I saw a hidden quality lie within this young boy heart...
He has a very generous heart of remembering others...while you throw so may hates in him, he throws back a bundent of good memory, a memory that he burried inside as the reason to remember you.

Thus, Im asking myself: Is this young boy learn how to hate?? Amru did you??

Yes,
He used to hate people, and forget it the other day.
How do I know?? I knew from him =)

Kids, at this young age is so vulnerable, they have the intensity to easily be hurt physically or emotionally. Same goes to Amru, he had experienced such a tough day everyday..to listen a mockingbird curse out the words which is 'sharp like knife'.

Who's the mocking bird??

Let the question alone be left unanswered.
Let only both of us know, 'who is' or 'who are' the mentioned mockingbird.

Betul tak Amru =)

I am writing this, on behave of his broken heart..
I am your good listener Amru Arif, do tell me your stories..if it can lessen the burden at your young age.

Dear Amru Arif,

May Allah reward you with success in life and hereafter,
May you grow up to become part of people that fight for Rejuvenation of Islam,
May Allah guides you in every path that you take, and may He instills the best quality of Muslim man in you.

Above all Amru Arif,
this is my only page that unveil

Perihal Amru Arif

Best Regard
Nurul Damia Bt Mohamad Sofian